Jumaat, Ogos 27, 2021

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 039)

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 039)

_____
sandaran oleh Imam Bukhari dalam menyabitkan pendapat beliau. Dengan suara yang samalah Allah s.w.t. telah berkomunikasi secara langsung dengan Nabi s.a.w. dari balik tabir atau من وراء حجاب. Golongan Asya'irah memang tidak bersetuju dengan pendapat ini. Ia sekali gus membuktikan bahawa Imam Bukhari bukan dari kalangan Asya'irah. Perbedaan pendapat seumpama itu tidaklah sampai mengeluarkan salah satu daripada dua golongan tersebut daripada keluarga Ahli as-Sunnah Wa al-Jamaah yang besar. Walaupun percanggahan tersebut berkaitan dengan usul dan aqidah. tetapi ianya masih berada di peringkat Furu al-Usul atau furu aqidah sahaja. Belum Iagi ia sampai ke tahap usul al-usul (betul-betul asas aqidah). Hafiz Ibnu Hajar,  Maulana Muhammad Amar Shah al-Kashmiri, Syeikh Zakariya dan ramai ragi tokoh-tokoh hadits yang lain turut mentarjih pendapat Imam Bukhari dan mengaitkannya dengan logik kenapa Nabi s.a.w. menyifatkannya bentuk penurunan dan penyampaian wahyu yang paling berat. Bagi beliau, suara Allah s.w.t. yang sampai secara langsung kepada Nabi s.a.w. tanpa sebarang tapisan itulah yang membuatkannya amat berat. Faktor-faktor yang menyebabkan pancaindera, fizikal dan mental Nabi s.a.w. mampu menerima dan menanggungnya adalah kesesuaian dan kelayakan yang telah disediakan oleh Allah pada diri Nabi s.a.w. Sampai di sini timbul persoalan, kenapakah wujudnya perbezaan di antara penyampaian wahyu al-Qur'an dan wahyu al-Hadis? Kenapa penurunan wahyu al-Quran hanyalah melalui perantaraan Jibril? Bukankah yang terus secara langsung daripada Allah s.w.t. mempunyai kelebihan dan keistimeaan yang tersendiri? Antara jawapan yang diberikan oleh para 'ulama' hadits kepada persoalan-persoalan tersebut ialah: (1) Kandungan al-Qur'an adalah sesuatu yang rasmi daripada Allah s.w.t. (2) Jibril hanya menyampaikan kandungan wahyu yang telah ditetapkan setiap lafaz dan struktur ayatayatnya oleh Allah s.w.t. (3) Sesuatu perutusan rasmi hanslah mengikut prosedur dan melalui unit-unit tertentu yang telah ditetapkan. (4) Penurunan wahyu secara bertapis juga lebih sesuai untuk dihidangkan kepada manusia kerana penurunan al-Qur'an secara langsung tetap merupakan sesuatu yang berat kepada mereka. (5) Bentuk kedatangan yang berat juga bertujuan melatih jiwa Nabi s.a.w. menerima dan menanggung beban yang akan menyusul kemudian. Satu Iagi kemusykilan yang mungkin timbul dan perlu sekali dirungkaikan ialah kenapakah Rasulullah s.a-w. mengumpamakan yang begitu mulia dengan gemercing loceng yang digambarkan oleh beliau s.a.w. sendiri di dalam sesetengah hadits sebagai sesuatu yang tidak baik? Lihat saja misalnya dua hadits berikut ini: لَا تَصْحِبُ المَلَائِكَة رُفْقةً فِيهَا كَلْبٌ وَلَا جَرَسٌ Bermaksud: Para malaikat tidak bersama rombongan musafir yang membawa bersama mereka anjing dan loceng. 
(Hadits riwayat Muslim. Ahmad, Ibnu Abi Saibah. Abu Daud, Timizi, Ibnu Hibbaan dan lain-lain).  الّجِرَسُ مَزَامِير الشَّيّطِانِ Bermaksud: Loceng itu serulingseruling syaitan. 
(Hadits riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud,Ibnu Hibbaan, Baihaqi, Abu Yaâla dan lain-lain). Beberapa jawapan telah diberikan oleh tokoh-tokoh hadits. Antaranya ialah: (1) Sebenarnya ada latar belakang ( سبب الورود ) di sebalik kedua-dua sabda Rasulullah s.a.w. itu. Latar belakangnya ialah sering kali Rasulullah s.a.w. berangkat untuk menyerang musuh pada waktu malam. Dalam keadaan itu perlu sekali segala pergerakan angkatan tentera Baginda s.a.w. dirahsiakan dan tidak sampai ke pengetahuan musuh. Dengan adanya seorang dua anggota tentera yang cuai membawa anjing dan unta atau kuda yang dipasang loceng di lehernya, boleh menarik perhatian pihak musuh dan seterusnya mengancam keselamatan tentera-tentera Islam keseluruhannya. Disebutkan anjing kerana ia biasa menyalak. Salakannya akan rnenyedarkan pihak musuh tentang kehadhiran pihak yang akan menyerangnya. Buny loceng yang boleh

39

Tiada ulasan:

Catat Ulasan