Ahad, Oktober 10, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 30(113)nota 16(488-490)s

Daurah tafsir 2019 sesi 30(113)nota 16(488-490)s

113.Surah Al falaq
Tertib surah 113
Bilangan ayat 5
Bilangan rukuk 1
Surah  Makkiyah
Tertib turun  20
Bilangan paragraf 5
Paragraf 1 ayat 1 Arahan supaya memohon perlindungan dan keselamatan kepada tuhan sebagai Rabb dari segala kejahatan.
Paragraf 2 ayat 2 Perlindungan dan keselamatan daripada kejahatan makhluk
Paragraf 3 ayat 3 Perlindungan dan keselamatan daripada kejahatan malam.
Paragraf 4 ayat 4 Perlindungan dan keselamatan daripada kejahatan sihir
Paragraf 5 ayat 5 Perlindungan dan keselamatan daripada kejahatan hasad dengki.

Mesej utama
Arahan supaya berlindung kepada Rabb daripada 4 macam kejahatan(makhluk, malam, sihir dan hasad)


Zaman Diturunkan
Surah al-Falaq diturunkan pada peringkat kedua kehidupan Rasulullah s.a.w. di Mekah selepas da'wah secara terbuka disebarkan di antara tahun ke-4 hingga ke-5 Kenabian. Ketika itu keburukan dan kejahatan pihak penentang dan musuh Islam sudah mulai dirasa oleh Rasulullah dan para sahabat yang baru memeluk Islam.

Kelebihan 3 Surah Terakhir Di Dalam Al-Qur'an Dan مُعَوِذَتَيْنِ
1. Rasulullah s.a.w. telah membaca2 surah terakhir di dalam al-Qur'an iaitu المُعَوِذَتَيْنِ ketika sakit yang membawa kepada kematian Baginda. Setelah membacanya Baginda meniupkan pada kedua belah tangan dan menyapunya pada seluruh tubuh. Shahih Bukhari, hadits 4,175.

2. Sebelum tidur, Rasulullah s.a.w. membaca Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq, dan Surah an-Naas kemudian meniup pada kedua belah tapak tangannya lalu menyapu pada muka dan seluruh tubuh.
Shahih Bukhari, hadits 5,960.

3. Surah al-Falaq dan an-Naas melindungi pembacanya dari bencana alam. Sunan Abi Daud, hadits 1,465 hadits shahih.

4. Rasulullah s.a.w. menyuruh supaya membaca 2 surah ini selepas setiap sembahyang fardhu. Sunan Nasa' i, hadits 1,259 hadits shahih.

Perkaitan Surah Al-Falaq Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah al-Ikhlas telah disebutkan tentang tauhid zat yang murni, di dalam Surah al-Falaq ini pula disebutkan tentang tauhid rububiyyah di mana manusia diperintahkan supaya memohon perlindungan kepada rabb daripada 4 macam keburukan.
2. Di dalam Surah an-Naas pula diperintahkan supaya memohon perlindungan kepada rabb daripada 3
macam keburukan.

Beberapa Kata Kunci Surah
1.Perkataan  عَاذَ، يَعُوذُ، عُذْbererti memohon perlindungan kepada zat yang Maha Perkasa lagi Kuat supaya
melindungi kita daripada segala bencana.

2. Perkataan غَاسِق bereti awal malam ketika secara perlahan-lahan lenyap syafaq dan ia semakin masuk ke dalam kegelapan.

3.Perkataan وَقَبَ daripada وُقُوب  terbenam, hilang atau lenyap.

4.Perkataan  نَفَّاث adalah اسم مُبَالغة  bererti orang yang meniupkan atau tukang sihir, نَفَّاثات perempuan-
perempuan yang meniupkan atau tukang-tukang sihir wanita.
5. Perkataan عُقَد  adalah jama' عُقْدَة , simpulan-simpulan; ikatan-ikatan.

6. Perkataan ربّ mengandungi 5 erti, di dalam surah ini dan surah berikutnya sifat rububiyyah Allah ditonjolkan, kita disuruh supaya memohon perlindungan ربّ, kerana itu segala ertinya mestilah berada dalam pemikiran dan ingatan kita: 
(1) Tuhan yang membesarkan, menyuburkan dan memberikan tenaga
(2) Tuhan yang menjaga, mengawal dan melindungi .
(3) Tuhan yang menguasai dan mengatasi segala-galanya, mengurus, mentadbir dan yang dapat memberikan perlindungan 
(4) Yang mengumpulkan, menyiapkan dan membekalkan keperluan sekalian makhluk 
(5) Pemilik dan tuan alam semesta.

Beberapa Tema Utama Surah
l. Di dalam 2 surah terakhir al-Qur'an ini manusia diperintah supaya mengelak daripada kuasa-kuasa dan unsur-unsur yang tidak baik.
2. Apabila seseorang Islam hendak melaksanakan hukum-hukum dan perintah al-Qur'an maka segala
unsur-unsur negatif dan kuasa-kuasa jahat cuba melemahkan semangatnya membuatkan dia menjadi
runsing dan terhalang daripada mengamalkannya, kerana itulah al-Qur'an mengajarkan satu langkah untuk orang-orang yang hendak mengamalkannya memelihara diri daripada gangguan-gangguan segala perkara yang tidak baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan