Sabtu, Julai 31, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 28(91)nota 16(438-439)s.

Daurah tafsir 2019 sesi 28(91)nota 16(438-439)s.

091.Surah As syams 
Tertib surah 91
Bilangan ayatnya 15
Bilangan rukuk 1
Surah Makkiyah 
Tertib turunnya  26
Bilangan paragraf 3
Paragraf 1ayat 1-8 Dalil-dalil tentang adanya hari akhirat dan hari pembalasan daripada kejadian-kejadian alam yang besar dan hebat  juga hati kecil manusia.
Paragraf 2 ayat 9-10 Kejayaan manusia terletak kepada ketaqwaan kesucian  jiwanya ,orang yang menekan suara hati kecilnya adalah orang yang malang.
Paragraf 3 ayat 11-15 Orang-orang yang derhaka dan melampau batas seperti kaum Tsamud tidak memilih  ketaqwaan  sebaliknya memilih kederhakaan ,dengan itu mereka tidak beroleh  kejayaan malah mendapat azab.

Mesej utama.
Hati kecil manusia memang menerima ketaqwaan  dan mahu berada dalam batas-batas ketentuan tuhan tetapi  orang-orang yang menjual hati kecilnya  menjadi penderhaka dan pelampau.


Zaman Diturunkan
Surah as-Syams diturunkan di akhir peringkat ketiga kehidupan Rasulullah s.a.w. selepas dakwah secara terbuka dilancarkan. la diturunkan di zaman yang penentangan daripada pihak orang-orang kafir Quraisy begitu memuncak, sikap pemimpin-pemimpin Quraisy sudah jadi seperti kaum Tsamud yang ganas dan kejam, mereka  diancam dengan  azab yang telah menimpa kaum Tsamud.

Perkaitan Surah As-Syams Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya.
1- Di dalam Surah al-Balad sebelum ini, kebebasan memilih yang diberikan kepada manusia disebutkan dengan lafaz النَّجْدَين di dalam Surah as-Syams ini pula ia dinyatakan melalui firman Allah.

Ash-shams 91:8فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَىٰهَا 
Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa.

2. Di dalam Surah al-LaiI selepas ini pula perkara yang sama disebutkan dengan perkataan yang lain, ia dikemukakan melalui firmanNya.

Al-Layl 92:4إِنَّ سَعْيَكُمْ لَشَتَّىٰ
Sesungguhnya amal usaha kamu adalah berbagai-bagai keadaannya.

3.Di dalam surah ini, perkataan  أشقى telah digunakan untuk seorang pemimpin yang kejam dari kalangan kaum Tsamud di dalam Surah al-Lail selepas ini pula manusia أشقى diancam dengan azab neraka.


Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah.
1.Di dalam surah ini dibuat perbandingan di antara  نقوى   dan طَغوى, kefasiqan dan kejahatan dibandingkan dengan tazkiah.

2. Sebagaimana kemampuan untuk melakukan dosa ada di dalam jiwa manusia, kemampuan untuk mengelak diri daripada dosa-dosa juga ada didalamnya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan