Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 026-050)s
Muka 3 (41-50)
Di dalam hadits
ini Nabi s.a.w, membandingkan unta yang dinaikinya dengan gajah yang dinaiki Abrahah. Jauh sekali perbezaan di antara unta nabi al-Qashwaa' dengan gajah Abrahah.
Lebih jauh Iagi perbezaan di antara Rasulullah s.a.w. sendiri dengan Abrahah. Bukankah Abrahah dengan tentera bergajahnya telah berangkat dari Yaman menuju ke Mekah untuk merobohkan Ka'bah? Dan bukankah Baginda s.a.w. dengan para sahabatnya berangkat dari Madinah ke Mekah untuk tujuan yang suci, iaitu untuk menghormati Baitillah dan memakmurkannya dengan beribadat kepada Allah di sana? Bagaimana pula Nabi s.a.w. boleh membuat perumpamaan dan perbandingan seperti itu? Jawabnya ialah Nabi s.a.w. membuat perbandingan seperti itu semata-mata untuk menonjolkan sudut keserupaan yang telah berlaku dalam dua peristiwa berkenaan. Dalam kedua-dua peristiwa itu kehendak Allah jua yang menghentikan gajah Abrahah dan unta Nabi s.a.w. Kehendak Allah jugalah yang telah menghalang kedua-dua golongan tersebut daripada sampai ke destinasinya. Oleh kerana sudut keserupaan di dalam perbandingan ini juga terang dan tidak ada apa-apa yang salah, maka perumpamaan di dalamnya tidak dianggap keji dan jelik.
Justeru Rasulullah s.a.w. sendiri telah membuat perumpamaan seperti itu di dalam sekian banyak hadits-haditsnya. Dengan itu dapatlah disimpulkan bahawa kekejian pada musyabbah bih (sesuatu yang diumpamakan dengannya) tidak menjejaskan keelokan musyabbah (sesuatu yang diumpamakan).
¹⁴ Beberapa persoalan mungkin timbul di dalam kepala pembaca apabila sampai di sini.
Antaranya ialah:
(1) Apakah itu malaikat?
(2) Malaikat manakah yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. di sini?
(3) Apakah akan terjadi kepada malaikat apabila ia menjelma sebagai seorang manusia atau sesuatu benda yang lain? Para 'ulama' mutakallimin dan kebanyakan ulama' yang lain menta'rifkan malaikat dengan kata mereka:
الملانكة أجسام لطيفة نور انية تتثكل أى شكل أرادوا
Bermaksud: "Para malaikat itu adalah jisim halus daripada nuur (cahaya). Mereka boleh berupa dengan apa-apa rupa yang mereka kehendaki."
Sesetengah 'ulama' berpendapat, perkataan di dalam hadits di atas seeloknya dipakai dengan ma'na jenis malaikat. Ini kerana berdasarkan beberapa hadits, malaikat Israfll dan malaikat bukit-bukau atau gunung-ganang juga pernah datang menemui Rasulullah s.a.w. Tetapi kebanyakan berpendapat, malaikat yang dimaksudkan di sini ialah malaikat Jibril. Kerana malaikat Jibril ditugas khusus untuk menyampaikan wahyu kepada para rasul, termasuk Rasulullah s.a.w. Sandaran mereka dalam perkara ini antara lainnya adalah firman Allah di dalam tiga ayat dari Surah asy-Syu'araa' ini:
Ash-Shu'ara' 26:193
نَزَلَ بِهِ ٱلرُّوحُ ٱلْأَمِينُ
Ash-Shu'ara' 26:194
عَلَىٰ قَلْبِكَ لِتَكُونَ مِنَ ٱلْمُنذِرِينَ
Bermaksud: ia (al-Qur'an) dibawa turun oleh Ar-Ruh Al-Amin (malaikat Jibril yang amanah). (193).
ke Dalam hatimu, supaya engkau (Muhammad) menjadi salah seorang di antara orang-orang yang memberi peringatan (kepada umat manusia), (194).
(ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang jelas. (195).
Kedatangan Israfil kepada Rasulullah s.a.w. pula kebanyakannya berlaku hanya di peringkat permulaan kenabian Baginda s.a-w. saluia. Itu pun bukanlah dengan tujuan menyampaikan wahyu, sama ada berupa al-Qur'an atau selainnya. Demikian juga dengan malaikat bukit-bukau atau gunung-ganang (ملك الجبال). la ditemui Rasulullah s.a.w. sekali sahaja setelah Baginda s.a.w, dianiayai penduduk Tha'if dengan teruk sekali. Ketika itu ia dan Jibril muncul di hadapan Rasulullah s.a.w. lalu ia meminta izin daripada Baginda s.a.w. untuk membinasakan mereka dengan menghempapkan dua buah bukit ke atas mereka. Tetapi Nabi s.a.w. tidak mengizinkannya. Bukhari dan Muslim adalah antara tokoh hadits yang di dalam kitab mereka masing-masing. Lihatlah teksnya ini:
حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ قَالَ أَخْبَرَنِي يُونُسُ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ قَالَ حَدَّثَنِي عُرْوَةُ أَنَّ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَدَّثَتْهُ أَنَّهَا قَالَتْ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هَلْ أَتَى عَلَيْكَ يَوْمٌ كَانَ أَشَدَّ مِنْ يَوْمِ أُحُدٍ قَالَ لَقَدْ لَقِيتُ مِنْ قَوْمِكِ مَا لَقِيتُ وَكَانَ أَشَدَّ مَا لَقِيتُ مِنْهُمْ يَوْمَ الْعَقَبَةِ إِذْ عَرَضْتُ نَفْسِي عَلَى ابْنِ عَبْدِ يَالِيلَ بْنِ عَبْدِ كُلَالٍ فَلَمْ يُجِبْنِي إِلَى مَا أَرَدْتُ فَانْطَلَقْتُ وَأَنَا مَهْمُومٌ عَلَى وَجْهِي فَلَمْ أَسْتَفِقْ إِلَّا وَأَنَا بِقَرْنِ الثَّعَالِبِ فَرَفَعْتُ رَأْسِي فَإِذَا أَنَا بِسَحَابَةٍ قَدْ أَظَلَّتْنِي فَنَظَرْتُ فَإِذَا فِيهَا جِبْرِيلُ فَنَادَانِي فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ قَدْ سَمِعَ قَوْلَ قَوْمِكَ لَكَ وَمَا رَدُّوا عَلَيْكَ وَقَدْ بَعَثَ إِلَيْكَ مَلَكَ الْجِبَالِ لِتَأْمُرَهُ بِمَا شِئْتَ فِيهِمْ فَنَادَانِي مَلَكُ الْجِبَالِ فَسَلَّمَ عَلَيَّ ثُمَّ قَالَ يَا مُحَمَّدُ فَقَالَ ذَلِكَ فِيمَا شِئْتَ إِنْ شِئْتَ أَنْ أُطْبِقَ عَلَيْهِمْ الْأَخْشَبَيْنِ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَلْ أَرْجُو أَنْ يُخْرِجَ اللَّهُ مِنْ أَصْلَابِهِمْ مَنْ يَعْبُدُ اللَّهَ وَحْدَهُ لَا يُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا
Bermaksud: 'Aaishah isteri Nabi s.a.w. meriwayakan bahawa beliau pernah bertanya Nabi s.a.w.: "Pernahkah berlalu kepadamu suatu hari yang lebih dahsyat daripada hari Uhud?" Jawab Nabi s.a.w.: Sesungguhnya aku telah menderita bermacam-macam kesusahan kerana kaummu. Tetapi (gangguan mereka) yang paling dahsyat pernah aku alami ialah pada hari 'Aqabah, ketika aku mengemukakan diriku (sebagai pesuruh Allah) di hadapan Ibni Abdi Yaalil bin Abdi Kulaal. Dia tidak menyambut baik seruanku. Setelah meninggalkannya aku keluar dalam keadaan sedih dan tidak tahu ke mana harus dituju. Aku baru sedar setelah berada di Qarni ats-Tsaalib. Di situ aku mendongak ke atas, lalu aku nampak segumpal awan telah pun menaungiku. Rupa-rupanya Jibril ada di dalamnya. Dia menyeru daku dengan katanya: "Sesungguhnya Allah telah mendengar apa kata kaummu kepadamu dan apa pula reaksi mereka terhadap seruanmu. Sekarang Dia mengutuskan malaikat bukit-bukau kepadamu. Engkau boleh menyuruhnya melakukan apa yang engkau mahu terhadap mereka. Malaikat buk'it-bukau itu lalu bersuara dengan memberi salam kepadaku (terlebih dahulu), kemudian dia berkata: Wahai Muhammad! Terpulang kepadamu. aku akan menurut saja apa kehendakmu. Kalau engkau mahu aku hempapkan dua buah bukit ini ke atas mereka, niscaya akan ku lakukannya,” Maka sahut Nabi s.a.w.: "Jangan, aku bahkan mengharapkan agar Allah mengeluarkan daripada sulbi-sulbi mereka orang-orang yang akan menyembah Allah se:nata-mata, orang-orang yang tidak akan menyengutukanNya dengan sesuatu apa pun. (Hadits riwayat Bukhari. Muslim, Ahmad. an-Nasaa'i. Abu dan at-Thabaraani di dalam alMuțjam al-Ausathnya).
Kemusykilan ketiga timbul memandangkan banyak sekali hadits Rasulullah s.a.w. łnenggambarkan saiz tubuh asal Jibra'il adalah sangat besar. Kedatangannya menyebabkan ufuk langit terlindung! Kalau begitu bagaimana pula dia boleh datang dalam rupa sekecil rupa manusia? Beberapa jawapan telah diberikan oleh para 'ulamak. Sebahagian daripadanya adalah seperti berikut: (1) Imamul Haramain berrpendapat. Jibril boleh menjelma dalam rupa sekecil rupa manusia itu setelah zawaa'idnya (bahagian-bahagian bukan utama daripada tubull asal) dilenyapkan. Setelah selesai menjalankan tugasnya, Allah akan menjadikan semula zawaa'idnya itu. Atau pun zawaa'id jibrail tidaklah dilenyapkan terus, ia cuma dipisahkan sahaja buat sementara waktu. Setelah selesai menjalankan tugas, Allah menyambung kembali apa yang telah dipisahkan sebelumnya. (2) Syeikh Izzuddin bin Abdis Salaam berpendapat, zawaaa'id Jibril tidak dilenyapkan terus. Ia dipisahkan buat sementara ssaktu sahaja. (3) Hafiz Ibnu Hajar menukilkan pendapat gurunya Syekhul Islam al-Bulqiini. Kata beliau gurunya itu berpendapat apabila Jibril menjelma dalam rupa seorang manusia, dia sebenarnya masih kekal dengan dan kejadian asalnya. Bezanya ialah pada ketika itu dia mengecilkan tubuh asalnya sehingga kelihatan sebesar seorang rnanusia biasa sahaja. Setelah selesai menjalankan tugasnya, dia akan ketnbali kepada rupa asalnya. Perbandingannya ialah kapas setelah dibusar dengan penbusar. Ketika itu ia kelihatan besar dan kembang. Kalau ditekan dan ditindih dengan sesuatu yang berat pula ia akan menjadi sangat kecil. Ini menunjukkan sesuatu boleh menjadi besar dan kecil tanpa berkurang atau bertambah apa-apa daripada kejadian asalnya. Antara perkara yang dibincnngkan oleh para ulama' tentang Jibril apabila ia menjelma sebagai seorang manusia ialah di manakah terletak rohnya pada ketika itu. Adakah di dalam tubuh asalnya yang mempunyai enam ratus sayap? Kalau begitu, yang datang kepada Rasulullah s.a.w. bukan roh Jibril dan bukan juga tubuhnya. Atau rohnya berada di dalam tubuh manusia jelmaannya? Kalau begitu adakah tubuh asalnya pada ketika itu mengalami kematian atau ia hanyu kosong daripada rohnya? Beberapa jawapan telah diberikan. Antaranya ialah: (1) Roh Jibril pada ketika itu berada di dalam tubuh manusia jelmaannya. Namun itu tidak bererti tubuh asalnya mengalami kematian. Keadaannya tak ubah seperti orang yang sedang tidur. Walaupun rohnya pergi entah ke mana-mana, namun tubuhnya tetap tidak mati. Roh orang-orang yang mati syahid juga meskipun berada di dalam tembolok burung berwarna hijau di dalam syurga, ia tetap mempunyai hubungan dengan tubuhnya di bumi. (2) Hukum 'aqal tidak mewajibkan berlaku kematian apabila roh berpisah dari badan. Sunnatullah atau hukum 'adat jua yang menentukan kematian berlaku dalam keadaan itu. Allah bagaimanapun tetap berkuasa melakukan sebaliknya. (3) Hafiz Ibnu Hajar berpendapat, apabila Jibril menjelma sebagai manusia, itu tidak bererti ia betul-betul telah menjadi manusia. la cuma muncul dalam rupa manusia dengan tujuan menjinakkan orang yang hendak dihubunginya. Dalam keadaan itu awaa'idnya (bahagian-bahagian bukan utama daripada tubuh asalnya) tidak lenyap atau musnah, malah ia tersembunyi saja daripada pandangan orang. (4) Ta'rif malaikat yang diberikan sebelum ini sudah jelas menunjukkan para malaikat itu jisim halus daripada cahaya yang boleh berupa dengan apa-apa rupa yang dikehendaki mereka. Kalau begitu bagaimana akan ada lagi kemustahilan Jibril datang kepada Rasulullah dalam rupa seorang lelaki! Perbahasan tentang sama ada awaa'idnya lenyap musnah atau tidak dan sama ada ia datang dengan rohnya sahaja atau dengan roh dan jasadnya sudah tidak begitu bererti lagi. Tambahan pula tersebut dengan jelas di dalam al-Qur'an dan as-Sunnah bahawa Jibril telah datang kepada Rasulullah s.a.w. dalam berbagai-bagai rupa, maka seharusnya diterima saja kenyataan itu tanpa mempersoalkan kaifiatnya. Jalan tafwidh (menyerahkan hakikatnya kepada Allah) sahaja sebaiknya diambil apabila berhadapan dengan perkara-perkara seperti ini. Seperkara lagi yang perlu sangat diperjelaskan ialah tentang pertentangan di antara apa yang tersebut di dalam hadits ini dengan apa yang tersebut di dalam hadits-hadits lain berhubung dengan bunyi wahyu yang kedengaran itu. Hadits ini menyatakan bunyinya adalah seperti bunyi gemercing loceng. Hadits yang lain pula ada menyatakan bunyinya adalah seperti bunyi rantai besi yang diseret atau dihempapkan di atas batu besar yang pejal. Lihatlah misalnya hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ini:
إِذَا قَضَى اللَّهُ الْأَمْرَ فِي السَّمَاءِ ضَرَبَتْ الْمَلَائِكَةُ بِأَجْنِحَتِهَا خُضْعَانًا لِقَوْلِهِ كَالسِّلْسِلَةِ عَلَى صَفْوَانٍ قَالَ عَلِيٌّ وَقَالَ غَيْرُهُ صَفْوَانٍ
Bermaksud: Apabila Allah memutuskan sesuatu perkara di langit, para malaikat mengepak-ngepakkan sayapnya lantaran tunduknya mereka kepada firmanNya. la (firman Allah itu) bagaikan rantai besi yang diseret atau dihempapkan di atas batu besar yang pejal.
(Hadits riwayat Bukhari, Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibbaan dan al-Humaidi).
Satu lagi hadits menyatakan bunyinya adalah seperti bunyi dengungan kumpulan lebah yang terbang. 4.4.A' Lihat hadits yang diriwayatkan . Lihat hadits yang diriwayatkan oleh 'Umar ini pula sebagai contohnya: كَانَ إِذَا نَزِلَ عَلى رَسُولِ اللهِ صلى عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الّوِحْيُ يُسْمَعُ عِنْدَ وَجْهِهِ دَوِيٌّ كَدَوِيِّ النَّحْلِ Bermaksud:sebagai contohnya:
''Apabila wahyu turun kepada Rasulullah s.a.w., kedengaranlah dekat muka Baginda s.a,w, dengung seperti dengung kumpulan lebah.” (Hadits riwayat Ahmad, Tirmizi, Haakim, Abd bin Humaid dan lain-lain).
Pada zahirnya terdapat pertentangan di antara tiga hadits tersebut. Tetapi jika diperhatikan betul-betul ia tidak ada pun pertentangan di antara ketiga-tiga hadits itu. Sebabnya ialah hadits al-Haarits bin Hisyaam menceritakan tentang bunyi wahyu yang kedengaran kepada Rasulullah s.a.w. Hadits Abu Hurairah menceritakan bunyi wahyu yang kedengaran kepada malaikat dan hadits yang ketiga itu pula menceritakan tentang bunyi wahyu yang kedengaran kepada sesetengah sahabat yang berada berhampiran dengan Rasulullah ketika Baginda s.a.w. mendapat wahyu.
¹⁵ Bentuk kedatangan wahyu yang seterusnya ialah melalui malaikat yang menjelma dalałn rupa fizikal seorang manusia. Biasanya dengan rupa individu yang tidak dikenali. Namun, kerapkali juga Jibril datang dalam rupa Dihyah al-Kalbi r.a. Riwayat hadits dan sejarah menyebutkan rupa paras Dihyah r.a. mirip dengan Rasulullah s.a.w. Itulah antara sebabnya kenapa Nabi s.a.w. sentiasa memilih beliau sebagai utusan, termasuklah untuk menemui Hercules di Rom. Sebuah riwayat di dalam Sahih Bukhari menceritakan bahawa apabila terpandang sahąia rupa Dihyah r.a., orang-orang Rom terus mengajak beliau untuk mengunjungi sebuah bilik bawah tanah yang menyimpan segala patung ukiran para nabi yang diukir oleh omng-orang Yahudi. Sampai sahaja kepada patung yang terakhir iaitu patung ukiran Nabi Muhammad s.a.w. mereka terus bertanyakan Dihyah "Bukankah ini rupa nabi kamu?". Respons mereka sedemikian rupa adalah kerana rupa Dihyah amat menyerupai ukiran patung tersebut dan mereka memahami bahawa Nabi s.a.w akan mengutuskan seorang yang mempunyai rupa paras yang mirip dengan Baginda. Hikmah di sebalik pemilihan beliau sebagai wakil perutusan Baginda ialah di samping beliau mempunyai kriteria yang sempurna sebagai seorang wakil, iaitu mempunyai perwatakan yang lembut, sopan dan pintar, rupa paras beliau yang hampir serupa dengan orang yang diwakilinya iaitu Nabi s.a.w. turut berperanan sebagai aset yang mencerminkan perwatakan dan maksud orang yang diwakilinya. Makanya dari sudut diplomasi, sesebuah pertubuhan atau negara sewajarnya mengutus perwakilan atau dutanya yang mempunyai ciri-ciri dan perwatakan yang mewakili pertubuhan, negara atau kerajaannya, agar dengan memandangnya sahaja sudah tergambar misi dan budaya pihak yang diwakilinya. Kedatangan wahyu dalam bentuk ini dirasai lebih ringan oleh Nabi s.a.w, lantaran ia sudah melalui beberapa proses penapisan dan bukan lagi dalam rupa dan bentuk tenaga momentum yang asal. Keadaannya sama seperti cahaya matahari yang sampai ke permukaan bumi melalui jarak dan tapisan-tapisan tertentu termasuk lapisan ozon sehingga dapat dimanfa'atkan oleh manusia. Sekiranya tidak terdapat sebarang tapisan di ruang angkasa, nescaya pendedahan kepada bahangnya secara langsung akan memusnahkan segala kehidupan di muka bumi ini. Malah api yang wujud di dunia ini asalnya adalah daripada neraka, habanya hanya sesuai dengan iklim dunia ini setelah melalui proses-proses penapisan yang banyak. Bahkan menurut kenyataan hadits, bahang mentari juga berpunca daripada wap api neraka Jahannam. Fakta yang masih belum dikaji oleh para saintis ini telahpun didedahkan oleh Nabi s.a.w. melalui sabda Beliau s.a.w. berikut ini: Bahang matahari berpunca daripada wap neraka Jahannam.”
(Hadits riwayat Bukhari. Muslim. Malik. Syati'e, Ahmad, Abu
Daud, Nasaa'i, Tirmizi, Ibnu Majah dan lain-lain).
Begitu jugalah dengan kuasa-kuasa atau tenaga-tenaga lain yang tidak dapat ditanggung oleh kemampuan manusia di dunia ini sekinnya ia datang dalam bcntuk dan keadaannya yang asal. Oleh itulah pembawa wahyu kerap kali datang dalam rupa manusia biasa yang lebih mudah dan mesra disambut oleh Nabi s.a.w.
¹⁶Apakah faktor yang menyebabkan dahi Nabi s.a.w. bercucuran peluh ketika Baginda menerima wahyu? Jawapannya ialah kerana kandungan wahyu-wahyu tersebut adalah suatu yang amat berat sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Allah menerusi firmanNya ini:
Al-Muzzammil 73:5
إِنَّا سَنُلْقِى عَلَيْكَ قَوْلًا ثَقِيلًا
Bermaksud: Sesungguhnya Kami akan menurunkan kapadamu Perkataan (wahyu) yang berat. (alMuzzammil:5).
Gambaran tentang betapa beratnya wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada RasulNya telah dijelaskan oleh Allah s.w.t. sendiri menerusi firmanNya ini:
Bermaksud: Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung. niscaya engkau melihat gunung itu tunduk dan pecah kerana takut kepada Allah. Dan perumpamaan- perumpamaan itu Kami kemukakan kepada manusia. supaya mereka berfikir. (Al-hasyr:21)
Ini kerana, wahyu adalah suatu perkara yang amat besar dan satu tanggungjawab yang sangat berat. Pernah berlaku, Rasulullah s.a.w. menerima hanya tiga perkataan al-Qur'an sahaja iaitu غير أولى الضرر . Pada ketika itu secara kebetulan paha Baginda sedang berada di ata.s paha Zaid bin Tsabit r.a. Dalam menggambarkan betapa beratnya wahyu tersebut, Zaid bin Thabit menceritakan: "Aku merasakan seolah-olah pahaku akan patah".
(Lihat Bukhari. Muslirn. Tirmizi, Nasaa'i, Ahmad dan lain-lain).
Rasulullah s.a.w. juga pernah beberapa kali menerima ketika Baginda s.a.w. sedang menunggang unta. Oleh kerana tidak tahan menanggung bebannya, unta-unta tersebut terduduk di atas tanah dan tidak dapat bergerak sehingga wahyu selesai diterima Rasulullah s.a.w.
(Lihat hadits riwayat Ahmad, 'Abd bin Humaidg Ibnu Jarir, Ibnu Nashr dan al-Haakim).
Malah ada ketikanya wajah Rasulullah s.a.w. bertukar menjadi merah dan Baginda s.a.w. mengeruh ketika sedang menerima wahyu. (Lihat Bukhari, Muslim. Ahmad, Nasaa'i, Ibnu al-Jaarud, Baihaqi dan lain-lain).
Kesemua peristiwa tersebut menunjukkan dengan jelas bahawa proses penerimaan adalah suatu keadaan yang amat berat. Jadi sudah tentulah situasi yang sama juga dialami Nabi s.a.w. ketika menerima wahyu yang pertama Baginda, sekiranya kita tidak mahu mengandaikan bahawa keadaannya tentu sekali lebih berat lagi.
Betapa beratnya wahyu yang diterima Nabi saw dapat disaksikan dengan jelas oleh generasi-generasi kemudian , terutamanya yang hidup di zaman kita ini. Lihat sajalah kepada kandungan al-Qur'an dan hadits yang tidak pernah selesai dikaji dan ditafsir. Malah semakin jauh perjalanan zaman, semakin banyak penemuan yang dibongkar dan semakin banyak rahsianya yang terkupas. Bayangkan betapa Iuasnya dan dalamnya ilmu yang terkandung di dalam wahyu itu. Lihatlah berapa lama tempoh yang diambil oleh seseorang pengkaji al-Qur'an untuk mengupas dan menyimpulkan maksudnya. Dan setelah mengambil tempoh yang sekian lama, di samping mengharungi kesukaran dalam usaha untuk menemui dan memahami maksud di sebaliknya, mereka akan berpegang teguh dengan apa yang mereka dapati dan fahami sehingga sanggup menggadai nyawa demi mempertahankannya. Itulah antara gambaran kandungan wahyu yang telah diperturunkan kesemuanya sekali gus kepada Nabi s.a.w. setiap kali Baginda s.a.w menerimanya. Selain menerima, lafaz wahyu, Rasulullah s.a.w. juga akan diberikan pengetahuan tentang segala-gala yang tersirat di sebaliknya. Jadi jika kita mengandaikan kesemua kajian dan tafsiran tersebut adalah tepat. di samping banyak lagi penemuan-penemuan yang sedang dan akan ditemui. sudah tentulah wahyu merupakan suatu yang amat berat timbangannya. Bayangkan kapasiti kandungannya bila Allah s.w.t. berfirman:
Al-Baqarah 2:31
وَعَلَّمَ ءَادَمَ ٱلْأَسْمَآءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى ٱلْمَلَٰٓئِكَةِ فَقَالَ أَنۢبِـُٔونِى بِأَسْمَآءِ هَٰٓؤُلَآءِ إِن كُنتُمْ صَٰدِقِينَ
Bermaksud: Dan Dia (Allah) mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda dan kegunaannya) seluruhnya, kemudian dikemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda itu jika kamu mamang golongan yang benar!" (al-Baqarah:31).
Ini bererti bahawa dalam pengetahuan Nabi Adam a.s. sudah terkandung nama-nama kesemua benda di dunia ini sejak daripada dahulu sampailah ke akhir zaman termasuklah peralatan-peralatan moden yang muncul pada ketika itu. Walaupun pada ketika Allah s.w.t. mengajarkan nama-nama berkenaan kepada Nabi Adam, benda-benda tersebut masih belum wujud dan fungsinya masih belum diketahui, tetapi ma'lumat tentangnya sudah pun wujud dan tertanam di dalam 'pengetahuan luar sedar' Nabi Adam.
Inilah hakikat yang menyerlahkan bakat dan minat anak cucu Baginda a.s. untuk mencipta segala macam rekaan dan mengejar pelbagai bentuk penemuan. Kesemua ma'lumat yang telah diajar Allah kepada Adam a.s. kemudiannya terkandung di dalam wahyu yang diterima oleh Nabi s.a.w. Kalau begitu patutlah dahi Baginda s.a.w. memercikkan peluh sebaik selesai menerimanya, walaupun di dalam cuaca yang amat dingin. Dalam menggambarkan bagaimana proses penurunan wahyu kepada para ambiya', bolehlah diibaratkan seperti ilham atau cetusan idea yang diperolehi manusia-manusia genius dalam pelbagai bidang seperti ahli falsafah, ahli politik, ahli sains dan sebagainya. Bagaimana cetusan-cetusan idea yang cukup bernas timbul di dalam minda mereka. Jika anda berasa hairan, bagaimana wahyu dapat menentukan dengan jelas sesuatu peristiwa yang akan berlaku lebih seribu tahun kemudian, cubalah perhatikan sejenak sejarah manusia genius, bukankah terdapat di kalangan mereka individu-individu yang telah meramalkan sesuatu kejadian sebelum seratus tahun ia berlaku? Begitu juga dengan sesetengah ahli politik yang matlamat gagasannya hanya mampu difahami seratus tahun kemudian. Jika dibandingkan dengan kemampuan berfikir orang-orang biasa, sudah tentulah ianya suatu yang cukup berat bagi mereka untuk memerah otak demi mencetuskan ideaidea seumpama itu. Idea-idea manusia genius itu bagaimanapun masih terlalu kerdil jika dibandingkan dengan wahyu yang diterima para nabi a.s. Ini kerana idea-idea yang tercetus di dalam fik'iran mereka semuanya adalah berpunca daripada pengalaman, pengamatan, kajian dan sebagainya semata-mata. Pada hakikatnya mereka hanya mendapat idea-idea seperti itu setelah berjerih-perih memerah otak dan menggembleng seluruh tenaga yang ada pada mereka. Berbeza dengan para nabi yang mendapat tanpa usaha dan aktiviti-aktiviti sedemikian. Para nabi juga mampu mengenal pasti sumber wahyu dan pembawanya. Misalnya Nabi s.a.w. mampu mcnyatakan dengan jelas bahawa Jibril a.s, telah datang kepadanya dan menyampaikan wahyu dengan lafaz sekian-sekian dengan terang, teratur dan yakin. Kemampuan dan kelayakkan untuk menerima dan menanggung wahyu ini hanya dianugerahkan kepada para nabi a.s. sahaja. Kemampuan fizikal. mental dan emosi manusia biasa tidak dapat menanggung beban yang
amat berat itu. Beban seberat itu tidak tertanggung 'aqal manusia biasa. la mungkin sekali akan menyebabkan manusia biasa kehilangan aqal dan menjadi tidak siuman. Dalam menggambarkan betapa jangkauan manusia mempunyai sempadan batasannya, Ibnu Khaldun telah mengibaratkan saiz 'aqal manusia dengan neraca tukang emas yang hanya mampu menimbang objek-ojek dalam kadar berat atau had saiz yang tertentu sahaja. Jika kita memaksanya menimbang objek-objek yang beratnya bertan-tan, bebannya pasti akan memusnahkannya. Malah perbezaan kemampuan 'aqal sesama manusia biasa pun boleh dijadikan ibarat dalam menggambarkan betapa 'aqal seseorang itu ada kadar dan limitnya. Misalnya dalam bidang penulisan, seseorang yang tidak mempunyai bakat dan kemampuan menulis tidak akan dapat menghasilkan tulisan-tulisan sebaik karya-karya penulis masyhur, biar bagaimana sekalipun dia memaksa dirinya atau dipaksa orang lain. Namun bagi penulis yang berbakat, tugas tersebut tidaklah serumit yang dihadapi penulis amatur atau orang-orang yang tidak biasa menulis. Begitulah perbandingan para anbiya' dengan manusia-manusia yang lain. Meskipun wahyu adalah suatu beban yang amat berat, namun mereka masih mampu menanggungnya. Selain daripada mempunyai keberatan zahir sehingga membenamkan kaki-kaki unta ke dalam pasir, wahyu juga mengandungi keberatan tugas dan tanggungjawab yang tentunya melebihi keberatan zahir tersebut. Sekiranya dahi Baginda bercucuran peluh walaupun dalam cuaca yang amat dingin dan wajah Baginda berubah menjadi merah setiap kali tubuh badan Baginda menanggung beban dan momentumnya, emosi dan perasaan Baginda tidak kurang jerihnya dalam menerima dan menanggung beban tuntutannya. Kerana setiap kali menerima wahyu, Baginda sudah memahami dan akur pada setiap tuntutan, kehendak dan implementasi serta konsikuensi di sebalik wahyu tersebut. Contohnya bila turunnya ayat;
Ash-Shu'ara' 26:214 وَأَنذِرْ عَشِيرَتَكَ ٱلْأَقْرَبِينَ
Bermaksud: "Berilah ancaman kepada kaum keluargamu yang terdekat".
Maka tugas yang dituntut itu harus dilaksanakan oleh Baginda dengan bersungguh-sungguh tanpa sebarang alasan atau penangguhan, walaupun Baginda sudah menjangkakan risiko dan tindak balas yang akan diterima daripada kaum keluarga terdekat Baginda s.a.w. la adalah tepat seperti yang dikhabarkan oleh Waraqah Bin Naufal sebaik sahaja Baginda diangkat menjadi rasul di dalam kandungan hadits ketiga akan datang iaitu;
لَمْ يَاْتِ رَجُلٌ قَطُّ بِمِثْلِ بِهِ جِنْتَ بِهِ إِلَّا عُودِيَ
Bermaksud: "Tiada seorang pun yang membawa seperti apa yang kamu bawakan ini melainkan dia pasti akan dimusuhi."
Akibatnya, walaupun seruan Rasulullah s.a.w. hanyalah kepada kebaikan dan kesejahteraan, namun oleh kerana tahap pemahaman keluarga Baginda ketika itu masih belum mampu mengerti, Baginda telah berhadapan dengan berbagai betuk dugaan berupa pendustaan, ejekan, gangguan, penganiayaan, pemulauan malah permusuhan yang membawa kepada peperangan di antara kaum keluarga Baginda sendiri. Sehingga pernah di suatu ketika semasa Rasulullah s.a.w. sedang bersembahyang di hadapan Kaabah, belakang Baginda telah dihempas dengan tembuni unta yang busuk sebagai satu penghinaan terhadap tugas Baginda tersebut. Di samping itu juga sebagai seorang manusia, Baginda juga tidak terlepas daripada dihinggapi kebimbangan untuk memikul tugas yang maha besar itu. Dalam memikirkan tentang tanggungjawab besar yang akan digalas sama ada Baginda mampu melaksanakannya dengan baik sebagaimana yang dikehendaki Allah s.w.t. atau sebaliknya, kebimbangan yang menekan emosi itu menambahkan lagi bebanan perasaan sehingga menyebabkan dahi Baginda bercucuran peluh. Dalam menggambarkan perasaan Baginda selepas menerima wahyu, sesetengah riwayat malah menceritakan bahawa Baginda s.a.w. ada ketikanya menggigil dan debar-debar. Maka sebagai ubat dan penenang perasaan Rasulullah s,a.w., Allah s,w.t. menganjurkan Beliau s.a.w. menerusi firmanNya:
An-Nasr 110:3 فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَٱسْتَغْفِرْهُۚ إِنَّهُۥ كَانَ تَوَّابًۢا
Bemaksud: Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepadaNya. Sesungguhnya Dia adalah Maha menerima taubat. (an-Nashr:3).
Rasulullah s.a.w. diminta supaya memohon keampunan daripada Allah s.w.t., sedangkan Baginda tidak pernah melakukan sebarang dosa ataupun kesalahan. Perintah supaya memohon keampunan tersebut adalah terhadap perasaan-perasaan yang bermain-main di benak Rasulullah s.a.w. kerana didorong oleh kebimbangan terhadap kemampuan Baginda selaku seorang manusia untuk menerima dan menggalasnya. Selain daripada faktor-faktor yang telah disebutkan, punca yang membuatkan dahi Baginda berpeluh juga berkemungkinan disebabkan oleh pengetahuan Baginda tentang pendedahan-pendedahan maklumat di dalam kandungan sesebuah wahyu. Situasi yang sama juga akan dialami oleh seseorang yang mampu melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh orang lain. Contohnya seseorang yang melihat kandungan segelas air kosong melalui mikroskop, tidak akan sanggup meminumnya setelah melihat pelbagai oranganisma halus di dalamnya seperti algaalga, pelbagai spesies bakteria dan sebagainya. Sebaliknya bagi orang yang tidak nampak segala macam mikrob tersebut mampu meneguknya dengan penuh ni'mat. Begitulah perbezaannya di antara orang yang dapat dan tidak dapat melihatnya. Walau bagaimanapun, berat atau ringannya timbangan wahyu dan pengajaran yang terkandung di dalamnya adalah sesuatu yang bersifat nisbi dan relatif. la tentu sahaja berbeza mengikut perspektif, kepercayaan dan pengalaman seseorang. Misalnya terdapat sebuah kisah di mana seorang guru hadits ingin mendapatkan sanad hadits
Sahih Bukhari daripada seorang guru hadits yang lain (namanya ialah Maulana Fadhlur Rahman Ganj Muradabaadi r.a. m.1313H). Walaupun beliau (guru hadits yang pertama) sendiri telahpun mempunyai sanad kitab tersebut, tetapi beliau masih ingin menambah koleksi sanadnya dengan menerima jaluran sanad daripada guru yang lain pula. Namun apabila guru berkenaan (Maulana Fadhlur Rahman) meminta agar beliau membaca sekurang-kurangnya sebuah hadits bagi memenuhi syarat upacara pengijazahan sanad, tiba-tiba lidah beliau menjadi kelu dan mata beliau pula kelam sebaik sahaja selesai membacakan tajuknya tanpa sempat membacakan sepatahpun matannya. Murid-murid beliau yang ada bersama kehairanan melihat kekeluan gurunya. Padahal sudah berapa kali guru itu khatam Sahih Bukhari dan entah berapa kali pula mengulang-ngulang membaca hadits pertama Sahih Bukhari. Akhirnya beliau pulang tanpa mendapat sanad tersebut setelah gagal memenuhi syarat yang ditetapkan. Itulah kebesaran wahyu. Lidah guru tersebut menjadi kelu dan matanya menjadi kelam hanya kerana pada ketika iłu Allah s.w.t. telah membuka kebesaran wahyu kepadanya sehingga beliau fana dalam menghayati kebesaranya
(Lihat buku Tazkira Hazat Maulana Fadhlur Rahman Ganj Muradabaadi. Karangan Maulana Abul Hasan Ali an-Nadwi dan Idhaah al-Bukhari oleh Syeikhul Hadits Darul 'Uloom Deoband).
Hal yang sama boleh dilihat pada sesetengah pembaca al-Qur'an, ada di antara mereka yang tidak mampu untuk meneruskan bacaan sebaik sahaja melewati ayat-ayat yang tertentu. Kesayuan tiba-tiba menyentuh perasaan dan menyebakkan dada lantas mata mereka melinangkan nira. Tidak kurang juga di antara mereka yang menangis teresak-esak malah ada yang dilaporkan sehingga menghembuskan nafas yang terakhir akibat daripada kesan tangisan dan dampak kesedihan amat mendalam. Sebaliknya pembaca-pembaca yang lain tidak pemah menempuh pengalaman-pengalaman seperti itu meskipun mereka mengalunkan ayat-ayat yang sama. Apabila senario ini direnungi, anda akan dapati antara hikmah Allah s.w.t. hanya membuka kebesaran wahyu tersebut kepada individu-individu tertentu sahaja ialah untuk menjaga kemashlahatan seluruh hambaNya. Kerana jika kesemua pembaca mampu melihat dan menghayati kebesaran di sebalik setiap ayat al-Qur'an atau al-hadits, nescaya bumi ini akan sepi daripada keriangan dan aktiviti-aktiviti keduniaan yang Iain. Hikmah yang sama juga boleh dikesani terdapat pada penghijaban-penghijaban yang Iain, kerana selain ianya sebagai suatu ujian dalam keimanan kepada perkara-perkara yang ghaib, ia juga sebagai suatu pengimbang kepada kehidupan duniawi hambaNya. Demi kemashlahatan hamba-hambaNya Allah s.w.t. tidak membuka hijab-hijab kebanyakkan perkara. Terlalu banyak contoh yang mampu anda hayati. Lihatlah kepada kejadian manusia sendiri, pasti anda akan menemui banyak hikmah di sebalik kekurangan dan kelemahan manusia itu. Contohnya kenapa kemampuan jangkauan pancaindera manusia hanya dihadkan kepada suatu jarak yang terbatas sahaja? Bayangkanlah jika jarak deria bau dan bunyi kita dilebarkan lagi kepada seribu meter persegi umpamanya, adakah kita akan dapat menjalani kehidupan seharian dengan tenang dan selesa? Penghayatan kepada maksud-maksud al-Qur'an tidak hanya mampu diperolehi melalui pemahaman ma'nanya sahaja. Kerana terdapat pembaca-pembaca yang mampu menjiwainya walaupun langsung tidak memahami ma'na-ma'nanya. Fenomena ini juga boleh dilihat pada sang kekasih yang menerima surat cinta daripada kekasihnya. Perasaan cintanya sudah berbunga sebaik sahaja memandang sampul suratnya. Melihat tulisan kekasihnya sahaja sudah cukup menenangkan kecamuk jiwanya, walau sepatah perkataan pun tidak mampu difahaminya. Itulah ibaratnya iman. Ianya bagaikan cinta sang kekasih yang amat gembira menatap warkah kekasihnya, walaupun dia tidak pandai membaca. Kerana orang-orang yang tidak memiliki iman tidak mampu menyingkap rahsia di sebalik ayat-ayat al-Qur'an, walaupun dia mampu memahami ma'nanya dengan baik. Menurut Syah Waliyyullah r.a. di dalam kitab beliau Hujjatullahil Baalighah, sebabnya dahi Rasulullah s.a.w. memercikkan peluh sebaik menerima wahyu dari Allah walaupun di musim yang sangat sejuk ialah pada ketika itu terkumpul beberapa nuur atau cahaya. Salah satu sifat tabi'i nuur yang paling ketara ialah panas. Bukankah Kalaam Allah yang turun ke atas hati Nabi s.a.w. itu nuur, malaikat pembawa wahyu itu nuur dan jiwa Rasulullah s.a.w. juga penuh tepu dengan nuur? Pertemuan tiga nur itulah yang mencetuskan semacam kepanasan. Tabi'at semula jadi tubuh manusia ialah menolak ke luar kepanasan yang menjalar di dalamnya. Dan yang ditolak ke luar itulah dia peluh, agar tubuh terus berada dalam kestabilannya. Antara pengajaran, panduan dan pedoman yang dapat diambil daripada hadis ini ialah:
(1) Kewujudan malaikat adalah benar di sisi agama Islam. Sebahagian besar orang-orang kafir sama ada dari kalangan ateis, ahli falsafah dan Iain-Iain tidak percaya kepada kewujudan malaikat,
(2) Allah menjadikan malaikat boleh bertukar-tukar rupa dan boleh juga menjelma sebagai manusia.
(3) Para sahabat tidak segan bertanya Rasulullah s.a.w. tentang pelbagai perkara termasuk perkara-perkara yang berkaitan dengan Ciri khusus kenabian. Baginda
s.a.w. pula menjawab pertanyaan mereka dengan penuh mesra.
(4) Soalan jika diajukan dengan ikhlas untuk mengetahui sedikit sebanyak tentang perkara ghaib tidak dianggap salah oleh Rasulullah s.a.w.
(5) Wahyu adalah sesuatu yang berat berdasarkan keterangan al-Quran dan hadits-hadits Rasulullah s.a.w. Tetapi sebahagiannya lebih berat daripada sebahagian yang Iain. Hadits di atas menceritakan wahyu yang bagaimana dirasai Baginda s.a.w. sebagai yang paling berat.
(6) 'Aaishah isteri nabi s.a.w. digelarkan dengan Ummu al-muminin. Demikian juga isteri-isteri Rasulullah yang Iain selain beliau. Gelaran ini sebenarnya berpunca daripada al-Qur'an وَأَزْوجُهُ أُمَّهَتُُهُمْ
(7) Saudara walau seibu sebapa sekalipun tidak semestinya mempunyai perangai dan pegangan hidup yang sama. Hal ini dapat dilihat umpamanya pada al-Haarits bin Hisyaam dan Abu Jahal. Abu Jahal mati terbunuh dalam pepemngan Badar kerana menentang Islam, alHaarits bin Hisyaam pula telah mati syahid dalam peperangan Yarmuk demi mempertahankan Islam.
(8) Tidak salah mengumpamakan sesuatu yang baik dan mulia dengan sesuatu yang tidak baik dan hina. jika maksudnya ialah menyatakan sudut keserupaan yang tertentu di antara keduanya.
(9) Malaikat Jibril kadang-kadang datang kepada Rasulullah s.a.w. dalam rupa seorang lelaki untuk menyampaikan wahyu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan