Bahasa Arab Video YB 01
#1Mengenal ilmu nahu|belajar nahu
Dalam alquran terdapat beberapa kata yang sama bentuknya namun dengan harakat (baris akhir) yang berbeza meskipun kata yang sama
contoh lafaz الله
Dalam Basmalah بِسْمِ ٱللهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ berharakat kasrah (ِ )
Dalam ayat qursiٱللهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلْحَىُّ ٱلْقَيُّومُۚ berharakat dhommah(ُ )
Dalam ayat lain إِنَّ اللهَ مَعَ ٱلصَّٰبِرِينَ berharakat fathah (َ )
Perubahan harakat ini tidak sembarangan.
Ada kaedah yang mengatur perubahan harakat akhir kalimah(perkataan) tersebut. Kaedah ini dibahas dalam ilmu nahu.
Apa itu ilmu nahu?
Kenapa kita harus mempelajarinya?
Kerana ilmu nahu adalah salah satu ilmu cabang bahasa Arab yang menyusun kalimah yang sesuai dengan bahasa Arab.
Ilmu bahasa Arab terdiri dari:
1.Ilmu Shorof
2.Ilmu Nahu
3.Ilmu Balaghah.
4.Ilmu Maani
5.Ilmu Arudh.
Contoh kalimat ضَرَبَ
Dalam ayat ضَرَبَ زَيْدٌ بَكْرًا bererti Zayd telah memukul Bakr.
Jika ضَرَبَ بَكْرٌ زَيْدًا bererti Bakr telah memukul Zayd.
Kedua ilmu yang penting yang awal untuk dipelajari ialah ilmu shorof.
Ilmu shorof adalah ilmu tentang perubahan kata(kalimat) dari suatu bentuk kebentuk yang lain.
Kedua ilmu ini(nahu dan shorof ) kita dapat mengetahui dan memahami bagaimana cara membuat kalimat yang sesuai dengan kaedah bahasa Arab resmi.
Adapun jika kita ingin membuat kalimat bahasa yang indah atau tinggi nilai sasteranya maka kita kena mempelajari ilmu balaghah, ilmu maani dan ilmu arudh.
Apa perbezaan ilmu shorof?
Fokus perbahasa ilmu shorof adalah perubahan kata dari suatu bentuk kebentuk yang lain yang di kenali dengan istilah tashrif.
Dengan ilmu shorof kita boleh mengetahui bentuk kata yang sesuai digunakan untuk kalimat.
Sedang ilmu nahu,fokus pada bagaimana kita merangkai kata-kata, menjadi sebuah kalimat yang sempurna baik dari sisi susunan kata tersebut atau perubahan akhir setiap kata yang dikenal dengan istilah i'rob.
Apa pentingnya belajar ilmu nahu?
Sebagai seorang muslim, mempelajari bahasa arab suatu keharusan.
Bagaimana kita boleh memahami isi kandungan alquran bila kita tidak memahami bahasa nya.
Bagaimana kita boleh menyelami hikmah dalam lautan hadits-hadits Rasullah bila bahasa Arab saja tidak di mengerti.
Allah berfirman;
Yusuf 12:2 إِنَّآ أَنزَلْنَٰهُ قُرْءَٰنًا عَرَبِيًّا لَّعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ
Sesungguhnya Kami menurunkannya sebagai Qur'an berbahasa Arab, agar kamu memahaminya.
Az-Zumar 39:28 قُرْءَانًا عَرَبِيًّا غَيْرَ ذِى عِوَجٍ لَّعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ
(Yaitu) Al-Qur'an dalam bahasa Arab, tidak ada kebengkokan (di dalamnya) supaya mereka bertakwa.
Kata Umar:Pelajarilah bahasa Arab kerana bahasa Arab adalah sebahagian dari agama kamu.
Kata Imam Syafie :Orang yang menguasai ilmu nahu maka ia akan dimudahkan untuk memahami seluruh ilmu Islam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan