Tafsir asas quran nota 9(302)329
Alasan Para ' Ulama' Yang Menolak Pentafsiran Saintifik
Para ulama' yang menolak pentafsiran saintifik mempunyai alasan tersendiri. Di bawah ini dikemukakan inti patinya:
Pertama, dikhuatiri ayat-ayat al-Qur'an tidak difahami mengikut kaedah yang telah disepakati.
Pentafsiran al-Qur'an sesuai dengan sains moden mungkin terkeluar dari manhaj dan kaedah ahli-ahli tafsir.
Kedua, teori yang dikemukakan boleh berubah dan pada setiap hari akan ada penemuan baharu yang akan menolak penemuan sebelumnya. Jika diikatkan ayat-ayat al-Qur'an dengan teori tertentu maka dikhuatiri akan timbulnya keraguan kepada al-Qur'an setelah terbukti ia tidak benar.
Ketiga, al-Qur'an adalah kitab hidayah dan mukjizat, bukan tugas al-Qur'an menjelaskan masalah-masalah alam semesta dan penemuan sains.
Keempat, al-Qur'an wajib difahami sepertimana yang diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada orang Arab pada masa penurunannya. la tidak harus difahami berdasarkan pentafsiran saintifik yang tidak pernah diketahui orang-orang yang menerima al-Qur'an di peringkat permulaan dahulu.
Antara Para Pendukung Tafsir Saintifik
(1) Imam al-Ghazali (450-505 H)
Idea tafsir saintifik secara serius dikembangkan oleh al-Ghazali, beliau menghuraikan secara komprehensif alasan-alasannya dalam Ihya' ' Ulum ad-Din. Menurutnya al-Qur'an merupakan sumber ilmu pengetahuan yang tidak terbatas, Segala jenis ilmu yang terkandung di dalam alQur'an adalah bertujuan menerangkan kekuasaan Allah meliputi zatNya, perbuatanNya dan sifatNya. Ilmu ini pada asasnya tiada penghujungnya. Semakin dikaji semakin berkembang selaras dengan pengetahuan manusia. Justeru segala yang terkandung di dalam al-Quran adalah merupakan rumuz (simbol) dan bukti-bukti serta petunjuk-petunjuk bagi keagungan Allah s.w.t. Al-Ghazali juga merupakan orang pertama yang mengutarakan perkara ini. Dalam kitab tersebut ia mengatakan bahawa semua bentuk pemahaman ilmuwan rasional dan perbedaan pendapat dalam hasil analisis dan hasil rasional, maka dalam al-Qur'an ada beberapa rumusan dan beberapa argumentasi tentangnya yang hanya diketahui oleh orang-orang tertentu. Bahkan dalam buku yang dikarangnya setelah Ihya' Ulum ad-Din iaitu kitab Jawahir al-Qur'an ia mengulang tema yang sama bahkan dengan lebih luas lagi pembahasannya.
329
Tiada ulasan:
Catat Ulasan