Sabtu, September 18, 2021

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 054)

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 054)


bermimpi melainkan mimpinya muncul seperti sinaran pagi.¹⁸ Kemudian Rasulullah s.a.w. suka menyendiri. Baginda s.a.w. menyendiri di gua Hiraa'. Di situ Rasulullah
_____________
yang benar, Nabi s.a.w. pernah memberikan satu panduan penting melalui sabda Baginda berikut:
 إِذَا اقْتَرَبَ الزَّمَانُ لَمْ تَكَدْ رُؤْيَا الْمُسْلِمِ تَكْذِبُ وَأَصْدَقُكُمْ رُؤْيَا أَصْدَقُكُمْ حَدِيثًا 
Bermaksud: Di akhir zaman, hampir-hampir mimpi orang muslim tidak berdusta (mengarut). Orang yang mimpinya paling tepat (benar) ialah orang yang paling benar percakapannya. (Hadits riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, Daarimi, Ibnu Hibbaan dan lain-lain).

Ringkasnya mimpi para nabi itu benar semuanya. Kerana mimpi-mimpi mereka itu sama ada bersifat dengan صادقة(benar) atau صالحة  (baik) atau واضحة(terang) seperti yang dapat difahami daripada keterangan 'Aaishah di dalam hadits di atas bahawa: "Tidak Baginda s.a.w. bermimpi melainkan mimpinya muncul seperti sinaran pagi." Maksudnya ialah terang dan jelas. Ada pun mimpi-mimpi yang mengarut atau bercelaru (أضغاث أخلام), itu hanya merupakan sifat mimpi manusia biasa yang bukan nabi.


¹⁸ Keterangan 'Aaishah ini mungkin mengandungi dua maksud berikut: 
(1) Mimpi-mimpi Nabi s.a.w. itu amat jelas dan tidak memerlukan ta'bir. Apa yang berlaku kemudiannya benar-benar seperti yang dimimpikan Baginda s.a.w. 
(2) Mimpi-mimpi Baginda s.a.w. pada ketika itu merupakan mimpi-mimpi yang menggembirakan sebagai (berita gembira) daripada Allah s.w.t. Keadaannya bagaikan kegembiraan yang dialami seseorang yang melihat kemunculan cahaya pagi yang ditunggu-tunggunya sepanjang malam.

¹⁹ Kenapa Rasulullah s.a.w. suka menyendiri (berkhalwah) selepas mendapat mimpi-mimpi yang benar, baik dan terang itu? Para ulama mengemukakan beberapa sebab dan faedahnya. Antaranya ialah: 
(1) Hati seseorang yang menyendiri (berkhalwah) akan menjadi hening, bening dan tenang. 
(2) Mendapat kemudahan dan keselesaan untuk beribadat. (3) Terhindar daripada pelbagai kemungkaran yang berlaku dalam masyarakat. 
(4) Jauh dari hikuk-pikuk dunia. 
(5) Lebih khusyu' ketika beribadat dan terhindar daripada perasaan riya' atau menunjuk-nunjuk. 
(6) Dalam keadaan bersendirian dan keseorangan seseorang lebih merasakan kekerdilan dan kehinaan dirinya di hadapan Allah. 
(7) Dalam keadaan itu seseorang akan terputus daripada segala keselesaan dunia dan perkara-perkara yang diingini nafsunya. 
(8) Mendapat banyak peluang untuk berfikir dan menginsafi diri. 
(9) Oleh kerana Nabi s.a.w. akan diberikan wahyu, maka perlu sekali jiwa beliau dipersiapkan untuknya. Antara persiapan yang diperlukan ialah jiwa yang tenang dan hati yang dapat memberikan sepenuh tumpuan dan perhatian terhadapnya.

²⁰ Selepas mendapat mimpi tersebut - di samping kejadian-kejadian aneh yang Baginda alami seperti disapa dengan salam oleh batu-batu dan pokok-pokok - Baginda suka menyendiri dan mula berfikir serta menghayati maksud di sebalik mimpi-mimpi dan apa-apa yang telah dialami itu. Baginda menjadikan keheningan sebuah gua di Bukit Hira' yang jaraknya lebih kurang tiga batu daripada Kota Mekah sebagai tempat memencilkan diri. Di samping dapat menjauhkan diri daripada hiruk-pikuk kehidupan Kota Mekah dan pelbagai ragam penghuninya, Baginda juga beribadat di sepanjang tempoh tersebut. Di sepanjang tempoh pengasingan diri di dalam Gua Hira' yang sempit itu, Baginda hanya akan pulang apabila perasaan rindu terhadap keluarga tidak dapat dibendung lagi. Setelah pulang menemui keluarga, bekalan untuk tempoh pengasingan seterusnya disediakan. Malah kadang-kadang apabila Baginda tidak pulang untuk mengambil bekalan, Khadijah r.a. akan membawa sendiri bekalan dengan mendaki bongkah-bongkah batu Bukit Hira'. Demikianlah rutin yang terpaksa dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan keluarga Baginda


54

Tiada ulasan:

Catat Ulasan