Tafsir asas quran nota 9(302)315
Daaraquthni adalah antara tokoh hadits yang mendhaifkannya. Menurut sesetengah paling tinggi pun ia bertaraf hasan.
Inilah tiga hadits yang mewakili tiga kelompok sabda Nabi s.a.w. berhubung dengan riwayat-riwayat Israiliyyat. Ia merupakan asas dalam bab ini. Sepintas lalu hadits-hadits itu kelihatan saling bertentangan. Hadits (1) nampak semacam membenarkan kita meriwayat riwayat-riwayat Israiliyyat secara mutlaq. Hadits (3) kelihatan melarang kita daripada menerimanya. Sementara hadits (2) pula tidak mengharuskan dan tidak juga melarang. Tetapi jika diteliti berdasarkan apa yang difahami para ulama' hadits, tidak adapun pertentangan antaranya.
Hadits (1) yang mengharuskan kita bercerita tentang sesuatu yang diambil daripada Bani Israil itu adalah yang dipastikan kebenarannya atau yang tidak diyakini dustanya, Adapun yang diketahui dan diyakini dustanya tentu sekali tidak akan dibenar oleh Rasulullah s.a.w. umatnya menyebarkannya. Kerana itu bererti menyebarkan dusta. Ia tidak bercanggah dengan hadits (2), kerana apa yang dimaksudkan oleh hadits (2) itu ialah jangan kamu membenarkan Ahlul Kitab dan jangan pula mendustakan mereka tentang apa yang tidak kamu tahu sama ada ia benar atau dusta. Sebaliknya ia boleh jadi benar dan bolehjadi juga dusta.
Inilah yang difahami al-Imam asy-Syafi'e berdasarkan apa yang dinukilkan oleh HafiZ Ibnu Hajar. Kata asy-Syafi'e, "Sedia dima'lumi bahawa Nabi s.a.w. tidak membenarkan berdusta. Jadi maksud hadits itu ialah berceritalah daripada Bani Israil sesuatu yang tidak kamu ketahui tentang dustanya. Adapun perkara yang di sisimu ia merupakan sesuatu yang harus (mungkin benar mungkin tidak), maka tidak mengapa menukilkannya daripada mereka. Tidaklah ia bermaksud mengizin atau melarang kita daripada bercerita tentang sesuatu yang diyakini kebenarannya." (Lihat Fathul Baari j.6 m/s 499).
Hafiz Ibnu Hajar, demikianjuga al-Qasthallani ketika menghuraikan hadits:
لَا تًصَدِقُوا أَهْلَ الْكِتَابِ وَلَا تًكَذِّبُوهُمْ
(Jangan kamu benarkan Ahlul Kitab dan jangan pula kamu dustakan mereka) berkata, "'Maksudnya ialah apabila mereka menceritakan kepadamu tentang sesuatu yang ada kemungkinan benar dan dustanya. Supaya tidak berlaku pendustaan olehmu, padahal ia benar. Begitu,juga sebaliknya jika kamu membenarkannya, padahal ia dusta. Kalau berlaku begitu, maka kamu bersalah." (Lihat Fathul Baari j.8 m/s 170, Irsyadu as-Saarij. 10 m/s 25).
Selepas berkata begitu Hafiz lbnu Hajar menambah kata, "Tidak ada larangan Nabi s.a.w. (kepada kita umatnya) daripada mendustakan mereka pada perkara yang menyalahi syariat kita. Tidak ada juga larangan Baginda (kepada kita umatnya) daripada membenarkan mereka pada
315
Tiada ulasan:
Catat Ulasan