Jumaat, Ogos 20, 2021

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 032)

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 032)

__________
loceng, itulah (cara kedatangan wahyu) Yang paling berat bagiku. Kedatangan wahyu selesai dalam keadaan aku telah ingat apa-apa yang disampaikannya (malaikat).

Kadang-kadang Malaikat itu menjelma sebagai seorang lelaki, lalu dia bercakap-cakap denganku dan aku pula mengingati apa yang diucapkannya.” Walaupun di dalam jawapan Baginda tersebut juga tidak mengandungi perkataan permulaan atau perkataan yang seerti dengannya, tetapi tetap boleh difahami daripadanya bahawa Rasulullah s.a.w. telah mengalami situasi dan pengalaman yang sama seperti Baginda s.a.w. menerima wahyu pertama. lni boleh dilihat daripada kenyataan 'Aaishah r.a. seterusnya apabila beliau berkata: "Sesungguhnya aku pernah melihat Bagindas.a.w. ketika turun wahyu pada hari yang sangat sejuk. Sebaik sahaja selesai kedatangan wahyu iłu, dahi Baginda s.a.w. benar-benar memercikkan peluh.” Kerana kalaulah kenyataan 'Aaisyah tersebut menggambarkan situasi Nabi s.a.w. ketika menerima wahyu-wahyu yang kemudian, sudah tentulah situasi yang dialami oleh Baginda s.a.w. semasa menerima wahyu pertama Baginda tidak kurang hebatnya, malah mungkin lebih hebat lagi. Bukankah 'Aaishah hidup bersama Rasulullah s.a.w. setelah Baginda s.a.w. berhijrah ke Madinah? Itulah logik yang ingin dikaitkan oleh Imam Bukhari di sini. laitu jika seseorang masih berasa berat menanggung sesuatu ,perkara atau sesuatu pengalaman yang sudah biasa ditempohinya, sudah tentulah pengalaman yang pertama bagi keadaan tersebut lebih berat lagi atau sekurang-kurangnya sama berat dengan yang dialaminya kemudian. Jika dilihat kepada bahagian pertama jawapan Rasulullah s.a.vv. terhadap soalan yang dikemukakan oleh al-Haarits Bin Hisyaam r.a., ia pada zahirnya menampakkan seolah- olahnya al-Haarits bertanya Baginda s.a.w. tentang kaifiat kedatangan wahyu iłu sendiri. Beliau tidak bertanya tentang kaifiat wahyu yang mula-mula diterima Baginda s.a.w. atau tentang pembawa wahyu. Cuba lihat jawapan Rasulullah s.a.w. ini:أَحْيَانًا يَأْتِنِي مِثْلَ صَلّصَلَةِ الجِرَسِ kadang-kadang ia (wahyu) datang kepadaku seperti gemercing loceng. Riwayat yang terdapat di dalam  كتاب بدء الخلق di bawah  باب ذكر الملائكة juga menyokong apa yang kelihatan secara zahir iłu. Di situ juga apabila al-Haarits bertanya  كيف يأتيك الوحي؟(Bagaimanakah wahyu datang kepadamu?) Baginda s.a.w. menjawab: كل ذلك يأتيني الملك أَحْيَانًا يَأْتِنِي مِثْلَ صَلّصَلَةِ الجِرَسِ  
(Semuanya dengan malaikat datang kepadaku kadang- kadang ia datang seperti gemercing loceng). Daripada bahagian kedua jawapan Rasulullah s.a.w. pula kelihatan seolah-olahnya al-Haarits bertanyakan tentang kaifiat pembawa wahyu. 

Cuba lihat teks bahagian kedua jawapan Baginda s.a.w.أَحْيِانَا يتمتل لي الملك رجلا (Kadang-kadang Malaikat itu menjelma sebagai seorang lelaki). Kemusykilan yang timbul sekarang ialah Kaifiat apakah sebenarnya yang dimaksudkan oleh al-Haarits bin Hisyaan dengan pertanyaannya itu? Jawapan kepada kemusykilan tersebut ialah jika kita mengandaikan soalan al-Haarits bin Hisyaam adalah berkenaan dengan kaifiat kedatangan wahyu iłu sendiri, maka jawapan Rasulullah s.a.w. melalui dua bahagian yang disebutkan tadi bermaksud menyatakan bahawa; wahyu itu kadang-kadang datang kepadaku dalam bentuk yang tidak difahami langsung di peringkat permulaannya. la bagaikan bunyi gemercing loceng sahaja. Kadang-kadang pula ia difahami sejak awal lagi, seperti seseorang yang bercakap dengan manusia yang sama jenis dengannya. Dan jika kita mengandaikan soalan al-Haarits bin Hisyaam di dalam hadits di atas berkenaan dengan kaifiat pembawa wahyu, maka kedua-dua bahagian jawapan Rasulullah s.a.w. itu bermaksud menyatakan bahawa; malaikat pembawa wahyu itu kadang-kadang datang dalam rupa bentuk yang luar biasa. Keadaan iłu digambarkan oleh Rasulullah s.a.w. dengan kata Baginda مِثْلَ صَلّصَلَةِ الجِرَسِ.  Sebabnya ialah memahami dan menyimpulkan sesuatu daripada bunyi seperti gemercing loceng memanglah

32

Tiada ulasan:

Catat Ulasan