Isnin, September 27, 2021

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 061)

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 061)

________
penuh rasa bangga mereka menjawab: "Saya ummi, ” Maksudnya ialah saya orang Ummu al-Qura atau orang Mekah. Tidak mungkin sama sekali mereka berbangga dengan berkata: "Saya Ummi " dengan maksud "Saya buta huruf'! Golongan pertama menghujahkan bahawa buta huruf bukanlah suatu kekurangan kepada Nabi sebaliknya ia adalah suatu kelebihan dan mu'jizat, Kerana meskipun Baginda tidak mampu membaca dan menulis walau sepatah perkataanpun, tetapi .Baginda telah membawa suatu ajaran yang mengandungi wacana cukup istimewa dan sempurna. Golongan kedua tidak pernah menafikan realiti keistimewaan dan kesempurnaan wacana yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. itu. Cuma menurut mereka. kemampuan membaca dan menulis Nabi s.a.w. itu hanya hadhir selepas Baginda menerima wahyu pertama, Keistimewaan wacana yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. itu tidak ada kena mengenanya dengan sifat buta hurut. Kerana di sepanjang sejarah umat ini, tidak ada seorang pun celik huruf yang mampu mengemukakan wacana seperti itu! la tetap merupakan mu'jizat sama ada Baginda s.a.w. dianggap sebagai buta huruf atau celik huruft! Hujjah mereka diperkukuhkan lagi oleh dalil alQuran ini:
Ash-Shura 42:52
وَكَذَٰلِكَ أَوْحَيْنَآ إِلَيْكَ رُوحًا مِّنْ أَمْرِنَاۚ مَا كُنتَ تَدْرِى مَا ٱلْكِتَٰبُ وَلَا ٱلْإِيمَٰنُ وَلَٰكِن جَعَلْنَٰهُ نُورًا نَّهْدِى بِهِۦ مَن نَّشَآءُ مِنْ عِبَادِنَاۚ وَإِنَّكَ لَتَهْدِىٓ إِلَىٰ صِرَٰطٍ مُّسْتَقِيمٍ 
Bermaksud: dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (al-Qur'an sebagai) roh (yang menghidupkan hati yang mati) dengan perintah kami; Engkau dahulu tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikannya (al-Quran itu) cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami dan sesungguhnya engkau (wahai Muhamad) adalah memberi petunjuk (dengan al-Qur'an itu) ke jalan yang lurus. (as-Syura:52).

Ayat ini jelas menyatakan bahawa di suatu ketika dahulu Nabins.a.w. memang tidak mengetahui apa itu kitab sama ada al-Qur'an atau kitab-kitab lain. Kerana pada ketika itu Baginda s.a.w. memang tidak pandai membaca dan wahyu berupa al-Qur'an juga belum diterima. Tetapi bukankah ayat itu mengaitkannya dengan 'dahulu'? Kalau begitu, keadaan Baginda s.a.w. selepas menerima wahyu pastilah berbeza daripada keadaan sebelumnya. Andaikata buta huruf adalah suatu kelebihan, maka apakah sebabnya al-Qur'an dan al-hadits menggalakkan kita membaca dan menuntut ilmu? Apakah ertinya dalam wahyu pertama lagi Allah berfirman:  الَّذِ عَلَّمَ بِالْقَلَمِ
Bermaksud: Yang łnengajar (manusia) dengan perantaran pena. (al'Alaq:4). 
Mafhumnya ialah Allah mengajar manusia dengan perantaraan membaca dan menulis. Kenapa Nabi s.a.w. sanggup membebaskan tawanan perang hanya dengan syarat mereka bersedia mengajar anak-anak orang-orang Islam di Madinah membaca dan menulis? Bukankah tindakan itu merupakan salah satu usaha pembasmian buta huruf di kalangan masyarakat Islam? Adalah pelik sekali, kerana dalam pada al-Qur'an dan hadits sentiasa menggalakkan umał Islam agar membaca demi membebaskan ummatnya daripada belenggu kebutahurufan, dalam masa yang sama Nabi umat Islam sendiri adalah seorang yang selesa membiarkan dirinya buta hurufi! Huruf apa yang Rasulullah s.a.w. tidak kenal kalau Baginda sendiri bersabda:
 مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لَا أَقُولُ الم حَرْفٌ
Bermaksud : Sesiapa  membaca satu haraf(sahaja) dari Kitab Allah (al-Qur'an), dia akan mendapat satu kebajikan. Satu kebajikan itu digandakan dengan sepuluh kali ganda. Aku tidak berkata Al (Alit; Laam, Mim) itu satu haraf tetapi Alif satu haraf, Laam satu haraf dan Mim satu haraf
 (Hadits riwayat Tirmizi)

61

Tiada ulasan:

Catat Ulasan