Jumaat, Jun 04, 2021

K999.“Assalamualaikum doktorSaya ingin bertanya:.

K999.“Assalamualaikum doktor
Saya ingin bertanya:
.
Anak perempuan sy umur 16 tahun telah dimarahi oleh abangnya kerana tidak solat maghrib secara berjemaah bersama2 kami tadi..menyebabkan beliau tidak mahu makan malam bersama2 ..padahal sebelum ini tidak menjadi masalah kpd beliau utk solat bersama2.. “ (Ibu Wan)
.
Saya (Dr.Shukri) message Ibu Wan utk dapat pencerahan, apa kaitan di antara Solat berjemaah dan tidak mahu makan malam. Ini penjelasan:

“Pada pandangan saya, ini berlaku setelah anak sy membeli handphone sendiri tanpa pengetahuan saya dan suami.. dia dah besar kepala sejak dari itu .. Apa perlu saya buat doktor? Maksud saya, sejak anak beli HP, dia dh tak nak berjemaah Sama2 dgn kami ...leka dengan HP nya..Tp dia solat.
.
“Blh ke sy ber keras dgn Dia? Maksud nya saya rampas hp dia mcm tu je” (Ibu Wan)
.
Ok setelah penjelasan itu baru saya faham masalah yang di timbulkan.
.
Saya bersembang dengan isteri saya dalam hal ini. Ini antara pandangan kami:
.
1. Dia baru beli Hphone tu. Boleh rampas kalau mahu rampas sebab dia belum melekat betul lagi. Tetapi tanda2 melekat tu sudah nampak dengan jelas dan ketara. Lebih merungsingkan ia menyebabkan leka Solat. Leka dalam ertikata dia tidak ikut berjemaah bersama keluarga tetapi bersendirian. Bersendirian bermakna dia akan solat ikut masa pilihannya. Kita takut nanti lama kelamaan dia lambatkan solat hanya pada hujung waktu sebab leka dengan handphone. Lama2 solat jadi benda yang diabaikan terus"
.
2. Tu satu. Saya amat yakin kesan buruk keduanya ialah dia akan LEKA belajar. Tarikan handphone lebih seronok dari subjek Matematik, Sains dsb. Lama-lama pembelajaran menjadi tidak penting lagi sebab YouTube, Tik Tok, Instagram, Facebook dan bahan2 tertentu dalam Google termasuk bahan terlarang akan lebih menarik minat dan perhatiannya.
.
3. Kemudian hubungan dengan ahli keluarga semakin renggang lebih2 lagi bila dia bertermua dengan “si dia” dan lain-lain kawan2 yang asyik saling berkongsi macam2 bahan dan gossip selebriti dsb. Bersembang dan bermesra dengan adik, abang, kakak dan ibu ayah tidak se seronok bersmesej dan berchatting dengan kawan2 sekolah dan kawan2 maya.
.
4. Saya tidak pasti berapa beradik anak-anak Ibu Wan. Cuma kalau dibiarkan si kakak ini MEMBELI dan MEMILIKI telefon sendiri akan sampai masanya adik-adiknya akan turut minta handphone sendiri dengan alasan “tu kakak boleh” !! Dalam kes begini, ibu bapa tiada alasan lagi.
.
5. Namun terbaik ibu dan ayah bersembang terlebih dahulu untuk dapat kata sepakat. Mesti ada kata sepakat. Kalau tiada kata sepakat apa jua penguatkuasaan tidak akan berjaya. JIKA terasa merampas handphone terlalu drastik bercakap dengan anak secara private (Ibu, Ayah dan Anak sahaja) dan buat langkah berikut:
.
(a) Buat peraturan masa mana boleh guna, masa mana tidak boleh guna handphone (selain tujuan pembelajaran). 
.
(b) JANGAN JANGAN JANGAN JANGAN JANGAN …. Hah lima kali JANGAN izinkan handphone di bawa masuk ke bilik tidur lebih2 lagi pada malam hari. Tu yang leka Solat. Bukan itu saja, nanti dia berkenalan dengan mana2 lelaki (TERLALU mudah dan ini perkara biasa … dan banyak lelaki mata keranjang mencari2 budak sekolah yang betul bendul), lelaki tu pujuk itu pujuk ini, rayu itu rayu ini … sehingga dia lupa diri dia akan sanggup buka butang baju depan kamera handphone dan …. Maaf, ini berlaku secara meluas. Mungkin anak Ibu Wan kuat pendiriannya, tetapi sekadar peringatan.
.
(c) Kalau dia ikut peraturan, izinkan dia memiliki handphone. Tapi kerja Ibu Wan dan suami banyaklah dok kena pantau anak itu dan ini dalam hal ini. Peraturan mesti datang bersama hukuman. Kalau di langgar peraturan, rampas telefon. Langgar kecil, rampas telefon sehari. Langgar besar sikit rampas telefon seminggu. Langgar benda besar lagi rampas terus.
.
JANGAN BERKERAS DENGAN ANAK. Tetapi TEGAS.
Maknanya bercakap dengan anak tadi elok-elok, dengan penuh mesra tetapi TEGAS tentang perkara yang mahu disampaikan. Pendirian mesti kuat.
.
Demikian adanya.
Sukacita sekiranya IBU BAPA LAIN yang baca posting ini turut bagi pandangan sebab masalah ini bukan Ibu Wan sahaja hadapi, ramai menghadapinya.
.
Mungkin anda ada pengalaman sendiri menghadapi masa;lah serupa ini.
.
Sila Share jika berminat
Dr.Shukri Abdullah, 4 Jun 2021

Tiada ulasan:

Catat Ulasan