Jumaat, November 05, 2021

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 063)

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 063)

___
perbandingan semata-mata di bawah ini penulis ingin mengemukakan dua terjemahan lain untuk ayat 5 Surah al-Furqaan yang dikemukakan di atas. 
(1) Terjemahan Pimpinan ar-Rahman Kepada Pengertian al-Qur'an: "dan mereka berkata lagi: "Al-Quran itu adalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kata, yang diminta oleh Muhammad supaya dituliskan, kemudian perkara yang ditulis itu dibacakan kepadanya pagi dan petang (untuk dihafaznya)". 
(2) Terjemahan alQuran Terbitan Departemen Agama Indonesia: "dan mereka berkata: "Dongengan-dongengan orang-orang dahulu, dimintanya supaya dituliskan, maka dibacakanlah dongengan itu kepadanya setiap pagi dan petang." Kesimpulan daripada dua terjemahan ini ialah Nabi s.a.w. tidak dituduh menulis sendiri al-Qu'an itu. Kononnya, bagaimana mereka akan menuduh Rasulullah s.a.w. menulis sendiri al-Qur'an, padahal semua mereka tahu yang Baginda s.a.w. itu buta huruf, tidak tahu membaca dan menulis! Sebaliknya Baginda s.a.w. dikatakan telah meminta orang lain supaya menuliskannya untuk diri Baginda s.a.w. Setelah dituliskan ia dibaca di hadapan Baginda pagi dan petang. Mungkin untuk tujuan semakan, hafalan, suntingan, pengubahsuaian dan sebagainya! Antara terjemahan al-Qur'an yang lebih tepat terjemahannya untuk ayat 5 al-Furqaan di atas bagi penulis ialah sebuah terjemahan Indonesia karangan dua orang tokoh  ulama', bernama H. Zainuddin Hamidy dan Fachruddin HS. Untuk perbandingan lihatlah terjemahannya ini: "Dan mereka berkata lagi: Cerita-cerita orang purbakala itu dituliskannya, lalu dibacakan di hadapannya setiap pagi dan senja." (al-Furqaan:5). 

Al-Furqan 25:5وَقَالُوٓا۟ أَسَٰطِيرُ ٱلْأَوَّلِينَ ٱكْتَتَبَهَا فَهِىَ تُمْلَىٰ عَلَيْهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا 
Dan mereka berkata lagi: Cerita-cerita orang purbakala itu dituliskannya, lalu dibacakan di hadapannya setiap pagi dan senja.

Sebenarnya asas bagi kebanyakan terjemahan al-Qur'an dalam hal ini ialah tiga perkara penting berikut: 
(1) Perkataan اِكْتَتَبَ itu dipakai dengan ma'na طلب (minta / suruh) iaitu dengan ma'na استكتب (meminta / menyuruh seseorang supaya menuliskan). Sama seperti perkataan-perkataan  احتجم (meminta dibekam) dan (meminta disuntik untuk mengeluarkan darah) dan افتصد sebagainya. Penulis pula tidak memakainya dengan ma'na itu. Sebaliknya dengan ma'na كَتَبَ. sahaja. Ertinya ialah dia menulis sendiri. Cuma bezanya  كَتَبَ dengan اِكْتَتَبَ ialah memberi erti semata-mata menulis dan اِكْتَتَبَ pula bererti menulis dengan baik, teliti cermat atau bersungguh- sungguh. Keadaannya sama seperti perkataanاِجْتَذَبَ , ia dipakai dengan ma'na جذب  saja. Ertinya ialah menarik. Kalau ada pun perbedaan di antara keduanya hanyalah جَذَبَ bererti menarik semata-mata. Sementara  اِجْتَذَبَ pula bererti menarik dengan teliti, cermat atau bersungguh-sungguh. Ini kerana bina' (makna) bab الافتعال pada semua perkataan tersebut adalah التصرف yang mengandungi erti sesuatu perbuatan itu dilakukan dengan baik, teliti cermat atau bersungguh-sungguh. فَهِيَ تُمْلَى عَلَيْهِ selepasnya pula diterjemahkan golongan pertama dengan "maka dibacakan kepadanya apa yang ditulis itu pagi dan petang." Padahal bukan perkataanتقرأ عليه  digunakan oleh Allah di sini, malah perkataan تُمْلَى. Perkataan ini berpunca daripada perkataanإملاء  yang bererti dikte, diktat, rencana atau imla'. Diktat atau imla' itu ertinya ialah menyuruh tulis apa-apa yang dibaca atau diucapkan. la juga bererti membaca atau mengucapkan sesuatu di hadapan seseorang supaya ditulisnya apa yang dibaca atau diucapkan itu. Jadi perkataan تُمْلَى عَلَيْهِ dengan sighah majhul itu seharus diterjemahkan dengan "Cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala itu dibacakan kepadanya atau disampaikan di hadapannya atau direncanakan kepadanya supaya ditulisnya pagi dan petang." Ganti nama atau ضمير pada perkataan عَلَيْهِ diterima semua pihak kembalinya kepada Nabi s.a.w. Tidakkah ini jelas menunjukkan Rasulullah s.a.w. pada ketika itu memang pandai menulis. Kalau tidak apakah ertinya mengimla'kan sesuatu kepadanya supaya ditulisnya apa yang diimla'kan itu?? 
(2) Isnad perbuatan kepada Nabi s.a.w. dikatakan isnad majaa:i, seperti kata orang-orang 'Arab: بنى الأمير المدينة (gabenor telah membina bandar itu). Padahal bukan amir

63


Tiada ulasan:

Catat Ulasan