Khamis, September 09, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 30(105)nota 16(468-469)s

Daurah tafsir 2019 sesi 30(105)nota 16(468-469)s

105.Surah Al-fiil
Tertib surah 105
Bilangan ayatnya 5
Bilangan rukuk 1
Surah  Makkiyah
Tertib turun 19
Bilangan paragraf 2
Paragraf 1 ayat 1-2 Segala perancangan jahat orang-orang Quraisy terhadap Rasullah akan gagal.
Paragraf 2 ayat 3-5 Pilihlah ajaran tauhid, jika tidak kamu juga boleh dibinasakan  dengan burung2 (seperti telah dibinasakan Ashaabul Fiil dahulu)

Mesej utama
1.Hendaklah kamu mengambil iktibar daripada akibat buruk yang diterima oleh Abrahah.
2.Allah juga boleh membinasakan manusia dengan hanya menghantar  burung.
3.Allah  akan memelihara rumahNya.
4.Pilihlah ajaran tauhid dan bersihkan Kaabah daripada berhala.


Zaman Diturunkan
Surah al-Fiil besar sekali kemungkinannya diturunkan pada peringkat kedua kehidupan Rasulullah di Mekah selepas da'wah secara terbuka dilancarkan sekitar tahun ke-4 Kenabian. Ayat tanya أَلَمْ تَرَ bererti satu peringatan kepada orang-orang Quraisy dan satu seruan kepada mereka supaya berfikir dan merenung.

Perkaitan Surah Al-Fiil Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah al-Humazah sebelum ini telah disebutkan tentang pemimpin Quraisy yang buruk akhlaknya dan sangat bakhil, di dalam Surah al-Fiil ini pula penjaga- penjaga Ka'bah dari kalangan pemimpin-pemimpin Quraisy Mekah diingatkan bahawa mereka telah lupa maksud sebenar pembinaan Ka'bah sehingga mereka telah memenuhkan dan mengotorkannya dengan berhala- berhala , sedangkan rumah itu dijamin Allah untuk menjaganya baik pada ketika pembinaannya dan setelah ia siap dibina.

2. Di dalam Surah Quraisy selepas ini orang-orang Quraisy diperintah supaya mereka menyembah hanya tuhan punya Ka'bah yang Esa فَلْيَعْبُدُوا۟ رَبَّ هَٰذَا ٱلْبَيْتِ 

Quraish 106:3 فَلْيَعْبُدُوا۟ رَبَّ هَٰذَا ٱلْبَيْتِ 
Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan (pemilik) rumah ini (Ka‘bah),

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Perkataan أَبَابِيلَ berkumpulan, berkelompok-kelompok, berbondong-bondong. Ia adalah isim jama' yang tidak
ada mufradnya.

Al-Fil 105:3 وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْرًا أَبَابِيلَ 
dan Dia mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong,

2.Perkataan عَصْفٍ ; daun-daun tanaman, jerami untuk binatang-binatang ternakan atau kulit buah-buahan.

Al-Fil 105:5 فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍ مَّأْكُولٍۭ 
sehingga mereka dijadikan-Nya seperti daun-daun yang dimakan (ulat).


3. Kira-kira 50 atau 55 hari sebelum kelahiran Rasulullah s.a.w. seorang pemerintah Yaman beragama Kristian yang bernama Abrahah telah membawa pasukan tentera seramai 60,000 orang untuk menceroboh dan merobohkan Ka'bah. Mereka datang dengan menaiki gajah. Peristiwa itu berlaku
sekitar bulan Februari tahun 571 Masihi. Pasukan tentera yang dipimpin Abrahah telah ditimpakan azab setelah mereka sampai di Muhassar (مُحَسَر); dekat Wadi Muhasshab ( وادي مُحَصَّب). Tempat itu terletak diantara Muzdalifah dan Mina. Abrahah dan pasukan tenteranya dibinasakan dengan burung-burung yang membawa dan melepaskan batu-batu yang berbisa ke atas mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan