Jumaat, Julai 16, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 27(87)nota 16(430)

Daurah tafsir 2019 sesi 27(87)nota 16(430)

Zaman Diturunkan
1.Surah al-A'la diturunkan pada peringkat pertama kehidupan Rasulullah s.a.w. di Mekah sekitar tahun
pertama hingga ketiga Kenabian, pada ketika itu Islam disebarkan secara tertutup dan senyap-senyap.
Pada ketika itu Nabi s.a.w. berusaha untuk mengingatkan wahyu yang disampaikan kepadanya (Ayat: 6)

Al-A'la 87:6
سَنُقْرِئُكَ فَلَا تَنسَىٰٓ 
6. Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran yang diturunkan kepadamu - dengan perantaraan jibril), sehingga engkau (menghafaznya dan) tidak lupa.

2.Sebahagian daripada isi kandungan surah ini besar kemungkinannya diturunkan setelah da'wah secara
terbuka bermula iaitu pada peringkat تذكير (mengingatkan manusia) kepada ajaranAllah (Ayat 9).

Al-A'la 87:9
فَذَكِّرْ إِن نَّفَعَتِ ٱلذِّكْرَىٰ 
9. Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajarun Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna)

Kelebihan Surah Al-A'la
1.Rasulullah s.a.w. membaca Surah al-A'la di dalam rakaat pertama shalat Juma'at dan shalat dua hariraya, di dalam rakaat yang keduanya Baginda membaca Surah al-Ghasyiah. 
Shahih Muslim, Kitab Juma'at, Bab bacaan pada shalat Juma'at, hadits 2,065 daripada Nu'man bin Basyir.

Daripada kenyataan tersebut diketahui Rasulullah s.a.w. sangat mahukan surah-surah berkenaan dihafal oleh semua orang dan difahami kandungannya dengan baik oleh mereka.

2. Di dalam rakaat pertama sembahyang witir juga Rasulullah s.a.w. selalu membaca Surah al-A'la selepas Surah al-Fatihah. 
Abu Daud, Kitab Witir, Bab Bacaan pada shalat witir, hadits 1,465 daripada Ubai bin Ka'ab.

Perkaitan Surah Al-A'la Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
Di dalam Surah at-Thariq sebelum ini dinyatakan al-Qur'an yang diumpamakan sebagai hujan itu menumbuhkan tanaman-tanaman iman di dalam hati manusia, di dalam Surah al-A'la ini pula dinyatakan bahawa nasihat al-Qur'an itu hanya sampai ke dalam hati orang yang takut kepada tuhan.(Ayat: 10).


Al-A'la 87:10
سَيَذَّكَّرُ مَن يَخْشَىٰ 
Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu.

Di dalam Surah al-A'la dan juga Surah al-Ghasyiah selepas ini umat Islam diperintah supaya terus

430

Tiada ulasan:

Catat Ulasan