Mak-Ayah, kita selalu merungut:
"Bukan salah kami ... itu pengaruh kawan dia"
"Tak pernah ajar pun benda macam tu ... mesti dapat dari kawan"
"Hah dah pandai keluar malam ... tu mesti ikut kawan"
"Semua nak ikut kawan ... kawan, kawan, kawan"
OK sekarang salah siapa ?
Saya salahkan Mak-Ayah !!!
(Dr. Shukri tak ada kerja lain ke ? Selalu disalahkan Mak dan Ayah. Eeii geram aku dengan dia. Mak ayah lagi)
Kenapa?
Jawapannya: Kenapa tidak dari kecil-kecil lagi Mak-Ayah selalu:
- Nasehat anak
- Tegur anak
- Bantu anak
- Tolong anak
- Cerita kat anak
- Bimbing anak
- Tarbiyah anak .... UNTUK PILIH KAWAN YANG BETUL.
Usah biarkan mereka sendiri mencari kawan tanpa panduan dari kita.
Sebagai contoh baca perkongsian berikut dari seorang rakan FB:
"Pendapat saya, segalanya bermula pertama dr didikan di rumah. Kemudian kedua dr pergaulan, iaitu siapa rakan2 anak kita? Ada keluarga yg sungguh tinggi akhlak dan aqidahnya walaupun dibesarkan di negara yg bukan Islam dan saya lihat juga keluarga yg porak peranda walaupun di sekelilingnya dipratikkan ajaran Islam. Hadis ada menyatakan kita adalah seperti kawan yg kita pilih. Umpama membuat pilihan berkawan dgn penjual minyak wangi ataupun tukang besi. I think the most important factor after raising our kids with Islamic values is telling them to choose their friends wisely. As soon as as our children entered school( 6-7 yrs old)we told them always spot the smartest kid in class and make her/him your best friend. Every year we tell them this. Kemudian selepas mrk besar sedikit sekitar 10 tahun, dan setelah merasa nikmat kejayaan dan semangat kompetitif kami kata pula pd mrk cari kawan yg rajin solat, pastikan dia antara kawan2 baik awak. Kalau tak jumpa, jadilah sahabat itu pada kawan2 baik awak. Maaf, kami bukan keluarga sempurna, hanya sekadar berkongsi apa yg nampaknya mendatangkan kebaikan.Alhamdulillah, segala yg baik kurniaan dr Allah swt, kita pula teruskan berusaha sesungguhnya saya juga takut akan cabaran di luar sana. Semoga Allah lindungi keluarga kita. Amin" Nazrin Aniza / bertarikh 9 Jun 2014)
Betul sangat pandangan di atas. Malah penulis telah mencadangkan beberapa idea menarik untuk perhatian kita.
Jadi mak ayah, hentikan tabiat menuding jari kepada kawan anak kita.
Mulakan tabiat menuding jari kepada diri sendiri.
Kita kena sentiasa terang kepada mereka kawan yang macam mana yang nak kita suruh anak kita utamakan.
Saya sendiri dan isteri antara lain menekankan cari kawan yang (a) yang bersolat dan (b) yang rajin.
AYUH MARI KITA PAKAT MEMBANTU ANAK KITA PILIH KAWAN YANG BETUL.
Ingat kawan yang membantu, bukan membantut.
Kawan yang positif, bukan negatif
Kawan yang rajin solat, bukan yang malas solat, apatah lagi yang tak solat.
Thanks Nazrin Aneeza
Tiada ulasan:
Catat Ulasan