Jumaat, Julai 30, 2021

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 012)

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 012)

mengadaptasinya dengan bebas dalam bahasanya sendiri. dengan al-Quran yang telah dibacakan oleh Allah s.w.t. terus dalam bahasa 'Arab seperti yang didapati hari ini kepada Jibril melalui interaksiNya dengan Jibril lalu Jibril menyampaikannya kepada Nabi s.a.w. dalam teks dan lafaz yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. tanpa diusik sedikitpun daripada keadaan asalnya. Wahyu dalam bentuk ilham, sesungguhnya tidak hanya diterima oleh para Nabi a.s. sahaja malah ia turut diterima oleh makhluk-makhluk lain di alam haiwan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain. Lihatlah firman Allah s.w.t. ini sebagai buktinya:
An-Nahl 16:68
وَأَوْحَىٰ رَبُّكَ إِلَى ٱلنَّحْلِ أَنِ ٱتَّخِذِى مِنَ ٱلْجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ ٱلشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ 
Bermaksud: dan Tuhanmu mewahyukan (memberi ilham) kepada lebah: "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit dan di pokok-pokok kayu. dan juga di tempat-tetnpat yang didirikan oleh manusia. (An-Nahl: 68), 

Allah s.w.t. juga mewahyukan kepada haiwan-haiwan seperti ayam, burung dan lain-lain agar mengeram telur dan seterusnya menjaga anak-anak mereka sampai kepada suatu tempoh yang tertentu. Allah s.w.t. jugalah yang mewahyukan kepada semua tumbuhan agar membesar dengan cara dan batasnya yang tersendiri. 

Namun wahyu yang diterima para nabi  berbeza sekali daripada wahyu yang diterima oleh sekalian makhluk Allah di alam flora dan fauna. 

Imam Bukhari ingin menyatakan bahawa wahyu yang diterima oleh Nabi kita Muhammad s.a.w. juga berbeza. Oleh yang demikian dalam  menjelaskan bentuk wahyu yang diterima oleh Rasulullah s.a.w.. beliau menyambung terus tajuk bab dengan وَقَوْلُ الله عزّجَلَّ 
إِنَّآ أَوْحَيْنَآ إِلَيْكَ كَمَآ أَوْحَيْنَآ إِلَىٰ نُوحٍ وَٱلنَّبِيِّۦنَ مِنۢ بَعْدِهِ
dan firman Allah: "Sesungguhnya Kami telah mewahyukan kepadamu seperti mana Kami telah mewahyukan kepada Nuh dan nabi-nabi sesudahnya." 

Maka jelaslah di sini bahawa wahyu yang diterima oleh Nabi s.a.w adalah wahyu risalah, bukan wahyu thabie, mahupun wahyu takwini. Sebaliknya wahyu tersebut adalah wahyu Syar'ie yang mengangkat seseorang yang menerimanya menjadi seorang rasul atau nabi. Sampai di sini timbul pula satu persoalan lain iaitu mengapakah Allah s.w.t. berfirman "Sebagaimana yang Kami wahyukan kepada Nuh", bukannya kepada Adam, Syits dan nabi-nabi yang lain sebelum nabi Nuh a.s? Adakah Nabi Adam dan lain-lainnya tidak menerima wahyu? Sekiranya mereka tidak menerima wahyu bagaimana pula mereka diangkat menjadi nabi? 

Setelah persoalan tersebut dibahas dan dibincangkan, terhasillah beberapa pendapat yang disimpulkan oleh para ulama. Antaranya ialah: 
(1) Ada segolongan 'ulama berpendapat bahawa peristiwa kebinasaan umat yang berlaku secara menyeluruh akibat pengingkaran terhadap rasul adalah bermula pada zaman Nabi Nuh a.s. Sebelum zaman itu kebinasaan sama ada dalam bentuk bencana tidaklah berlaku secara umum. Umpamanya peristiwa pembunuhan yang berlaku di antara dua orang anak Nabi Adam a.s. Habil dan Qabil. 

(2) Menurut Irnam Bukhari lagi. Wahyu yang diterima oleh Rasulullah s,a.w adalah merupakan suatu wahyu yang amat besar kedudukannya. Kerana ia sama dengan kedudukan wahyu yang diturunkan kepada Nabi Nuh a.s. dan Nabi-nabi sesudahnya. Dalam erti kata yang lain orang yang menłatuhinya akan terselamat manakala orang yang menentangnya pula pasti akan binasa sebagaimana yang dialami oleh kaum Nabi Nuh dan kaum-kaum nabi yang lain sesudahnya. 

(3) Syeikhul Hind berpendapat sebabnya mengapa Allah s.w.t. menyebut Nabi Nuh di dalam ayat di atas ialah kerana mahu mengaitkan dengan satu peristiwa di Padang Mahsyar sebagaimana diceritakan di dałam hadits-hadits. di mana orang-orang yang sudah tidak tahan lagi menanggung azab di sana berpakat sesama mereka untuk mencari dan meminta syafaat daripada nabi-nabi yang terdahulu. agar mereka dilepaskan oleh Allah swt. daripada kesengsaraan yang

12

An-Nisa' 4:163
إِنَّآ أَوْحَيْنَآ إِلَيْكَ كَمَآ أَوْحَيْنَآ إِلَىٰ نُوحٍ وَٱلنَّبِيِّۦنَ مِنۢ بَعْدِهِۦۚ وَأَوْحَيْنَآ إِلَىٰٓ إِبْرَٰهِيمَ وَإِسْمَٰعِيلَ وَإِسْحَٰقَ وَيَعْقُوبَ وَٱلْأَسْبَاطِ وَعِيسَىٰ وَأَيُّوبَ وَيُونُسَ وَهَٰرُونَ وَسُلَيْمَٰنَۚ وَءَاتَيْنَا دَاوُۥدَ زَبُورًا 
Sesungguhnya Kami mewahyukan kepadamu (Muhammad) sebagaimana Kami telah mewahyukan kepada Nuh dan nabi-nabi setelahnya, dan Kami telah mewahyukan (pula) kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Yakub dan anak cucunya; Isa, Ayyub, Yunus, Harun dan Sulaiman. Dan Kami telah memberikan Kitab Zabur kepada Dawud.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan