Ahad, Ogos 22, 2021

Daurah tafsir 2016 sesi 013 fatihah 6-7s

Daurah tafsir 2016 sesi 013 fatihah 6-7s

Ayat 5 إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Engkaulah sahaja Kami beribadat dan kepada Engkaulah sahaja kami berhamba diri

-ayat ini menunjukan kena berhambakan diri dan beribadat hanya kepada Allah baru akan selamat di dunia dan diakhirat.
-inilah ikhtiar yang hamba boleh buat.
-boleh dikatakan al fatihah merupakan rahsia bagi 30 juzuk alquran dan rahsia bagi al fatihah ini pula adalah ayat  إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
-jika nak faham 30 juzuk alquran adalah  dengan cuba menyelami makna  fatihah , tetapi bila nak faham surah fatihah pula kena cuba menyelami  makna إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ.
-jika faham ayat ini , maka fahamlah fatihah. Jika faham fatihah boleh faham 30 juzuk al quran, insyallah

-ibadat bererti khusus dengan Allah,
-berhamba diri (jadi hamba allah)adalah umum.
-berhamba diri juga bermakna mematuhi syariat Allah.
-Allah ajar sebut إِيَّاكَ نَعْبُدُ  kerana yang di kehendaki oleh Allah adalah tauhid (keesaan) dalam ibadat.
-tuntutan وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ adalah dalam perkara yang bukan dalam lingkungan asbab. Bagi perkara yang ada sebab musabab boleh minta pertolongan dengan manusia lain .
Contoh sakit minta pertolongan doktor berubat atau minta isteri buatkan air. Dan mengharapkan kesembuhan hanya kepada Allah.
-bagaimana pun minta pertolongan dengan jin adalah salah.
-minta juga masuk syurga yang paling tinggi dan minta Allah redo, hanya dengan itu  baru boleh jumpa Allah nanti

- huraian إِيَّاكَ نَعْبُدُ secara khusus adalah dalam surah azzumar(walaupun dalam surah lain ada juga), yakni makna tauhid dalam ibadat. 

-manakala وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ huraiannya duk ada dalam haamin 7.
(7 surah yang bermula dengan ح م semuanya)
-Surah zumar surah 39 dan Surah haamim 7 adalah surah ke 40 hingga surah ke 46.
-kesemua 7 surah ini menghuraikan وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
-ini perkara sangat penting kerana jika silap perkara ini akan menyebabkan akan  keneraka.
-intipati alquran haamin 7 dan maksud paling penting fatihah adalahوَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

Ayat 6 اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ Tunjukilah kami jalan yang lurus.

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
-hidayah dengan makna tunjuk jalan.
-hidayah juga dengan makna pimpin hingga sampai ketempat yang dituju.
Allah ajar minta اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
-jalan adalah bahasa kiasan.
-jalan dalam ayat ini adalah kiasan kepada pegangan atau cara hidup.
-ini adalah jalan rohani iaitu jalan yang selamat dari dunia hingga keakhirat.

-Jln lurus adalah  jalan kehidupan hamba yg taat.
-Jalan lurus yg telah engkau beri nikmat. Bukan jln yg dilalui oleh hamba yg sesat seperti ayat 7

Ayat 7 صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
-kita diajar minta jalan pimpinan Allah untuk melalui jalan rohani ini.
-iaitu jalan kehidupan orang yang taat atau jalan hamba.
-jalan rohani صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ diterangkan juga dalam surah an nisa.
-jalan sesatغَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّين
-jalan golongan lawan golongan sesat ialah jalan
مِّنَ ٱلنَّبِيِّۦنَ وَٱلصِّدِّيقِينَ وَٱلشُّهَدَآءِ وَٱلصَّٰلِحِي

An-Nisa' 4:69
وَمَن يُطِعِ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ فَأُو۟لَٰٓئِكَ مَعَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمَ ٱللَّهُ عَلَيْهِم مِّنَ ٱلنَّبِيِّۦنَ وَٱلصِّدِّيقِينَ وَٱلشُّهَدَآءِ وَٱلصَّٰلِحِينَۚ وَحَسُنَ أُو۟لَٰٓئِكَ رَفِيقًا 
Dan barangsiapa menaati Allah dan Rasul (Muhammad), maka mereka itu akan bersama-sama dengan orang yang diberikan nikmat oleh Allah, (yaitu) para nabi, para pencinta kebenaran, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang shalih. Mereka itulah teman yang sebaik-baiknya.

-untuk tahu golongan yang dimurkai dan sesat  ada dihurai dalam surah albaqarah,ali imran,an nisa ,maidah ,al anam dan araf .
-golongan غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ yahudi dan musyrikin
-golongan وَلَا الضَّالِّين nasora  dan munafikin.

-tujuan belajar alquran bukan nak bagi tau orang lain salah tetapi tujuan belajar alquran  adalah untuk menjadikan kita betul.
-sampaikan (atau berusaha memahamkan)wahyu, kemudian   diri sendiri perlu betulkan diri sendiri tidak kira sesiapa pun.
-Nabi saw sendiri  tidak membetulkan orang, nabi  cuma menyampaikan wahyu ,manusia itu sendiri yang kena beriktiar untuk  jadi baik.
- begitulah orang yang salah kita kena perdengarkan (dengan maksud fahamkan) ayat Allah dan dia sendiri akan perbetulkan dirinya sendiri.
-kita tidak boleh memperbetulkan orang lain.
- jika ada yang boleh memperbetulkan orang lain, nabi lah orangnya.  Jika ada kemampuan memperbetulkan orang tentu nabi saw akan memperbetulkan  orang yang paling dia sayang.
-tanggungjawab  kita adalah talighkan wahyu sejelas2nya kepada orang lain. Pah dia sendiri kena ikhtiarkan dirinya jadi baik.
-surah baqarah memberitahu tentang sifat keyahudian
Orang yahudi yang sudah masuk Islam telah tiada sifat keyahudian seperti sahabat nabi Abdullah bin Salam, orang yahudi yang masuk Islam 
-surah Ali Imran ayat 1-80 lebih tentang nasora(golongan sesat dalam jahil)
-mereka mencari Allah tidak ikut wahyu ,ini ada disebut dalam surah hadid.
- surah nisa huraikan tentang golongan munafikin
- surah maidah huraikan  tentang munafikin, yahudi dan nasora.
-surah al anam dan surah al araf huraikan tentang musyrikin. 
-jadi huraian  صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ dalam 4 surah panjang atau ⅓ alquran,
-surah baqarah membongkar sifat keyahudian.
-yahudi adalah sifatnya
-yahudi yang masuk Islam maka hilanglah sifat
 keyahudiannya.
-orang yahudi cuma pernah ada mempunyai sifat itu,bila peluk Islam sifat yahudi boleh tiada.sesiapa saja yang bukan orang yahudi boleh punyai sifat keyahudian.
-yahudi sifatnya sesat dalam degil.
-nasora sifatnya sesat dalam jahil.
-surah ali imran cerita sifat nasoro ,ayat 1-80 lebih

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّين


Tiada ulasan:

Catat Ulasan