Rabu, Julai 07, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 27(84)nota 16(424)

Daurah tafsir 2019 sesi 27(84)nota 16(424)

Zaman Diturunkan
Surah al-Insyiqaq juga diturunkan selepas da'wah terbuka kepada orang-orang Quraisy dilancarkan iaitu pada peringkat kedua kehidupan Rasulullah s.a.w. di Mekah di antara tahun ke-4 hingga ke-5 Kenabian. Pada ketika itu penentangan yang hebat terhadap Rasulullah s.a.w. telah pun berlaku, Baginda dihina dan diperolok-olokkan.

Kelebihan Surah Al-Insyiqaq
Rasulullah s.a.w. bersabda 
مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَنْظُرَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ كَأَنَّهُ رَأْيُ عَيْنٍ فَلْيَقْرَأْ إِذَا الشَّمْسُ كُوِّرَتْ وَإِذَا السَّمَاءُ انْفَطَرَتْ وَإِذَا السَّمَاءُ انْشَقَّتْ 
Bermaksud: "sesiapa yang hendak melihat hari kiamat seolah-olahnya dengan mata kepalanya dia hendaklah membaca  وَإِذَا السَّمَاءُ انْشَقَّتْ,  وَإِذَا السَّمَاءُ انْفَطَرَتْ, إِذَا الشَّمْسُ كُوِّرَتْ  
Hadits riwayat Tirmizi, Kitab Tafsir, Bab Surah at-Takwir, hadits 3,333, ini adalah hadits shahih.

Perkaitan Surah Al-Insyiqaq Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
Di dalam Surah al-Muthaffifin sebelum ini telah tersebut tentang suratan amalan manusia, suratan amalan orang-orang فُجَّار ada di dalam سِجِّيْن dan  suratan amalan orang-orang   أبرار pula dimasukkan dalam عِلِّيِّين. Di dalam Surah al-Insyiqaq diberitahu bahawa suratan amalan akan diperolehi orang-orang yang bertuah melalui tangan kanannya, orang-orang yang malang pula akan diberikan suratan amalannya dari belakang.

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Di dalam surah ini dijelaskan bahawa manusia maju ke hadapan dengan tekun, bersungguh-sungguh
dan susah payah, tetapi ia tidak sedar bahawa selepas mati ia akan menemui tuhannya إِنَّكَ كَادِحٌ إِلَىٰ رَبِّكَ كَدْحًا فَمُلَٰقِيهِ (Ayat: 6). Perkara yang sama tersebut di dalam ayat ke-19 tetapi dalam bentuk yang lain لَتَرْكَبُنَّ طَبَقًا عَن طَبَقٍ 

Al-Inshiqaq 84:6
يَٰٓأَيُّهَا ٱلْإِنسَٰنُ إِنَّكَ كَادِحٌ إِلَىٰ رَبِّكَ كَدْحًا فَمُلَٰقِيهِ 
Wahai manusia! Sesungguhnya kamu telah bekerja keras menuju Tuhanmu, maka kamu akan menemui-Nya.

Al-Inshiqaq 84:19
لَتَرْكَبُنَّ طَبَقًا عَن طَبَقٍ 
sungguh, akan kamu jalani tingkat demi tingkat (dalam kehidupan).


2. Orang-orang bertuah yang akan mendapat suratan amalan dengan tangan kanan di hari kiamat nanti,
akan mudah hisabnya فَسَوْفَ يُحَاسَبُ حِسَابًا يَسِيرًا  (Ayat: 8). Rasulullah s.a.w. menjelaskan maksud حِسَابًا يَسِيرًا (hisab yang mudah) ialah masuk syurga tanpa hisab.

Al-Inshiqaq 84:8
فَسَوْفَ يُحَاسَبُ حِسَابًا يَسِيرًا 
maka dia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah,

3. Bumi dan langit juga sedang merentasi stesen-stesen dalam perjalanannya.

4. Manusia juga mempunyai stesen-stesen dalam perjalanan hidupnya seperti syafaq, malam dan bulan.
Stesen-stesen dalam kehidupan manusia yang dimaksudkan ialah dari mula ia lahir ke zaman kanak-
kanak, zaman muda, zamar. tua, mati, kubur, di hari kiamat nanti dihisab dan akhir sekali sama ada ke syurga atau neraka.

424

Tiada ulasan:

Catat Ulasan