Sabtu, September 25, 2021

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 060)

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 060)

_______ 
'sebelumnya' di dalam ayat itu bererti sebelum turunnya al-Qur'an ini atau sebelum turunnya wahyu ini? Bukankah makstud tersembunyi di sebalik perkataan "nya" menegaskan bahawa ketidakmampuan Nabi s.a.w. membaca dan menulis adalah sebelum turunnya wahyu kepada Baginda s.a.w.? Maka mukhalifnya (pengertian sebalik bagi sesuatu kenyataan) adalah selepas turun wahyu, keadaan pengetahuan Baginda saw, termasuk kemampuan membaca dan menulis tidak lagi seperti sebelumnya. 

Golongan pertama tidak dapat menerima pemahaman golongan kedua kerana mereka berpendapat, jika kita menerima Nabi s.a.w. boleh membaca dan menulis, ia akan menimbulkan keraguan dan membuka ruang kepada para pengkritik untuk menuduh al-Qur'an sebagai karangan Baginda s.a.w. sendiri, hasil pengetahuan yang diperolehi Baginda daripada pembacaan mana-mana kitab. ltu pun sebabnya Allah menutup ayat 48 dari Surah al-'Ankabut itu dengan firmanNya: "(Andaikata engkau dahulu pandai membaca dan menulis) niscaya ragulah (tentang kebenaranmu) orang-orang yang mengingkari(mu)."

Andaian golongan pertama ini dinafikan oleh golongan kedua dengan mengatakan bahawa kebimbangan terhadap andaian Nabi s.a.w. mengarang sendiri al-Qur'an dan mengasaskan ajaran Baginda atas pengetahuan hasil bacaan Baginda adalah berdasarkan kemampuan Baginda membaca dan menulis sebelum Baginda mengisytiharkan diri sebagai rasul. Semua mereka memang tahu bahawa Nabi s.a.w. sebelum menda'wa sebagai rasul tidak tahu membaca dan menulis. 

Ayat 48 dari Surah al-S Ankabut ini sebenarnya mengisytiharkan anugerah Allah kepada nabiNya sebaik sahaja Baginda s.a.w. menerima wahyu pertama yang tersebut di dalam hadits yang sedang kita bicarakan ini. Anugerah itu antaranya ialah kemampuan membaca dan menulis. Jadi kebimbangan tentang keraguan orang-orang kafir sudah tidak timbul lagi, kerana kepandaian tersebut hanya lahir setelah Baginda dilantik menjadi rasul, Kemampuan Nabi s.a.w. itu sebaliknya lebih menimbulkan kehairanan dan lebih mengkagumkan mereka. 

Di samping itu, kalaulah firman Allah ini diturunkan dengan tujuan membuktikan kebuathurufan Nabi s.a.w. sampai ke akhir hayat, tentulah sudah memadai ayat 48 Surah al-Ankabut itu tanpa firmanNya:من قبلة(sebelumnya) itu. Kewujudan من قبلة kelihatan seperti tambahan yang tidak mengandungi apa-apa erti lagi kalau begitu! Nabi yang Ummi. 

Manakala perkataan Ummi di dalam ayat 157-158 dari Surah al-A'raaf pula difahami golongan pertama sebagai nabi yang tidak tahu membaca dan menulis atau dengan bahasa yang agak kasar, nabi yang buta huruf. Padahal perkataan Ummi itu tidak hanya membawa satu maksud sahaja. Kerana ia juga mengandungi erti-erti yang Iain. Erti yang paling tepat untuk perkataan Ummi ialah penduduk Ummu al-Qura (ibu negeri) iaitu nama kedua bagi Mekah. Jadi erti 'Nabi yang Ummi ' adalah nabi yang datang dari Ummi al-Oura iaitu Kota Mekah. Ini kerana Penduduk Kota Mekah sering juga dipanggil dengan Ummiyyin. Erti inilah sepatutnya diguna pakai di sini, lantaran ayat tersebut merupakan pujian dan sanjungan Allah terhadap Nabi s.a.w. Ketidakmampuan membaca dan menulis atau kebutahurufan itu pula dianggap semua pihak sebagai satu kekurangan. Ia sama sekali tidak melambangkan ketamaddunan seseorang atau sesuatu bangsa. Maka apakah ertinya menyebut kekurangan seseorang di celah-celah kata-kata pujian dan sanjungan terhadapnya? Kalau ayat tersebut merupakan pujian Allah kepada Nabi s.a,w, maka perkataan 'Ummi' seharusnya membawa maksud yang istimewa atau ia mengandungi erti yang baik bukannya erti yang buruk dan keji. Justeru buta huruf bukanlah makna yang tepat di sini. Sebaliknya Kota Mekah adalah sebuah bandar yang menjadi kebanggaan penghuni-penghuninya. Mereka sememangnya berbangga menjadi penduduk Mekah.

Seringkali apabila ditanya tempat asal atau negeri mereka. dengan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan