Rabu, Julai 14, 2021

Tafsir asas quran nota 9(302)347

Tafsir asas quran nota 9(302)347

Bermaksud: Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas). (al-Anbiyaa':33).

Dalam ayat lain pula Allah menyebutkan bahawa matahari tidak statik tetapi bergerak dalam orbitnya:
Ya Sin 36:38
وَٱلشَّمْسُ تَجْرِى لِمُسْتَقَرٍّ لَّهَاۚ ذَٰلِكَ تَقْدِيرُ ٱلْعَزِيزِ ٱلْعَلِيمِ 
Bermaksud: Dan matahari beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah taqdir Tuhan Yang Maha Perkasa, lagi Maha Mengetahui. (Yasiin:38).

Fakta-fakta yang telah disampaikan al-Qur'an ini ditemukan dengan pengamatan ilmu bintang di masa kini. Menurut perhitungan ahli astronomi, matahari bergerak dengan kecepatan sangat tinggi iaitu 720.000 kilometer/jam ke arah bintang Vega dalam orbit tertentu yang disebut Solar Apex. Hal ini bererti bahawa matahari bergerak kira-kira 17.280.000 kilometer/hari. Bersama matahari, semua planet dan satelit di dalam sistem graviti matahari juga menempuh jarak yang sama. Lebih jauh, semua bintang di alam semesta berada dalam gerakan terencana yang sama.
Bahawa seluruh alam semesta dipenuhi jalur dan orbit seperti ini, memang disebutkan dalam alQur'an sebagai berikut:
Adh-Dhariyat 51:7
وَٱلسَّمَآءِ ذَاتِ ٱلْحُبُكِ 
Bermaksud: Demi langit yang mempunyai jalan-jalan yang berbagai bentuk keadaannya. (adzDzariyaat: 7).

Ada sekitar 200 galaksi di alam semesta yang terdiri dari hampir 200 juta bintang pada setiap galaksi. Sebahagian besar bintang mempunyai planet, dan sebahagian besar planet mempunyai satelit. Semua benda luar angkasa ini bergerak dalam orbit yang diperhitungkan dengan tepat. Selama berjuta-juta tahun, setiap benda langit ini "beredar” pada orbitnya sendiri dalam keselarasan dan keteraturan sempurna dengan yang lainnya. Selain itu, komet juga bergerak bersama di orbit-orbit yang ditentukan bagi mereka.

Orbit di alam semesta tidak hanya dimiliki oleh benda angkasa. Galaksi juga berialan dengan kecepatan luar biasa pada orbit yang terencana dan diperhitungkan. Selama pergerakan ini. tidak ada satu pun benda angkasa memotong jalur sesamanya, atau berlanggaran.

347

Tiada ulasan:

Catat Ulasan