K999.CARILAH SESEORANG UNTUK DIKASIHI PADA SETIAP HARI
Pada setiap hari, carilah seorang untuk dikasihi. Seorang saudara, pasangan, jiran, teman sekerja atau sesiapa sahaja. Bayangkan kebaikannya dan fikirkan cara untuk berterima kasih dan membalas kebaikannya.
Jika itu dapat kira lakukan, maka hari kita akan dipenuhi dengan keharmonian dan ketenangan. Kita akan rasa gembira pada hari itu, kerana keinginan untuk menyatakan cinta dan kasih itu akan menerangi kegelapan hari-hari kita.
Usah membuang masa memikirkan orang yang kita benci. Atau seseorang yang pernah menyakiti dan melukai hati kita. Justeru, ia akan menyebabkan hari-hari kita akan dicemari oleh kemarahan, kesedihan, dendam dan kemurungan.
Oleh itu, apabila kita bangun pada setiap pagi, fikirkan seorang atau beberapa orang yang perlu kita sayangi, kita ucapkan terima kasih, kita perlu gembirakan...InsyaAllah itu akan menyebabkan hati kita pada hari itu akan ceria dan bercahaya.
Inilah maksud hadis, yang menyarankan agar kita memikirkan bagaimana hendak membantu saudara muslim kita yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan