Isnin, Oktober 11, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 30(114)nota 16(491-492)s

Daurah tafsir 2019 sesi 30(114)nota 16(491-492)s

114.Surah An nas 
Tertib surah 114
Bilangan ayat 6
Bilangan rukuk 1
Surah  Makkiyah
Tertib turun 21
Bilangan paragraf 3
Paragraf 1 ayat 1-3 Perlindungan kepada zat yang
Maha Kuasa yg merupakan Rabb, Raja dan pada masa yang sama juga merupakan Ilah.
Paragraf 2 ayat 4-5 Perlindungan supaya terpelihara daripada kejahatan was-was 
Paragraf 3 ayat 6 Perlindungan juga dipohon untuk keselamatan daripada kejahatan manusia dan juga jin.

Mesej utama 
Arahan  supaya berpegang dengan tauhid rububiyah ربوبية, tauhid مُلُوكِية dan tauhid ألوهية untuk menyelamatkan diri daripada kejahatan dan keburukan tiga perkara (was-was ,manusia dan jin)


Zaman Diturunkan
Surah an-Naas juga diturunkan pada peringkat kedua kehidupan Rasulullah di Mekah di antara tahun ke-4 hingga ke-5 Kenabian. Ketika itu keburukan, kejahatan dan gangguan pihak penentang dan musuh Islam sudah mulai dirasa oleh Rasulullah dan para sahabat yang baru memeluk Islam.

Perkaitan Surah An-Naas Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah al-Falaq telah disebutkan tentang tauhid rububiyyah, di dalam Surah an-Naas yang merupakan surah terakhir al-Qur'an, selain disebutkan tauhid rububiyyah, disebutkan juga tentang tauhid uluhiyyah dan tauhid mulukiyyah yang juga disebut sebagai tauhid haakimiyyah. Dengan adanya perlindungan tuhan yang mempunyai sifat-sifat tauhid itu, manusia dapat memelihara dirinya daripada gangguan dan kejahatan manusia dan juga jin.

2. Surah permulaan al-Qur'an iaitu Surah al-Fatihah juga dimulakan dengan tauhid rububiyyah. Tangga pertama mengenali Allah dengan sempurna ialah adanya kesedaran tentang rububiyyah Allah.

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1.Perkataan ربّ seperti disebutkan sebelum ini bererti Tuhan yang menjaga, melindungi, mengawal, mengurus,
mentadbir, mengatasi sekalian yang lain, tuan, pemilik alam semesta dan yang dapat memberi
perlindungan sepenuhnya.

2.Perkataan مَلِك bererti raja, penguasa yang mempunyai kuasa mutlaq, kuasa yang paling besar dan tinggi yang
dapat memberi perlindungan.

3.Perkataan إِلَه mengandungi 7 erti 
(1) Tuhan Yang melindungi 
(2) Yang mengampunkan 
(3) Yang
memenuhi hajat sekalian makhluk 
(4) Yang penuh dengan rahsia 
(5) Yang semua berusaha mencari dan
merinduinya 
(6) Yang Maha Berkuasa dan Maha Tinggi serta dapat memberi perlindungan 
(7) Yang layak disembah dan ditaati dengan sungguh-sungguh.
4.Perkataan وَسوَسَه bererti bisikan halus, suatu pergerakan yang tidak dapat dirasai dan dikesan.
5.Perkataan  خَنَّاس yang menyerang berkali-kali secara senyap-senyap dan secara sembunyi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan