Jumaat, Jun 25, 2021

K999.MACAM MANA NAK PULIH DARI TRAUMA LAMPAU?

K999.MACAM MANA NAK PULIH DARI TRAUMA LAMPAU? 

Kebanyakkan isu psikologi dewasa ialah manifestasi complex trauma yang dialami dalam hidup sebelum ini. 

Samaada bentuk fizikal, seksual atau emosi. Complex - sebab biasanya berlaku secara berulang, beri kesan multi-dimensional pada individu.

Untuk pulih, bukan mudah, tapi bukan mustahil. Sebahagian perlu bantuan profesional. 

Tapi apapun cara untuk pulih, anda perlu tahu roadmap atau apa nak capai untuk 'rebuild' kehidupan. 

8 steps ini adalah roadmap asas yang perlu dilalui. 

1. Bina semula sense of safety - ini yg paling basic
2. Belajar urus emosi berkait trauma
3. Bina perhubungan/ connection baru yang lebih positif - support system
4. Bina spiritual strength 
5. Kenalpasti kekuatan yang anda miliki dan perkasakan kekuatan ini. 
6. Making sense of the past - ini antara yang paling susah, tapi paling kritikal
Making sense - maksudnya cari makna baru, letakkan sejarah lampau pada posisi yang betul, jangan bagi dia block view anda untuk lihat kehadapan. 
7. Bina identiti anda yang baru, jangan definisikan hidup anda berdasarkan pengalaman lampau. 
8. Bina masa depan yang lebih baik, a step at a time

Jadi, jika anda tak tahu di mana nak bermula, ini roadmap yang anda perlu garap. 

Sit down dan mula berfikir, dimana anda, dan apa langkah seterusnya. 

Tak mudah, tetapi tak mustahil. 
InsyaAllah.

Dr rozanizam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan