Ahad, Ogos 22, 2021

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 034)

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 034)
_____
As-Saffat 37:102
فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ ٱلسَّعْىَ قَالَ يَٰبُنَىَّ إِنِّىٓ أَرَىٰ فِى ٱلْمَنَامِ أَنِّىٓ أَذْبَحُكَ فَٱنظُرْ مَاذَا تَرَىٰۚ قَالَ يَٰٓأَبَتِ ٱفْعَلْ مَا تُؤْمَرُۖ سَتَجِدُنِىٓ إِن شَآءَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلصَّٰبِرِينَ 
Bermaksud: Maka ketika anaknya iłu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, dia (Nabi Ibrahim a.s.) berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dałam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah, ayah akan mendapati daku termasuk orang-orang yang sabar”. (asShaaffaat:102). 

Dua dalil ini menunjukkan para nabi a.s. itu mendapat wahyu berupa mimpi ketika tidur sama seperti mereka menerimanya pada ketika jaga. (2)  النفث في الروع iaitu wahyu yang ditiupkan ke dalam ruh atau jiwa Nabi s.a.w. Antara dalilnya ialah sabda Rasulullah s.a.w. ini: إن رُوحِ القدس نفث في روعي أن نفسالن تموت  حتى تستكمل أجلها وتستوعب رزقها فاتقوالله وأجملوا في الطلب ولا يحملن أحدكم استبطاء الزق أن يطلبه بمعصية الله فإن الله تعالى لا ينال ما عند إلا بطاعته : Bermaksud :Sesungguhnya Ruh al-Qudus telah meniup (mencampak) ke dalam jiwaku bahawa seseorang manusia tidak akan mati sebelum sampai ajalnya dan sebelum ia menghabisi rezekinya. Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah dan mintalah dengan baik. Janganlah sekali-kali kelambatan datangnya rezeki, mendorong seseorang daripada kamu menuntutnya dengan cara melakukan ma'shiat. Kerana sesungguhnya apa yang ada pada Allah itu tidak dapat diperolehi melainkan dengan taat kepadaNya. (Hadits sahih riwayat Abu Nu'aim di dalam al-Hilyah, al-Qudha'i di dałam Musnad asy-Syihaab, al-Bazzaar, Ibnu Abi Syaibah dan Baihaqi di dałam Syu'ab al-lman).

Kebanyakan ahli Tafsir mentafsirkan perkataan  وَحْيًا di dalam ayat 51 Surah as-Syura ini :  وَمَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُكَلِّمَهُ ٱللَّهُ إِلَّا وَحْيًا dengan  النفث في الروع 
(3) Ayat مثل صلصلة الجرس iaitu wahyu yang datang dalam bentuk bunyi seperti gemercing loceng atau seperti bunyi rantai besi yang dihentakkan di atas kepingan besi yang lain. (penjelasan tentangnya akan diberikan nanti). (4) Malaikat Jibril menyampaikan wahyu dengan datang kepada Rasulullah s.a.w. dalam rupa manusia. Selalunya ia datang dałam rupa Dihyah bin Khalifah r.a. Dihyah adalah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang sangat cantik. Rupanya mirip rupa Baginda s.a.w. Ketika berjalan Dihyah selalu memakai tudung muka, kerana takut wanita-wanita akan tergoda dengannya. Diriwayatkan, kalau dia datang ke Madinah orang-orang perempuan pasti hendak melihatnya lantaran kecantikannya yang luar biasa. Ibnu Sallaam ketika mentafsirkan firman Allah di dalam Surah al-Jumaah:
Al-Jumu'ah 62:11
وَإِذَا رَأَوْا۟ تِجَٰرَةً أَوْ لَهْوًا ٱنفَضُّوٓا۟ إِلَيْهَا وَتَرَكُوكَ قَآئِمًاۚ قُلْ مَا عِندَ ٱللَّهِ خَيْرٌ مِّنَ ٱللَّهْوِ وَمِنَ ٱلتِّجَٰرَةِۚ وَٱللَّهُ خَيْرُ ٱلرَّٰزِقِينَ 
Bermaksud: dan apabila mereka melihat kedatangan barang-barang dagangan (yang baharu tiba) atau hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (berkhutbah). Katakanlah: (Wahai Muhammad, pahala /balasan) "Yang ada di Sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu; dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki.” (alJumu'ah: 11),
berkata: "Maksud hiburan yang tersebut di dalam ayat ini ialah dapat melihat wajah Dihyah yang sangat cantik itu.” (5) Malaikat Jibril membawa wahyu kepada Rasulullah s.a.w. dalam rupa asalnya. la mempunyai enam ratus sayap yang memancarkan sinar bagaikan mutiara dan permata delima. (6) من وراء حجاب iaitu wahyu berupa percakapan Allah s.w.t. secara langsung dengan Nabi s.a.w. dari balik stabir' tanpa perantaraan Jibril, sama ada ketika jaga atau ketika tidur. Keadaannya sama seperti percakapan secara langsung yang pernah berlaku di antara Nabi Musa a.s. dengan Allah s.w.t. Menurut sesetengah 'ulama'. ia dialami oleh Rasulullah s.a.w.

Ash-Shura 42:51
وَمَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُكَلِّمَهُ ٱللَّهُ إِلَّا وَحْيًا أَوْ مِن وَرَآئِ حِجَابٍ أَوْ يُرْسِلَ رَسُولًا فَيُوحِىَ بِإِذْنِهِۦ مَا يَشَآءُۚ إِنَّهُۥ عَلِىٌّ حَكِيمٌ 
Dan tidaklah patut bagi seorang manusia bahwa Allah akan berbicara kepadanya kecuali dengan perantaraan wahyu atau dari belakang tabir atau dengan mengutus utusan (malaikat) lalu diwahyukan kepadanya dengan izin-Nya apa yang Dia kehendaki. Sungguh, Dia Mahatinggi, Mahabijaksana.

34

Tiada ulasan:

Catat Ulasan