Cukup Kenal Anak Kita = PERISAI PENTING untuk Pelihara Emosi Anak
.
Cukup kenal anak kita sendiri merupakan satu ‘perisai’ untuk melindungi 'self esteem' anak kita yang originalnya tinggi sejak bayi dan awal kanak-kanak.
.
Apabila kita cukup tahu sensitiviti anak, kita mampu mempertahan, menjawab, dan mengubah arah haluan anak di sepanjang kehidupannya yang berkemungkinan boleh mencederakan emosinya, tanpa kita sedar dan mahu.
.
Ini agar anak memperoleh pengalaman yang sebaiknya,
agar ‘self esteem’ dirinya terpelihara
yang tidak akan menggagalkan konsep kendirinya, hanya semata kita membenarkan label orang lain kepadanya 😔.
.
Contohnya ya anak saya kelihatan degil namun dia sebenarnya kental dengan pendirian yang dirasakannya benar, sehingga dia mampu untuk menjadi lebih matang dan empati dalam sedikit masa lagi.
.
Ya anak saya kelihatan kurang sensitif kepada perasaan orang lain namun dia jenis ‘straight forward’ yang mengikut peraturan. InsyaAllah nanti dia akan mula mengambil berat perasaan orang lain secara perlahan-lahan, saya akan terus menasihati dan mendoakannya.
.
Ya anak saya nampak kuat merajuk namun dia sebenarnya seorang yang berhati lembut dan paling ‘sweet’ pandai menjaga adik ‘baby’nya bila saya ada kerja di dapur.
.
Jika bukan kita melindunginya dengan ‘perisai’ ini, kerana cukup kenal dengan sifat, sikap dan sensitivitinya, siapa lagi yang akan memahamkan orang lain mengenai dirinya?
.
Orang lain hanya melihat dan menilai anak kita pada saat/momen itu, dan mereka bukanlah 24-7 duduk bersama anak kita, kan?
.
Fikirkan apakah peranan kita apabila orang luar mula meletakkan nilai atau label negatif kepada anak kita.
.
Adakah kita mengiyakan tanpa sedar, menambah lagi cerita untuk sedapkan hati orang lain atau kita ada memberi perspektif baru yang positif mengenai anak kita kepada orang lain itu?
Cari kepastian dari individu arif dan positif.
Doa berterusan. Untuk anak, dan lebih lagi untuk diri kita sendiri.
.
Refleksi,
Maznah Ibrahim.
*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan