Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 035)
______
sebanyak tiga kali sahaja di sepanjang hayat Baginda. Menurut sesetengah yang Iain pula ia dialami Baginda s.a.w. hanya sebanyak dua kali sahaja. Salah satu daripadanya ialah yang telah berlaku pada malam Mi' raj.
Dalam peristiwa ini ia berlaku kepada Baginda s.a.w. dalam keadaan jaga. Contoh wahyu bentuk ini yang telah berlaku kepada Rasulullah s.a.w. semasa tidur pula ialah hadits berikut:
(٣١٥٩ ) حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا مُعَاذُ بْنُ هَانِئٍ أَبُو هَانِئٍ الْيَشْكُرِيُّ حَدَّثَنَا جَهْضَمُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ عَنْ زَيْدِ بْنِ سَلَّامٍ عَنْ أَبِي سَلَّامٍ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَايِشٍ الْحَضْرَمِيِّ أَنَّهُ حَدَّثَهُ عَنْ مَالِكِ بْنِ يَخَامِرَ السَّكْسَكِيِّ عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ احْتُبِسَ عَنَّا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ غَدَاةٍ عَنْ صَلَاةِ الصُّبْحِ حَتَّى كِدْنَا نَتَرَاءَى عَيْنَ الشَّمْسِ فَخَرَجَ سَرِيعًا فَثُوِّبَ بِالصَّلَاةِ فَصَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَتَجَوَّزَ فِي صَلَاتِهِ فَلَمَّا سَلَّمَ دَعَا بِصَوْتِهِ فَقَالَ لَنَا عَلَى مَصَافِّكُمْ كَمَا أَنْتُمْ ثُمَّ انْفَتَلَ إِلَيْنَا ثُمَّ قَالَ أَمَا إِنِّي سَأُحَدِّثُكُمْ مَا حَبَسَنِي عَنْكُمْ الْغَدَاةَ أَنِّي قُمْتُ مِنْ اللَّيْلِ فَتَوَضَّأْتُ وَصَلَّيْتُ مَا قُدِّرَ لِي فَنَعَسْتُ فِي صَلَاتِي فَاسْتَثْقَلْتُ فَإِذَا أَنَا بِرَبِّي تَبَارَكَ وَتَعَالَى فِي أَحْسَنِ صُورَةٍ فَقَالَ يَا مُحَمَّدُ قُلْتُ لَبَّيْكَ رَبِّ قَالَ فِيمَ يَخْتَصِمُ الْمَلَأُ الْأَعْلَى قُلْتُ لَا أَدْرِي رَبِّ قَالَهَا ثَلَاثًا قَالَ فَرَأَيْتُهُ وَضَعَ كَفَّهُ بَيْنَ كَتِفَيَّ حَتَّى وَجَدْتُ بَرْدَ أَنَامِلِهِ بَيْنَ ثَدْيَيَّ فَتَجَلَّى لِي كُلُّ شَيْءٍ وَعَرَفْتُ فَقَالَ يَا مُحَمَّدُ قُلْتُ لَبَّيْكَ رَبِّ قَالَ فِيمَ يَخْتَصِمُ الْمَلَأُ الْأَعْلَى قُلْتُ فِي الْكَفَّارَاتِ قَالَ مَا هُنَّ قُلْتُ مَشْيُ الْأَقْدَامِ إِلَى الْجَمَاعَاتِ وَالْجُلُوسُ فِي الْمَسَاجِدِ بَعْدَ الصَّلَوَاتِ وَإِسْبَاغُ الْوُضُوءِ فِي الْمَكْرُوهَاتِ قَالَ ثُمَّ فِيمَ قُلْتُ إِطْعَامُ الطَّعَامِ وَلِينُ الْكَلَامِ وَالصَّلَاةُ بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ قَالَ سَلْ قُلْ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ وَتَرْكَ الْمُنْكَرَاتِ وَحُبَّ الْمَسَاكِينِ وَأَنْ تَغْفِرَ لِي وَتَرْحَمَنِي وَإِذَا أَرَدْتَ فِتْنَةَ قَوْمٍ فَتَوَفَّنِي غَيْرَ مَفْتُونٍ أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَحُبَّ عَمَلٍ يُقَرِّبُ إِلَى حُبِّكَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّهَا حَقٌّ فَادْرُسُوهَا ثُمَّ تَعَلَّمُوهَا
Mu'aaz bin Jabal meriwayatkan, katanya: "Pada suatu pagi Rasulullah s.a.w. terlambat keluar bersembahyang Subuh bersama kami, sehingga matahari hampir terbit. Tiba-tiba Rasulullah s.a.w. keluar dengan tergesa-gesa. Setelah iqamat, Baginda s.a.w. bersembahyang dengan ringkas. Sesudah memberi salam, Rasulullah s.a.w. berkata: "Terus duduklah kamu di tempat masing-masing." Kemudian menghadap ke arah kami lalu bersabda: "Ketahuilah, sesungguhnya aku akan menceritakan kepadamu tentang sebab aku terlambat keluar untuk bersembahyang bersamamu pagi ini. Sebabnya ialah malam tadi aku bangun lalu berwudhu' dan bersembahyang (beberapa raka'at) menurut kemampuanku. Selepas itu aku berasa mengantuk dan berat mata ketika sedang bersembahyang. Tiba-tiba aku berhadapan dengan Tuhanku yang Maha Berkat dan Maha Tinggi dalam secantik-cantik rupa. Tuhanku berfirman: "Wahai Muhammad!" Aku menjawab: "Ku sambut seruanMu oh Tuhanku! Dia bertanya (aku): "Tentang apakah para malaikat di alam tinggi itu sedang berbicara? Aku menjawab: "Aku tidak tahu Tuhanku." Dia bertanya aku tiga kali. Kata Rasulullah s.a.w.: "Lalu aku melihat Dia meletakkan tapak tanganNya di antara dua belikatku sehingga aku merasai kesejukan jari-jemariNya di antara dua tetekku. Maka tersingkaplah kepadaku segala sesuatu dan mengetahuilah aku. Tuhanku bertanya pula: "Tentang apakah para malaikat di alam tinggi itu sedang berbicara? Ku jawab soalan itu dengan berkata: "Tentang kaffaraat (beberapa amalan yang menghapuskan dosa)." Tuhan bertanya lagi: "Apa dia kaffaraat itu?" Aku menjawab: "Berjalan kaki untuk pergi bersembahyang jama'ah, duduk di masjid selepas bershalat dan menyempurnakan wudhu' dalam keadaan-keadaan yang tidak menyenangkan. Tuhan bertanya lagi: "Kemudian tentang apa?' Aku menjawab: "Memberi makan makanan (kepada orang-orang yang susah), berbudi bahasa dan bersembahyang di waktu malam ketika orang-orang sedang tidur. Kata tuhanku: " Mintalah, ucapkanlah: "Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu agar dapat melakukan kebaikankebaikan, dapat meninggalkan segala kemungkaran, menyintai orang-orang miskin dan Engkau mengampuniku serta mengasihaniku. Jika Engkau menghendaki fitnah kepada sesuatu kaum, maka ambillah daku dalam keadaan tidak terfitnah. Aku memohon kepadaMu agar menyintaiMu dan menyintai orang yang menyintaiMu di samping menyintai perbuatan yang dapat
35
Tiada ulasan:
Catat Ulasan