Sabtu, Ogos 28, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 29(101)nota 16(460-461)s

Daurah tafsir 2019 sesi 29(101)nota 16(460-461)s

101.Surah Al qariah

Tertib surah 101
Bilangan ayatnya 11
Bilangan rukuk 1
Surah  Makkiyah
Tertib turun 30
Bilangan paragraf 2
Paragraf 1ayat 1-5 Gambaran peringkat pertama dihari kiamat.
Paragraf 2 ayat 6-11 Gambaran peringkat kedua hari kiamat ketika mana amalan manusia ditimbang.

Mesej utama
Dihari kiamat nanti, banyaknya amalan kebaikan dalam timbangan menandakan  sesaorang akan dapat  masuk syurga dan kurangnya amalan kebaikan pula menunjukan ia akan masuk neraka.

Zaman Diturunkan
Surah al-Qari'ah juga termasuk dalam surah yang diturunkan pada peringkat permulaan kehidupan
Rasulullah s.a.w. di Mekah di antara tahun ke-1 hingga tahun ke-3 Kenabian. Pada ketika itu kebanyakan surah-surah yang diturunkan kepada Rasulullah mempunyai nilai kesusasteraan yang sangat tinggi, ringkas, kemas dan padat.

Perkaitan Surah Al-Qari'ah Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Surah az-Zilzaal menerangkan bagaimana amalan manusia akan ditunjukkan di akhirat nanti. Didalam Surah al-'Aadiyaat pula manusia diperintah supaya tidak bersikap  كِنُود. Kerana dengan bersyukur akan lahir daripada manusia amalan-amalan yang baik, dengan adanya pula sifat bakhil dan cintakan dunia akan lahir amalan-amalan yang buruk daripada manusia. Surah al-Qari'ah pula menggalakkan manusia memperbanyakkaan amalan-amalan baik supaya daun neraca yang berisi kebaikan lebih berat daripada daun neraca yang mengandungi amalan buruk manusia.

2. Di dalam Surah at-Takatsur Allah memerintahkan manusia supaya bersiap sedia untuk menghadapi
akhirat dan menjauhkan diri daripada berlumba-lumba memperbanyakkan harta dalam kehidupan dunia.

3. Di dalam Surah al-'Aadiyaat sifat manusia yang cintakan kebendaan dan dunia digambarkan dengan
firmanNya وَإِنِّهُ لِحُبِّ الْخِيْرِ لَشَدِيدٌ, di dalam Surah at-Takatsur pula ia digambarkan dengan firman Allah الْهَكُمُ التَّكَثُىُ

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Pada hari kiamat nanti manusia akan menjadi seperti kelekatu, gunung-ganang pula akan pecah dan
berterbangan seperti kapas yang dibusar, itu adalah gambaran peringkat permulaan hari kiamat ketika mana segala benda yang berada di bumi akan hancur lebur.
2.Perkataan هَاوِيَة bererti lembah yang sangat dalam.
3.Perkataan مَاهِيَة asalnya ialah مَاهِيَ.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan