Khamis, Julai 08, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 27(84)nota 16(423-424)s

Daurah tafsir 2019 sesi 27(84)nota 16(423-424)s

084.Surah al insyiqaq 

Tertib surah 84
Bilangan ayatnya 25
Bilangan rukuk 1
Surah Makkiyah
Tertib turunnya  ke 83
Bilangan paragraf 4
Paragraf 1ayat 1-6 Manusia juga seperti kejadian2 Allah dilangit dan bumi menuju ke destinasinya.
Paragraf 2 ayat 7-15 Suratan amalan orang-orang  أبرار diberikan kepada tangan kanannya dan suratan amalan orang-orang فٌجّار pula diberikan dari arah belakang.
Paragraf 3 ayat  16-19  Manusia juga mempunyai  stesen-stesen dalam perjalanannya seperti syafaq,bulan dan malam.
Paragraf 4 ayat 20-25  Percayalah kepada alquran , jika tidak azab yg pedih akan menimpamu.

Mesej utama.
1.Wahai manusia ! Fikirlah tentang destinasi dihadapan mu.
2.Percayalah  kepada alquran.
3.Orang-orang yang diberikan  suratan amalan  pada tangan kanannya akan dapat  masuk syurga tanpa hisab.

Zaman Diturunkan
Surah al-Insyiqaq juga diturunkan selepas da'wah terbuka kepada orang-orang Quraisy dilancarkan iaitu pada peringkat kedua kehidupan Rasulullah s.a.w. di Mekah di antara tahun ke-4 hingga ke-5 Kenabian. Pada ketika itu penentangan yang hebat terhadap Rasulullah s.a.w. telah pun berlaku, Baginda dihina dan diperolok-olokkan.

Kelebihan Surah Al-Insyiqaq
Rasulullah s.a.w. bersabda 
مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَنْظُرَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ كَأَنَّهُ رَأْيُ عَيْنٍ فَلْيَقْرَأْ إِذَا الشَّمْسُ كُوِّرَتْ وَ إِذَا السَّمَاءُ انْفَطَرَتْ وَ إِذَا السَّمَاءُ انْشَقَّتْ 
Bermaksud: "sesiapa yang hendak melihat hari kiamat seolah-olahnya dengan mata kepalanya dia hendaklah membaca  وَإِذَا السَّمَاءُ انْشَقَّتْ,  وَإِذَا السَّمَاءُ انْفَطَرَتْ, إِذَا الشَّمْسُ كُوِّرَتْ  
Hadits riwayat Tirmizi, Kitab Tafsir, Bab Surah at-Takwir, hadits 3,333, ini adalah hadits shahih.

Perkaitan Surah Al-Insyiqaq Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
Di dalam Surah al-Muthaffifin sebelum ini telah tersebut tentang suratan amalan manusia, suratan amalan orang-orang فُجَّار ada di dalam سِجِّيْن dan  suratan amalan orang-orang   أبرار pula dimasukkan dalam عِلِّيِّين. Di dalam Surah al-Insyiqaq diberitahu bahawa suratan amalan akan diperolehi orang-orang yang bertuah melalui tangan kanannya, orang-orang yang malang pula akan diberikan suratan amalannya dari belakang.

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Di dalam surah ini dijelaskan bahawa manusia maju ke hadapan dengan tekun, bersungguh-sungguh
dan susah payah, tetapi ia tidak sedar bahawa selepas mati ia akan menemui tuhannya إِنَّكَ كَادِحٌ إِلَىٰ رَبِّكَ كَدْحًا فَمُلَٰقِيهِ (Ayat: 6). Perkara yang sama tersebut di dalam ayat ke-19 tetapi dalam bentuk yang lain لَتَرْكَبُنَّ طَبَقًا عَن طَبَقٍ 

Al-Inshiqaq 84:6
يَٰٓأَيُّهَا ٱلْإِنسَٰنُ إِنَّكَ كَادِحٌ إِلَىٰ رَبِّكَ كَدْحًا فَمُلَٰقِيهِ 
Wahai manusia! Sesungguhnya kamu telah bekerja keras menuju Tuhanmu, maka kamu akan menemui-Nya.

Al-Inshiqaq 84:19
لَتَرْكَبُنَّ طَبَقًا عَن طَبَقٍ 
sungguh, akan kamu jalani tingkat demi tingkat (dalam kehidupan).


2. Orang-orang bertuah yang akan mendapat suratan amalan dengan tangan kanan di hari kiamat nanti,
akan mudah hisabnya فَسَوْفَ يُحَاسَبُ حِسَابًا يَسِيرًا  (Ayat: 8). Rasulullah s.a.w. menjelaskan maksud حِسَابًا يَسِيرًا (hisab yang mudah) ialah masuk syurga tanpa hisab.

Al-Inshiqaq 84:8
فَسَوْفَ يُحَاسَبُ حِسَابًا يَسِيرًا 
maka dia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah,

3. Bumi dan langit juga sedang merentasi stesen-stesen dalam perjalanannya.

4. Manusia juga mempunyai stesen-stesen dalam perjalanan hidupnya seperti syafaq, malam dan bulan.
Stesen-stesen dalam kehidupan manusia yang dimaksudkan ialah dari mula ia lahir ke zaman kanak-
kanak, zaman muda, zamar. tua, mati, kubur, di hari kiamat nanti dihisab dan akhir sekali sama ada ke syurga atau neraka.

Al-Inshiqaq 84:1
إِذَا ٱلسَّمَآءُ ٱنشَقَّتْ 
Apabila langit terbelah,

Al-Inshiqaq 84:2
وَأَذِنَتْ لِرَبِّهَا وَحُقَّتْ 
dan patuh kepada Tuhannya, dan sudah semestinya patuh,

Al-Inshiqaq 84:3
وَإِذَا ٱلْأَرْضُ مُدَّتْ 
dan apabila bumi diratakan,

Al-Inshiqaq 84:4
وَأَلْقَتْ مَا فِيهَا وَتَخَلَّتْ 
dan memuntahkan apa yang ada di dalamnya dan menjadi kosong,

Al-Inshiqaq 84:5
وَأَذِنَتْ لِرَبِّهَا وَحُقَّتْ 
dan patuh kepada Tuhannya, dan sudah semestinya patuh.

Al-Inshiqaq 84:6
يَٰٓأَيُّهَا ٱلْإِنسَٰنُ إِنَّكَ كَادِحٌ إِلَىٰ رَبِّكَ كَدْحًا فَمُلَٰقِيهِ 
Wahai manusia! Sesungguhnya kamu telah bekerja keras menuju Tuhanmu, maka kamu akan menemui-Nya.

Al-Inshiqaq 84:7
فَأَمَّا مَنْ أُوتِىَ كِتَٰبَهُۥ بِيَمِينِهِۦ 
Maka adapun orang yang catatannya diberikan dari sebelah kanannya,

Al-Inshiqaq 84:8
فَسَوْفَ يُحَاسَبُ حِسَابًا يَسِيرًا 
maka dia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah,

Al-Inshiqaq 84:9
وَيَنقَلِبُ إِلَىٰٓ أَهْلِهِۦ مَسْرُورًا 
dan dia akan kembali kepada keluarganya (yang sama-sama beriman) dengan gembira.

Al-Inshiqaq 84:10
وَأَمَّا مَنْ أُوتِىَ كِتَٰبَهُۥ وَرَآءَ ظَهْرِهِۦ 
Dan adapun orang yang catatannya diberikan dari sebelah belakang,

Al-Inshiqaq 84:11
فَسَوْفَ يَدْعُوا۟ ثُبُورًا 
maka dia akan berteriak, “Celakalah aku!”

Al-Inshiqaq 84:12
وَيَصْلَىٰ سَعِيرًا 
Dan dia akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka).

Al-Inshiqaq 84:13
إِنَّهُۥ كَانَ فِىٓ أَهْلِهِۦ مَسْرُورًا 
Sungguh, dia dahulu (di dunia) bergembira di kalangan keluarganya (yang sama-sama kafir).


Al-Inshiqaq 84:14
إِنَّهُۥ ظَنَّ أَن لَّن يَحُورَ 
Sesungguhnya dia mengira bahwa dia tidak akan kembali (kepada Tuhannya).

Al-Inshiqaq 84:15
بَلَىٰٓ إِنَّ رَبَّهُۥ كَانَ بِهِۦ بَصِيرًا 
Tidak demikian, sesungguhnya Tuhannya selalu melihatnya.

Al-Inshiqaq 84:16
فَلَآ أُقْسِمُ بِٱلشَّفَقِ 
Maka Aku bersumpah demi cahaya merah pada waktu senja,

Al-Inshiqaq 84:17
وَٱلَّيْلِ وَمَا وَسَقَ 
demi malam dan apa yang diselubunginya,

Al-Inshiqaq 84:18
وَٱلْقَمَرِ إِذَا ٱتَّسَقَ 
demi bulan apabila jadi purnama,

Al-Inshiqaq 84:19
لَتَرْكَبُنَّ طَبَقًا عَن طَبَقٍ 
sungguh, akan kamu jalani tingkat demi tingkat (dalam kehidupan).

Al-Inshiqaq 84:20
فَمَا لَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ 
Maka mengapa mereka tidak mau beriman?


Al-Inshiqaq 84:21
وَإِذَا قُرِئَ عَلَيْهِمُ ٱلْقُرْءَانُ لَا يَسْجُدُونَ۩ 
Dan apabila Al-Qur'an dibacakan kepada mereka, mereka tidak (mau) bersujud,


Al-Inshiqaq 84:22
بَلِ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ يُكَذِّبُونَ 
bahkan orang-orang kafir itu mendustakan(nya).

Al-Inshiqaq 84:23
وَٱللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا يُوعُونَ 
Dan Allah lebih mengetahui apa yang mereka sembunyikan (dalam hati mereka).


Al-Inshiqaq 84:24
فَبَشِّرْهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ 
Maka sampaikanlah kepada mereka (ancaman) azab yang pedih,

Al-Inshiqaq 84:25
إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ لَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍۭ 
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka akan mendapat pahala yang tidak putus-putusnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan