Jumaat, Oktober 08, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 30(113)nota 16(489)

Daurah tafsir 2019 sesi 30(113)nota 16(489)


Zaman Diturunkan
Surah al-Falaq diturunkan pada peringkat kedua kehidupan Rasulullah s.a.w. di Mekah selepas da'wah secara terbuka disebarkan di antara tahun ke-4 hingga ke-5 Kenabian. Ketika itu keburukan dan kejahatan pihak penentang dan musuh Islam sudah mulai dirasa oleh Rasulullah dan para sahabat yang baru memeluk Islam.

Kelebihan 3 Surah Terakhir Di Dalam Al-Qur'an Dan مُعَوِذَتَيْنِ
1. Rasulullah s.a.w. telah membaca2 surah terakhir di dalam al-Qur'an iaitu المُعَوِذَتَيْنِ ketika sakit yang membawa kepada kematian Baginda. Setelah membacanya Baginda meniupkan pada kedua belah tangan dan menyapunya pada seluruh tubuh. Shahih Bukhari, hadits 4,175.

2. Sebelum tidur, Rasulullah s.a.w. membaca Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq, dan Surah an-Naas kemudian meniup pada kedua belah tapak tangannya lalu menyapu pada muka dan seluruh tubuh.
Shahih Bukhari, hadits 5,960.

3. Surah al-Falaq dan an-Naas melindungi pembacanya dari bencana alam. Sunan Abi Daud, hadits 1,465 hadits shahih.

4. Rasulullah s.a.w. menyuruh supaya membaca 2 surah ini selepas setiap sembahyang fardhu. Sunan Nasa' i, hadits 1,259 hadits shahih.

Perkaitan Surah Al-Falaq Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah al-Ikhlas telah disebutkan tentang tauhid zat yang murni, di dalam Surah al-Falaq ini pula disebutkan tentang tauhid rububiyyah di mana manusia diperintahkan supaya memohon perlindungan kepada rabb daripada 4 macam keburukan.
2. Di dalam Surah an-Naas pula diperintahkan supaya memohon perlindungan kepada rabb daripada 3
macam keburukan.

Beberapa Kata Kunci Surah
1.Perkataan  عَاذَ، يَعُوذُ، عُذْbererti memohon perlindungan kepada zat yang Maha Perkasa lagi Kuat supaya
melindungi kita daripada segala bencana.

2. Perkataan غَاسِق bereti awal malam ketika secara perlahan-lahan lenyap syafaq dan ia semakin masuk ke dalam kegelapan.

3.Perkataan وَقَبَ daripada وُقُوب  terbenam, hilang atau lenyap.

4.Perkataan  نَفَّاث adalah اسم مُبَالغة  bererti orang yang meniupkan atau tukang sihir, نَفَّاثات perempuan-
perempuan yang meniupkan atau tukang-tukang sihir wanita.
5. Perkataan عُقَد  adalah jama' عُقْدَة , simpulan-simpulan; ikatan-ikatan.

489

Tiada ulasan:

Catat Ulasan