Rabu, Julai 07, 2021

K999.Soalan: Anak saya dah mula tunjuk tanda tertekan akibat pandemik yang tak berkesudahan.

K999.Soalan: Anak saya dah mula tunjuk tanda tertekan akibat pandemik yang tak berkesudahan. Dia mula tunjuk perasaan bosan, tak nak terlibat dengan aktiviti belajar dan makin mudah memberontak. Apa yang saya boleh lakukan?

Jawapan: 

15 tips bantu anak hadapi kelesuan pandemik. 

Kelesuan pandemic adalah sesuatu yang benar-benar berlaku. Tak kira dewasa mahupun kanak-kanak, perasaan terkongsong, bosan dengan rutin yang sama, terputus hubungan dengan rakan dan ketidaktentuan masa hadapan adalah antara penyumbang kenapa kelesuan pandemik berlaku. 

Antara tanda kelesuan pandemik ialah apabila emosi seseorang mula terganggu samaada dalam bentuk kesedihan, hilang minat, keresahan datau marah. Bagi kanak-kanak dan remaja, kelesuan pandemik ini ditunjukkan dengan perubahan tingkahlaku dan fizikal. Contohnya anak sukar fokus, tidak beri perhatian dalam kelas secara maya, tak mahu bermain, mudah bergaduh dengan adik beradik, banyak menyendiri dan kurang berinteraksi. Ada juga yang mengadu gejala yang tidak spesifik seperti sakit kepala, sakit perut dan mudah letih.
 
Bagaimana kita boleh membantu. 

1. Kawal emosi kita sendiri sebagai dewasa. Dekati anak dan ambil masa untuk berbual tentang emosi dan fikiran mereka. Sebagai contoh sepuluh minit sebelum tidur. (bonding)
2. Normalisasi emosi mereka – fahamkan mereka apa yang mereka rasa adalah real, ‘it’s okay to feel bored, sad or angry sometimes’ (validate)
3. Kongsikan pengalaman kita sendiri sebagai seorang dewasa dan bagaimana kita hadapinya. (share and model)
4. Jika anak sudah besar dan matang dalam perbualan, boleh berbincang dengan mereka apa cadangan mereka (problem-solving)
5. Teroka aktiviti bersama – tak kira kecil atau besar, pilih satu atau dua aktiviti – contoh bina rak mainan, masak kek cawan, tanam pokok
6. Rancang dan laksanakan aktiviti bersama – mulakan dan raikan, tunjukkan pada anak kita meraikan pencapaian mereka 
7. Pastikan rutin tidur, makan dan bermain mereka tersusun dengan baik
8. Pastikan ada rehat sekurang-kuranya 20 minit bagi setiap jam screen-time
9. Bagi anak berhubung dengan rakan – group video call, online movie time
10. Tetapkan jangkaan yang realistik bagi anak, nyatakan jangkaan anak dan benarkan fleksibiliti mengikut kemampuan dan keadaan.  
11. Bergurau, berjenaka dan ketawa bersama – keseronokan adalah ubat 
12. Biarkan anak merasa bosan dan meneroka jalan mengatasi kebosanan mereka. Jangan tolong fikirkan semua aktiviti bagi pihak mereka. Rangsang kreativiti mereka
13. Benarkan rumah untuk bersepah pada waktu-waktu tertentu dengan aktiviti mereka. Jangan terlalu rigid. Gunakan peluang itu untuk didik mereka bagaimana nak menyelesaikan aktiviti dengan baik.  
14. Jangan beremosi ketika menghukum. Emosi yang negatif dari anak – seperti rasa tidak dihargai akan menyebabkan semua tips di atas susah nak dilaksanakan. 
15. Sebagai ibubapa – share tanggungjawab. Jangan biarkan isteri/suami sahaja yang cuba atasi isu ini. Ambil peranan bersama.

Dr Rozanizam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan