Sabtu, September 04, 2021

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 046)

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 046)

____________
menggadai nyawa demi mempertahankannya. Itulah antara gambaran kandungan wahyu yang telah diperturunkan kesemuanya sekali gus kepada Nabi s.a.w. setiap kali Baginda s.a.w menerimanya. Selain menerima, lafaz wahyu, Rasulullah s.a.w. juga akan diberikan pengetahuan tentang segala-gala yang tersirat di sebaliknya. Jadi jika kita mengandaikan kesemua kajian dan tafsiran tersebut adalah tepat. di samping banyak lagi penemuan-penemuan yang sedang dan akan ditemui. sudah tentulah wahyu merupakan suatu yang amat berat timbangannya. Bayangkan kapasiti kandungannya bila Allah s.w.t. berfirman:

Al-Baqarah 2:31
وَعَلَّمَ ءَادَمَ ٱلْأَسْمَآءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى ٱلْمَلَٰٓئِكَةِ فَقَالَ أَنۢبِـُٔونِى بِأَسْمَآءِ هَٰٓؤُلَآءِ إِن كُنتُمْ صَٰدِقِينَ 
Bermaksud: Dan Dia (Allah) mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda dan kegunaannya) seluruhnya, kemudian dikemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda itu jika kamu mamang golongan yang benar!" (al-Baqarah:31).

Ini bererti bahawa dalam pengetahuan Nabi Adam a.s. sudah terkandung nama-nama kesemua benda di dunia ini sejak daripada dahulu sampailah ke akhir zaman termasuklah peralatan-peralatan moden yang muncul pada ketika itu. Walaupun pada ketika Allah s.w.t. mengajarkan nama-nama berkenaan kepada Nabi Adam, benda-benda tersebut masih belum wujud dan fungsinya masih belum diketahui, tetapi ma'lumat tentangnya sudah pun wujud dan tertanam di dalam 'pengetahuan luar sedar' Nabi Adam.

Inilah hakikat yang menyerlahkan bakat dan minat anak cucu Baginda a.s. untuk mencipta segala macam rekaan dan mengejar pelbagai bentuk penemuan. Kesemua ma'lumat yang telah diajar Allah kepada Adam a.s. kemudiannya terkandung di dalam wahyu yang diterima oleh Nabi s.a.w. Kalau begitu patutlah dahi Baginda s.a.w. memercikkan peluh sebaik selesai menerimanya, walaupun di dalam cuaca yang amat dingin. Dalam menggambarkan bagaimana proses penurunan wahyu kepada para ambiya', bolehlah diibaratkan seperti ilham atau cetusan idea yang diperolehi manusia-manusia genius dalam pelbagai bidang seperti ahli falsafah, ahli politik, ahli sains dan sebagainya. Bagaimana cetusan-cetusan idea yang cukup bernas timbul di dalam minda mereka. Jika anda berasa hairan, bagaimana wahyu dapat menentukan dengan jelas sesuatu peristiwa yang akan berlaku lebih seribu tahun kemudian, cubalah perhatikan sejenak sejarah manusia genius, bukankah terdapat di kalangan mereka individu-individu yang telah meramalkan sesuatu kejadian sebelum seratus tahun ia berlaku? Begitu juga dengan sesetengah ahli politik yang matlamat gagasannya hanya mampu difahami seratus tahun kemudian. Jika dibandingkan dengan kemampuan berfikir orang-orang biasa, sudah tentulah ianya suatu yang cukup berat bagi mereka untuk memerah otak demi mencetuskan ideaidea seumpama itu. Idea-idea manusia genius itu bagaimanapun masih terlalu kerdil jika dibandingkan dengan wahyu yang diterima para nabi a.s. Ini kerana idea-idea yang tercetus di dalam fik'iran mereka semuanya adalah berpunca daripada pengalaman, pengamatan, kajian dan sebagainya semata-mata. Pada hakikatnya mereka hanya mendapat idea-idea seperti itu setelah berjerih-perih memerah otak dan menggembleng seluruh tenaga yang ada pada mereka. Berbeza dengan para nabi yang mendapat tanpa usaha dan aktiviti-aktiviti sedemikian. Para nabi juga mampu mengenal pasti sumber wahyu dan pembawanya. Misalnya Nabi s.a.w. mampu mcnyatakan dengan jelas bahawa Jibril a.s, telah datang kepadanya dan menyampaikan wahyu dengan lafaz sekian-sekian dengan terang, teratur dan yakin. Kemampuan dan kelayakkan untuk menerima dan menanggung wahyu ini hanya dianugerahkan kepada para nabi a.s. sahaja. Kemampuan fizikal. mental dan emosi manusia biasa tidak dapat menanggung beban yang

46

Tiada ulasan:

Catat Ulasan