Rabu, Ogos 25, 2021

Bahasa Arab Video YB 06

Bahasa Arab Video YB 06

#6 Jumlah filiyyah (lazim)| belajar nahu

Disini perbahasan jumlah fiiliyah secara lebih mendalam.

Jumlah fiiliyyah adalah kelompok kalimat yang diawali oleh fiil pada susunan kalimatnya. Dari sisi terkait dengan objek, fiil terbahagi dua:
Satu fiil lazim
Kedua fiil mutaaddy

Dengan pola kalimah fiilliyah juga ada dua iaitu
Fiil lazim = Fiil (predikat)+ fail(subjek)
Fiil mutaaddy= Fiil (predikat)+ Fail (subjek)+mafulbih(objek)

Fiil lazim = Fiil (predikat)+ fail(subjek)
Contoh
Zaid telah duduk  جَلَسَ زَيْدٌ
Fiil  ialah  جَلَسَ
Fail ialah زَيْدٌ

Fiil mutaaddy= Fiil (predikat)+ Fail (subjek)+mafulbih(objek)
Contoh 
Zaid sedang membaca quran يَقْرِأُ زَيْدٌ القُرْءَانَ
Fiil ialah يَقْرِأُ
Fail ialah زَيْدٌ
mafulbih ialah القُرْءَانَ


Fiil lazim adalah fiil yang tidak memerlukan mafulbih
Cukup Fiil dan fail .
Contoh 
Zaid telah berdiri قَامَ زَيْدٌ
Zaid sedang berdiri 

Kaedah pertama fiil kena sama fail.
Jika fail muzakkar fiil kena muzakkar
Jika fail muannas fail kena muannas

Failnya muzakkar زَيْدٌ maka ذَهَبَ زَيْدٌ
Failnya muannas زَيْنَبُ maka ذَهَبَتْ زَيْنَبُ


Kaedah kedua fiil harus dalam bentuk mufrad
Contoh 
Fail Mufrad  ذَهَبَ الطَّالِبُ
Fail musanna ذَهَبَ الطَّالِبَانِ
Fail jamak  ذَهَبَ الطُّلَّابُ

Kaedah ketiga fail dalam keadaan rafa' atau marfuk
Rafa' adalah salah satu keadaan kata kalimat.
-Jenis 
Mufrad
Musanna
Jamak muzakkar salim
Jamak muannas salim
Jamak taksir 
Isim yang lima

-Jenis 
Mufrad
Ketika rafa' dibaca dhommah contoh ذَهَبَ الطَّالِبُ
Bukan ذَهَبَ الطَّالِبَ 
Atau ذَهَبَ الطَّالِبِ.

Musanna
Ketika rafa' dibaca alif contoh ذَهَبَ الطَّالِبَانِ
Bukan ذَهَبَ الطَّالِبَينِ

Jamak muzakkar salim
Ketika rafa' dibaca waw contoh ذَهَبَ الطَّالِبُونَ
Bukan ذَهَبَ الطَّالِبِينِ

Jamak muannas salim
Ketika rafa' dibaca dhammah contoh ذَهَبَتِ الطَّالِبَاتُ
Bukan ذَهَبَ الطَّالِبَاتَ
Atau ذَهَبَ الطَّالِبَاتِ

Jamak taksir 
Ketika rafa' dibaca dhammah contoh   ذَهَبَ الطُّلَّابُ
Bukan   ذَهَبَ الطُّلَّابَ
Atau   ذَهَبَ الطُّلَّابِ


Isim yang lima
Ketika rafa' dibaca waw contoh ذَهَبَ أَبُوكَ
Bukan ذَهَبَ أَبَاكَ
Atau ذَهَبَ أَبِيكِ

Untuk mudah hafal jumlah filiyyah fiil lazim
Fiil sejenis dengan fail
Fiil berbentuk mufrad
Fail berbentuk rafa'

Fira dan fara itu manis.
FIRA:Fiilnya harus mufrad
FARA:Failnya harus rafa'

Minit 5


MANIS:fiil dan fail itu harus saMA jeNIS nya

Agar kita lebih memahami fiil lazim dalam keadaan rafa'

Apabila fail dalam keadaan rafa'
Jenis mufrad  ketika rafa' dhammah
Jenis musanna ketika rafa' alif
Jenis muzakkar salim ketika rafa' waw
Jenis muannasa salim ketika rafa' dhammah
Jenis taksir ketika rafa' dhammah.

Fail yang mufrad
Muannas جَلَسَتْ فَاطِمَةٌ
Muzakkar جَلَسَ عَلِيٌّ 
Muannas نَامَتْ هِنْدٌ
Muzakkar نَامِ زَيْدٌ
Muannas لَعِبَتْ البِنْتُ
Muzakkar لَعِبَ الوَلَدُ 

###Semua  fail berharakat dhammah atau dhammatain , ini disebabkan fail itu wajib rafa' dan tanda asli rafa' adalah dhammah.

Fail yang musanna
Muannas   جَائَتْ الأُسْتَاذَتَانِ kedua guru telah datang
Muzakkar  جَاءَ الأُسْتَاذَانِ 
Muannas تَجْلِسُ الطَّبِيْبَتَانِ kedua doktor sedang duduk
Muzakkar  يَجْلِسُ الطَّبِيْبَانِ
Muannas صَلَّتْ الْمُسْلِمَتَانِ kedua orang muslimah telah solat
Muzakkarصَلَّى الْمُسْلِمَانِ
##Dalam kaedah telah disebutkan sekalipun fail nya musanna fiilnya tetap mufrad

Fail yang jamak
Fail yang jamak salim

Muannas salim صَلَّتْ الْمُسْلِمَاتُ orang-orang muslimah telah solat
Muzakkar salim صَلَّى الْمُسْلِمُوْنَ orang-orang muslim telah solat

Muannas salim تَصُوْمُ المُؤْمِنَتُ orang-orang mukminah telah berpuasa
Muzakkar salim يَصُوْمُ المُؤْمِنُوْتُ orang-orang mukmin telah berpuasa

Muannas salim قَامَتْ المُدَرِّسَاتُpara gutu telah berdiri
Muzakkar salim  قَامَ المُدَرِّسُوْنَ

Ini berlaku baik pada jamak muannas salim dan muzakkar salim  maupun jamak taksir


Kemudian fail dalam bentuk jamak taksir
Jamak taksir terbahagi kepada 2 jenis
1.jamak taksir lil aqil
2.jamak taksir lighairil aqil

Ada perbezaan  kaedah antara dua jenis jamak taksir ini ketika menjadi fail atau subjek

Kaedahnya seperti berikut

Bila failnya jamak taksir lighairil aqil  maka fiilnya wajib dalam keadaan mufrad muannas.

Kemudian bila failnya jamak taksir lil aqil maka fiilnya , menyesuaikan jenis fail tersebut
Misalnya 
Bila jamak taksirnya untuk muzakkar maka hukum asal fiilnya wajib mufrad muzakkar
Sebaliknya bila jamak taksirnya untuk muannas maka fiilnya wajib mufrad muannas

Untuk lebih memahami kaedah ini perhatikan contoh2 dalam perbahasan berikut

Minit 7:34

Tiada ulasan:

Catat Ulasan