Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 038)
_____
bentuk bunyi yang digambarkan oleh Rasulullah s.a.w. seolah-olah suara gemercing loceng itu adalah suara Allah s.w.t. sendiri yang berbicara secara langsung dengan Baginda s.a.w. Namun sebagaimana telah disebutkan di atas, para 'ulama' yang berpendapat sedemikian tidaklah menyifatkan suara Allah s.w.t. sama seperti suara loceng.
Sebaliknya ia hanya suatu kiasan atau gambaran yang menunjukkan bahawa suara tersebut adalah satu suara yang tidak mampu difahami oleh manusia biasa, sama seperti suara loceng yang tidak membawa apa-apa pengertian atau bahasa kepada mereka. Menerusi pendapat ini juga dapat difahami dan disimpulkan bahawa pendapat sebilangan besar tokoh-tokoh hadits termasuk Imam Bukhari sendiri tentang sifat Allah s.w.t. berbeda daripada pendapat Mutakallimin (ahli-ahli 'Ilmul Kalam) dari kalangan Asya"irah, Maturidiyyah dan sebagainya. Kerana bagi 'ulama' Mutakallimin atau ahli-ahli 'Ilmul Kalam tersebut, walaupun Allah s.w.t. bersifat dengan Mutakallim, iaitu berkata-kata, tetapi kata-kata atau kalamNya tidak bersuara.
Sebaliknya Imam Bukhari dan juga 'ulama' hadits yang lain mengatakan kalam Allah itu bersuara, tetapi suara yang tidak menyerupai suara mana-mana makhluqNya, tidak boleh dieja dengan mana-mana ejaan mahupun disukat frekuensi dan vibrasinya dengan apa-apa alat. Walaupun begitu, pendapat muhadditsin ini tetap tidak bercanggah dengan maksud firman Allah:
لَيْسَ كَمِثْلِهِۦ شَىْءٌۖ
Bermaksud: Tidak ada sesuatupun yang serupa denganNya. (asy-Syura:11). Kerana mereka berpendapat, suara tersebut tidak sama dan serupa dengan suara mana-mana makhluqNya. Dalam menjelaskannya mereka telah mengemukakan satu usul yang disimpulkan daripada beberapa ayat al-Qur'an. Usul itu dapat dilihat umpamanya pada kata-kata mereka seperti berikut: له صوت لا كأصوتنا Bermaksud: Dia (Allah) punya suara, tetapi tidak seperti suara-suara kita (makhluq). له حياة لا كحياتنا Bermaksud: Dia (Allah) hidup, tetapi tidak seperti hidup kita (makhluq). له بصر لا كأبصارنا Bermaksud: Dia (Allah) punya penglihatan, tetapi tidak seperti penglihatan-penglihatan kita (makhluq). Bukankah Allah sendiri di dalam al-Qur'an telah menyifatkan diriNya bertangan? Apakah itu bererti alQur'an mengajarkan kepada kita bahawa Allah berjisim dan menyerupai makhluq? Tidak, sama sekali tidak. Bahkan kita menerimanya sambil beriîtiqad bahawa: له يد لا كأيدينا Bermaksud: Dia (Allah) mempunyai tangan, tetapi tidak seperti tangan kita (makhluq). Samalah juga halnya kalau begitu dengan suara Allah. Dalam menguatkan pendapatnya bahawa kalam Allah mempunyai suara, Imam Bukhari telah mengemukakan dua hadits secara ta'liq di dałam 'Kitab at-Tauhiď di penghujung kitab Sahihnya ini. Pertamanya daripada 'Abdillah bin Unais r.a. Lihatlah haditsnya itu sekarang:
يَحْشُرُ اللهُ العِبَادَ فَيُنَادِيهُمْ بِصَوْتِ يَسْمَعُهُ مَنْ بَعُدَ كَمَا يَسْمِعُهُ مَنْ قَرُبَ
Bermaksud: "Allah s.w.t. akan mengumpulkan manusia dan akan menyeru mereka dengan suatu suara yang boleh didengari oleh orang yang jauh sebagaimana didengari oleh orang yang dekat.”
Di dalam hadits ini Nabi s.a.w. telah menyebutkan dengan jelas sekali bahawa Allah s.w.t. akan menyeru hamba-hambaNya dengan suatu suara, malah suara tersebut mampu didengar oleh mereka dengan begitu jelas dan baik sekali. Dan keduanya adalah satu riwayat mauquf daripada Ibnu Masud r.a. Begini adanya:
إِذَا تَكَلَّمَ اللهُ بِالْوَحْي سَمِعَ أَهْلُ السَّوَاتِ شَيْنًا فَإِذَا فُزِّعَ عَنْ قُلًبِهِمْ وَكَنَ الصَّوْت؟ عَرَفُوا أَنَّهُ الحَقٌّ وَنَادَوْا مَاذَا قَالَ رَبُّكُمْ قَالُوا الْحَقَّ
Bermaksud: Apabila Allah bercakap dengan (memberi) wahyu, penghuni langit-langit mendengar sesuatu. Setelah dihilangkan ketakutan dari hati mereka dan suara itu telah berhenti, sedarlah mereka bahawa iłu adalah (suara) yang benar. Mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri: 'Apakah yang telah dititahkan oleh Tuhan kamu?" Sebahagian di antara mereka menjawab "Tuhan telah menitahkan kebenaran".
Hadits ini juga jelas menunjukkan percakapan Allah itu didengari penghuni langit-langit dan ia merupakan suara. lnilah antara hadits yang dijadikan sebagai
38
Ash-Shura 42:11
فَاطِرُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِۚ جَعَلَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَٰجًا وَمِنَ ٱلْأَنْعَٰمِ أَزْوَٰجًاۖ يَذْرَؤُكُمْ فِيهِۚ لَيْسَ كَمِثْلِهِۦ شَىْءٌۖ وَهُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْبَصِيرُ
(Allah) Pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan dari jenis hewan ternak pasangan-pasangan (juga). Dijadikan-Nya kamu berkembang biak dengan jalan itu. Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia. Dan Dia Yang Maha Mendengar, Maha Melihat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan