Sabtu, Julai 31, 2021

K999.Momen anak kecil dahulu...

K999.Momen anak kecil dahulu...

Pastinya kita yang memahami fitrah anak kecil akan bersabar melayani dan mengingatkannya, bukan terus memarahi teruk dirinya, kan.

Namun ramai juga antara kita akan terus memarahi dan mungkin memukul tanda ingatan kepada si kecil yang kita fikir hanya dengan kekerasan sahaja dia akan belajar, dan ingat.

Hakikatnya dalam menyantuni anak kecil, apabila dikaji ikut barat dan juga islamik, jelas menunjukkan cukup sekadar memberitahu elok-elok, dan terus memodelkan cara yang betul, anak kecil akan lebih ingat secara emosi positif dan penuh rasa tanggungjawab, bukan terpaksa malah keliru lagi.

Solat, perlakuan baik.
Tapi dimarahi kerana bermain? Apakah itu, keliru sebenarnya.
Perkara baik tapi ditekan-tekan dimarah-marah, dihukum?

Sebentar tadi anak yang sama ini (berbaju oren) solat bersama-sama ibu ayahnya di sebelah namun solat individu, dan diketahui ayahnya ia adalah 2 rakaat saja, culas dan mungkin sengaja atau tidak sengaja.

Ayahnya berpesan kepada ibunya,
Bisikkan kepadanya yang ayah perasan dia solat 2 rakaat saja,
Tak perlu beritahu kuat agar dia terpelihara maruahnya, di depan adik-adiknya.
Pernah berlaku sebelum ini dan dia terus menunaikan solat sekali lagi 3 rakaat, bermakna dia buat, bila diberitahu elok-elok.

Ibunya pergi mendekatinya dan beritahu secara bisik di telinganya mengenai ini:

"Mummy dapat tahu yang Fateh solat maghrib 2 rakaat, Mummy dan Ayah bimbang Fateh tak dapat markah penuh nanti, malaikat pun memang catat".

Dia tersedar dan kata ya, nanti Fateh solat balik.
Dia tonton semula TV (Sabtu malam boleh tonton lebih sedikit sampai malam).
Ibunya mengingatkan masa berjalan dan waktu maghrib singkat.
Kemudian si anak terus berlalu dan pergi menunaikan solatnya semula.

Mudah, beritahu saja,
Anak yang sudah tahu memang tahu,
Sekadar mengingatkan saja sudah memadai.
.

Sama juga aspek 'belajar', pembelajaran, pendidikan formal dan informal.

Belajar pdpr, perkara baik, namun dipaksa-paksa ditekan-tekan, disuruh-suruh dengan nada ancaman, apakah itu?

Seronokkah kita bila belajar dalam keadaan tertekan?
Disuruh siapkan kerja kita dalam keadaan terlalu banyak perkara nak disiapkan dan tiada siapa memahami... melainkan diri kita sendiri dan Tuhan yang Tahu. 

Fahami anak,
Fahami juga diri,
Cari solusi,
Perlahan-lahan, susun aturkan semula.

Pergantungan kepada Tuhan juga, untuk memudahkan usaha sungguh-sungguh kita.

Positif selalu untuk emosi ibuayah dan anak-anak kita.

Maznah Ibrahim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan