Isnin, Julai 12, 2021

Tafsir asas quran nota 9(302)345

Tafsir asas quran nota 9(302)345

pengenalan yang sangat penting bagi pemiliknya dan digunakan untuk tujuan ini di seluruh penjuru dunia.

Apa yang penting ialah keunikan cap jari ini baru diketahui manusia di akhir abad ke-19. Sebelumnya orang menganggap garis-garis di jari langsung tidak bererti. Al-Quran pula sebaliknya datang mengarahkan perhatian kita kepada erti penting di sebaliknya. Keunikan dan kepentingannya baru mampu difahami di zaman kini.

(b) Di Bidang Ilmu Falak Dan Kaji Bintang (Astronomi):
(1) Firman Allah di dalam Surah al-An'aam, ayat 101:

Al-An'am 6:101
بَدِيعُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِۖ أَنَّىٰ يَكُونُ لَهُۥ وَلَدٌ وَلَمْ تَكُن لَّهُۥ صَٰحِبَةٌۖ وَخَلَقَ كُلَّ شَىْءٍۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ 
Bermaksud: (Dialah) yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimana Dia mempunyai anak, sedang Dia tidak mempunyai isteri? Dia menciptakan segala sesuatu dan Dia mengetahui segala sesuatu. (al-An'aam:101 ).

Firman Allah ini menjelaskan tentang kejadian alam semesta.
Maklumat yang diberikan al-Qur'an ini sepenuhnya sesuai dengan penemuan sains moden. Kesimpulan yang dicapai astrofizik sa'at ini adalah bahawa seluruh alam semesta, bersamaan dengan dimensi benda dan waktu, muncul sebagai akibat dari ledakan besar yang terjadi dalam ketiadaan waktu. Peristiwa ini, yang dikenal sebagai 'Big Bang", membuktikan bahawa alam sełnesta telah diciptakan dari ketiadaan sebagai hasil ledakan satu titik tunggal. Kalangan ilmiah moden sependapat bahawa 'Big Bang" adalah satu-satunya penjelasan masuk akal yang dapat dibuktikan untuk permulaan dan pembentukan alam semesta.

Sebelum ”Big Bang", tidak ada benda. Dari kondisi ”ketiadaan” ketika benda, tenaga, bahkan waktu, tidak ada, dan kondisi itu hanya dapat digambarkan secara metafizik benda, tenaga, dan waktu diciptakan. Fakta yang ditemukan baru-baru ini oleh fizik moden telah diumumkan kepada kita dalam al-Quran 1400 tahun lalu.

(2) Firman Allah di dalam Surah adz-Dzariyat ayat 47:

Adh-Dhariyat 51:47
وَٱلسَّمَآءَ بَنَيْنَٰهَا بِأَيْي۟دٍ وَإِنَّا لَمُوسِعُونَ 
Dan langit Kami bangun dengan kekuasaan (Kami), dan Kami benar-benar meluaskannya.


345

Tiada ulasan:

Catat Ulasan