Dalam bukunya yang amat terkenal bertajuk How to Win Friends and Influence People, Dale Carnegie memberi tip-tip di bawah ini supaya seseorang itu menjadi orang yang mudah disukai oleh sesiapa sahaja:
1. Dia mudah senyum.
2. Dia suka menghulurkan tangannya lebih dahulu untuk bersalam.
3. Dia suka mengingat nama-nama orang dan suka bertegur sapa bagi memulakan perbualan.
4. Dia suka mengenali dengan lebih rapat lagi sesiapa sahaja.
5. Dia suka tengok pada kebaikan dan kelebihan orang-orang lain.
6. Dia suka appreciate atau menghargai budi baik orang lain, walaupun budi itu sangat kecil dan biasa-biasa sahaja.
7. Dia suka bercakap baik tentang orang-orang lain di belakang mereka.
8. Dia tidak suka bergosip dan mengumpat, dan sentiasa merahsiakan aib orang-orang lain.
9. Dia pandai dan sabar mendengar orang lain bercakap sampai habis.
10. Dia sendiri sedikit bercakap, tetapi dia pandai mendorong orang-orang lain supaya banyak bercakap.
11. Dia sangat menghormati perbezaan pendapat, dia tidak menegur, mengkritik, mengutuk, mengondem orang.
12. Dia tidak suka berhujah dan berdebat.
13. Dia beri peluang orang lain menyuarakan pendapat mereka, biarpun pendapat mereka itu tidak sealiran dengan pendapatnya sendiri.
14. Dia cuba memahami sudut pandangan orang-orang lain.
15. Dia tidak judgemental, sebaliknya dia bersikap toleransi pada perbezaan.
16. Dia mementingkan nilai-nilai baik dan menjaga kepentingan bersama.
17. Dia mudah mengaku kekurangan dan kebodohannya sendiri.
18. Dia sentiasa sibuk, sentiasa produktif, sentiasa ada kerja baik yang diusahakan.
19. Dia tidak cerewet, mudah bertolak ansur.
20. Dia tidak suka komplen, tidak suka merungut, tidak suka menyalahkan sesiapa.
21. Dia tidak mengungkit.
22. Dia tidak berdendam.
23. Dia tidak membalas kebencian orang dengan kebencian juga.
24. Apabila ada orang yang tidak mengenang budinya, dia tidak berkecil hati, dia anggap itu adalah fitrah kehidupan.
25. Dia sentiasa rasa amat beruntung dan bertuah atas nikmat kehidupannya.
26. Dia tidak membanding-bandingkan dirinya dengan orang-orang lain yang lebih berjaya dan lebih kaya.
27. Apabila dia ditimpa kesusahan, dia tetap memikirkan aspek-aspek yang positif pada kesusahan itu.
28. Dia suka menyukakan dan menggembirakan hati orang-orang lain.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan