Tafsir asas quran nota 9(302)327
Pro Dan Kontra Sekitar Tafsir Saintifik: Antara Pendukung Dan Penentangnya.
Terlebih dahulu perlu diketahui bahawa apa yang dimaksudkan dengan tafsir saintifik di sini ialah memadankan penemuan sains moden dengan dalil-dalil afaaqİ dan dilil-dalil anfusi yang tersebut di dalam al-Quran. sesuai dengan fiman Allah berİkut.
Fussilat 41:53
سَنُرِيهِمْ ءَايَٰتِنَا فِى ٱلْءَافَاقِ وَفِىٓ أَنفُسِهِمْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ ٱلْحَقُّۗ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُۥ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ شَهِيدٌ
Bermaksud: Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata tempat (dalam alam yang tertentang luas ini) dan pada diri mereka sendirİ. sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa AI-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itü dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? (Fusshilat:53).
Ada berbagai penilaian para 'ulama' tentang memahami al-Qur'an melalui pendekatan sains modem. Ada yang menolak dan ada pula yang mendukungnya.
Antara Yang Menolak Tafsir Saintifik Adalah:
(1) imam Abu İshaq As-Syathibi (m.790 H)
Asy-Sathibi (İbrahim bin Musa bin Muhammad al-Lakhmi al-Ghamathi) telah menolak tafsir saintifik dalam kitabnya al-Muwaqat dengan alasan syariat Islam diturunkan pada asalnya kepada masyarakat ummi yang tidak terdedah kepada sains, beliau berpandangan al quran diturunkan bukan unluk menerangkan teori-teori sains, sebaliknya unluk memberi hidayah dan petunjuk kepada manusia.
Dalanı memahami al-Quran sesaorang mufassir hendaklah membatasi dirinya dengan menggunakan ilmu bantu yang diketahui oleh masyarakat Arab pada masa turunııya al-Quran dan yang berusaha memahaminya dengan menggunakan ilmu bantu selainnya, maka ia akan sesat atau keliru dalam hal-hal yang tidak pernah dimaksudkan oleh Allah.
Asy-Syathibi mencela orang yang berpendapat di dalam al-Quran terdapat ilmu pengetahuan bagi orang-orang terdahulu dan terkemudian.
Menurutnya orang-orang tersebut telah melampaui batas dalam meletakan alQuran. Padahal para salafus salih
dari kalangan sahabat, tabi'in dan para ulama setelah mereka adalah orang yang Iebih mengerti tentang al-quran , al.Qur'an, ilmunya dan hal yang berkaitan dengannya. namun tidak pernah dijumpai seorang pun daripada mereka pernah
327
Tiada ulasan:
Catat Ulasan