Selasa, Jun 15, 2021

Tafsir asas quran nota 9(302)324

Tafsir asas quran nota 9(302)324

kepadaku"; maka dia pun tampil menyapu betis-betis dan tengkuk-tengkuk (33).
(Shaad:30-33)

Al-A'raf 7:189

هُوَ ٱلَّذِى خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَٰحِدَةٍ وَجَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا لِيَسْكُنَ إِلَيْهَاۖ فَلَمَّا تَغَشَّىٰهَا حَمَلَتْ حَمْلًا خَفِيفًا فَمَرَّتْ بِهِۦۖ فَلَمَّآ أَثْقَلَت دَّعَوَا ٱللَّهَ رَبَّهُمَا لَئِنْ ءَاتَيْتَنَا صَٰلِحًا لَّنَكُونَنَّ مِنَ ٱلشَّٰكِرِينَ 
Al-A'raf 7:190
فَلَمَّآ ءَاتَىٰهُمَا صَٰلِحًا جَعَلَا لَهُۥ شُرَكَآءَ فِيمَآ ءَاتَىٰهُمَاۚ فَتَعَٰلَى ٱللَّهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ 

Bermaksud: Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu dan Dia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri)untuk bersenang- senang (bertenang tenteram) satu diri kepada yang Iain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah dia dengan kandungan yano ringan, serta teruslah dia dengan keadann itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika dia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata): Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur. ( 189).

Kemudian ketika Allah mengurniakan kepada keduanya nikmat yang baik (sebagaimana yang mereka pohonkan). mereka berdua menjadikan sekutu bagi Allah dalam urusan wujudnya ni'mat yang dikurniakan Allah kepada mereka. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan itu. (190). (189-190).

Kitab-Kitab Tafsir Yang Banyak Mengandungi Riwayat-Riwayat Israiliyyat.
Kitab-kitab tafsir lama jauh lebih banyak mengandungi riwayat-riwayat Israiliyyat berbanding kitab-kitab tafSir yang ditulis di zaman moden ini. Kitab tafsir tulisan tokoh-tokoh Islam di z,mnan moden ini kebanyakannya anti riwayat Israiliyyat. Kalau ada tersebut pun di dalamnya riwayat Israiliyyat, maka untuk didedahkan kebatilan dan kekarutannya, kernudian diberikan penjelasan dan tafsiran sebenar bagi ayat-ayat berkenaans
Di bawah ini dikemukakan beberapa tafsir yang masyhur ketüna banyak mengandungi riwayatriwayat Israiliyyat dan ia merupakan punca bagi tafsir-tafsir yang datang selepasnya:
(1) At-Tafsir al-Kabir karangan Muqatil bin Sulaiman (m150H). Tafsir ini boleh dikatakan penuh dengan riwayat-riwayat Israiliyyat. Pengarangnya telah mengemukåkan riwayat-riwayat itu tanpa sanad. Hafiz Ibnu Hajar berkata, "Para 'ulama' menganggapnya sebagai seorang pendusta. Orang yang meriwayatkan tafsir itu daripadanya adalah Abu lshmah Nuh bin Abi Maryam. Dia juga dianggap pendusta oleh para  ulama'. Selain Nuh bin Abi Huzail bin Habib juga

324

Tiada ulasan:

Catat Ulasan