Khamis, September 16, 2021

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 052)

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 052)

_______
As-Saffat 37:102
فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ ٱلسَّعْىَ قَالَ يَٰبُنَىَّ إِنِّىٓ أَرَىٰ فِى ٱلْمَنَامِ أَنِّىٓ أَذْبَحُكَ فَٱنظُرْ مَاذَا تَرَىٰۚ قَالَ يَٰٓأَبَتِ ٱفْعَلْ مَا تُؤْمَرُۖ سَتَجِدُنِىٓ إِن شَآءَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلصَّٰبِرِينَ 
As-Saffat 37:103
فَلَمَّآ أَسْلَمَا وَتَلَّهُۥ لِلْجَبِينِ 
As-Saffat 37:104
وَنَٰدَيْنَٰهُ أَن يَٰٓإِبْرَٰهِيمُ 
As-Saffat 37:105
قَدْ صَدَّقْتَ ٱلرُّءْيَآۚ إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجْزِى ٱلْمُحْسِنِينَ 
As-Saffat 37:106
إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ ٱلْبَلَٰٓؤُا۟ ٱلْمُبِينُ 
As-Saffat 37:107
وَفَدَيْنَٰهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ 
Bermaksud: Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya Aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?" Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah, ayah akan mendapati daku dari kalangan orang-orang yang sabar”. 102. 
Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah iłu). dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya iłu telah menjalankan perintah Kami), 103. 
Dan Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim! 104. 
"Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang Engkau lihat iłu". Demikianlah sebenamya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. 105. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata; 106. Dan Kami tebus anaknya iłu dengan seekor binatang sembelihan yang besar, 107. 
(as-Shaffat: 102-107).

Jadi maksud sebenar yang dikehendaki Allah s.w.t. dalam kisah Nabi Ibrahim dan Ismail a.s. tadi bukanlah zahirnya. Tetapi ma' na kiasan di sebaliknyaa Jika anak seseorang iłu merupakan sesuatu yang paling dikasihinya, maka ma'na kiasan daripadanya ialah dia harus sanggup mengorbankannya. Makna Kiasan di sebalik kisah itu juga mengajarkan bahawa dalam usaha untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini, terkadang-kadang seseorang itu haruslah mengorbankan sesuatu yang paling dikasihinyam termasuklah darah dagingnya sendiri. Sekiranya sesebuah negara Islam diserang atau terbabit dałam kancah peperangan. ibu bapa haruslah merelakan pemergian anak-anak mereka ke medan pertempuran. Bukankah melepaskan mereka pergi ke medan peperangan seolah-olahnya merelakan mereka terkorban? Sebaliknya jika kita enggan melakukan sebarang pengorbanan untuk agama Allah s.w.t.. nanti akan tiba suatu ketika di mana negara kita pula diserang, anak-anak kita akan disembelih di hadapan mata kita sendiri, sebagaimana yang telah berlaku kepada saudara-saudara kita di Kemboja, Bosnia, Palestin dan lain-lain. Tetapi sekiranya kita sanggup melakukan pengorbanan yang dituntut demi menegakkan agama Allah s.w.t., Allah tidak akan membiarkan kita mengalami tragedi seumpama iłu. Malah Allah akan menggantikannya dengan kemuliaan di dunia dan di akhirat. Itulah ta' wilan kepada mimpi Nabi Ibrahim a.s. tersebut. Malangnya pengorbanan yang dituntut oleh Allah s.w.t. itu gagal difahami kebanyakan umat Islam, meskipun saban tahun mereka menjejaki contoh pengorbanan Nabi Ibrahim dan putera Baginda tersebut menerusi ibadat korban. Kenapa apabila anda dituntut memilih binatang temakan yang paling sempurna untuk dikorbankan. binatang yang tidak mempunyai sebarang kecacatan, walaupun hanya yang terbelah sedikit telinganya anda menurutinya dengan penuh ta'at? Tetapi apabila agama memerlukan tenaga-tenaga untuk menyebar dan menegakkannya, hanya anak-anak yang tercicir dalam pelajaran akademiknya atau yang sudah tidak ada harapan lagi untuk meneruskan pengajianya sahaja yąng dipilih. Malah lebih parah lagi keadaannya apabîla masyarakat hanya menghantar ke pusat-pusat pengajian agama. Anak-anak mereka yang sudah tidak mampu lagi dikawal oleh mana-mana institusi pemulihan kerana telah teruk terjerumus ke dalam gaung keruntuhan akhlaq. Dalam erti kata yang

52

Tiada ulasan:

Catat Ulasan