Rabu, November 17, 2021

K999.Berkomunikasi dengan berkesan, memang ambil masa...

K999.Berkomunikasi dengan berkesan, memang ambil masa...

Banyak kita lakukan sehari-hari mungkin sekadar respon atau reaksi yang belum cukup 'engaging' dengan anak kita...

Mari kita buka hati, minda, mata, telinga untuk menjadikan momen bercakap dengan anak itu adalah terbaik dan tidak kerugian... Masa itu Pedang.

Maznah Ibrahim.

 Langkah demi langkah komunikasi ibubapa-anak.

1. Mendengar .
Mendengar bukan sahaja dengan telinga tetapi juga mata dan hati.
Pandang penuh wajah anakm buka hati untuk memahami.
Mendengar tidak sama dengan dengar saja.

2. Memahami.
Fahami apa sebenarnya anak cuba nak sampaikan.
Seringkali apa dikatakan adalah bukan sebenarnya dimahukan. Perhatikan  mesej melaluipetanda bukan lisan.

3.Merespon.
Respon dengan ulang semula apa anak cakap  untuk pastikankita memahami  dan tidak silap faham. Juga boleh keluarkan bunyi minima seperti oh, iyer,hmmm, ok kerana ada anak yang jenis mahu mendengar suara si ibu ayahnya bukan mengganguk dan memandang sahaja.


4.Berkomunikasi.
Setelah itu barulah kita boleh bersuara memasukan input bersesuaian  seperti berbincang/negosiasi dengan anak  atau memberi interpretasi /sudut pandang  yang baru dan positif serta sebagainya. Komunikasi begini bakal mengembirakan anak  kerana kelihatannya ibuayah memahami apa yang mereka sampaikan itu.

Walaupun ambil sedikit masa , namun menguranngkan masalah lain yang berlanjutan hanya kerana kita mudah 'judge' si anak . Bersabar dalam melatih diri menjadi pendengar dan perespon yang berkesan. Apapun anak adalah tanggungjawab kita sepanjang hayat bukan sejam dua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan