Ahad, November 21, 2021

Tafsir quran dgn quran sesi 014

Tafsir quran dgn quran sesi 014

Al-Baqarah 2:40
يَٰبَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ ٱذْكُرُوا۟ نِعْمَتِىَ ٱلَّتِىٓ أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ وَأَوْفُوا۟ بِعَهْدِىٓ أُوفِ بِعَهْدِكُمْ وَإِيَّٰىَ فَٱرْهَبُونِ 
Al-Baqarah 2:41
وَءَامِنُوا۟ بِمَآ أَنزَلْتُ مُصَدِّقًا لِّمَا مَعَكُمْ وَلَا تَكُونُوٓا۟ أَوَّلَ كَافِرٍۭ بِهِۦۖ وَلَا تَشْتَرُوا۟ بِـَٔايَٰتِى ثَمَنًا قَلِيلًا وَإِيَّٰىَ فَٱتَّقُونِ 
Al-Baqarah 2:42
وَلَا تَلْبِسُوا۟ ٱلْحَقَّ بِٱلْبَٰطِلِ وَتَكْتُمُوا۟ ٱلْحَقَّ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ 
Al-Baqarah 2:43
وَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱرْكَعُوا۟ مَعَ ٱلرَّٰكِعِينَ 
Wahai Bani Israil,⁸⁷ kenangilah ni'matKu yang telah Aku kumiakan kepadamu⁸⁸  dan penuhilah janjimu kepadaKu,⁸⁹ niscaya Aku penuhi janjiKu kepadamu;⁹⁰  dan takutlah kepadaKu saja.⁹¹ [40]
Dan berimanlah kamu kepada apa yang telah Aku turunkan (Al-Quran), yang membenarkan apa yang ada padamu (Taurat),⁹² dan janganlah kamu menjadi orang yang pertama kafir kepadanya, dan janganlah kamu menukarkan ayat-ayatKu dengan harga yang rendah,⁹³ dan bertaqwalah kepadaku sahaja.[41].
Dan janganlah kamu campur adukkan (maksudnya kelirukan) yang benar dengan yang batil, dan janganlah kamu sembunyikan kebenaran, sedangkan kamu mengetahui.⁹⁴ [42]. 
Dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat serta ruku'lah bersama-sama orang-orang yang ruku'.⁹⁵ [43].

Minit 2
😇😇😇
Al-Baqarah 2:40
يَٰبَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ ٱذْكُرُوا۟ نِعْمَتِىَ ٱلَّتِىٓ أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ وَأَوْفُوا۟ بِعَهْدِىٓ أُوفِ بِعَهْدِكُمْ وَإِيَّٰىَ فَٱرْهَبُونِ
Wahai Bani Israil,⁸⁷ kenangilah ni'matKu yang telah Aku kumiakan kepadamu⁸⁸  dan penuhilah janjimu kepadaKu,⁸⁹ niscaya Aku penuhi janjiKu kepadamu;⁹⁰  dan takutlah kepadaKu saja.⁹¹ [40]

⁸⁷ Israil adalah nama gelaran bagi Nabi Ya'qub bin Ishaq bin Ibrahim a.s. Ertinya sama dengan 'Abdullah (hamba Allah). Bani Israil ialah anak cucu Nabi Ya'qub.

Allah s.w.t. telah mengguna nama ini untuk Ya'qub di dalam ayat berikut:
Aali-Imran 3:93
كُلُّ ٱلطَّعَامِ كَانَ حِلًّا لِّبَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ إِلَّا مَا حَرَّمَ إِسْرَٰٓءِيلُ عَلَىٰ نَفْسِهِۦ مِن قَبْلِ أَن تُنَزَّلَ ٱلتَّوْرَىٰةُۗ قُلْ فَأْتُوا۟ بِٱلتَّوْرَىٰةِ فَٱتْلُوهَآ إِن كُنتُمْ صَٰدِقِينَ 

Segala jenis makanan dahul  halal bagi Bani Israil, kecuali makanan yang diharamkan oleh Israil (yakni Nabi Yakub) kepada dirinya sendiri  sebelum  diturunkan kiab taurat. Katakanlah (wahai Muhammad), “Maka bawalah Taurat lalu bacalah, jika kamu orang-orang yang benar.”
Minit 7
-cuba perhatikan ayat ini, Bani Israel disini adalah anak cucu Nabi Yaakub.
-Israil ialah Nabi Yaakub.
-yang dia sendiri yang mengharamkan bukan yang Allah haramkan.
-antara punca kesesatan Bani Israel ini  ialah  mengharamkan  bukan apa yang diharamkan oleh Allah, sebab itu perlu faham apa2 percakapan atas dasar syariat atau atas dasar apa?
- ini bukti penggunaan Israel untuk Yaakub as.
- kenangi = ingatkan nikmat Allah.
- sampaikan ajaran agama  dengan betul , jangan tokok tambah.
Minit 14
-akhirnya  agama jadi rosak.
-anggapan mereka anak tuhan dan bangsa terpilih serta hina orang lain setelah Allah anugerah nikmat yang banyak.
- lalu Allah bagi pada bangsa Arab.
- mereka pertikai pemberian tuhan.ini penyakit mereka
- pekerti mereka sangat teruk.
- asal dari  nenek moyang orang baik tetapi mereka senang2 mudah bunuh orang.Jenayah begitu mudah dilakukan.


⁸⁸ Di sini tidak disebutkan bentuk-bentuk ni'mat yang telah Allah kurniakan kepada Bani Israil. Tentu sekali ni'mat-ni'mat itu amat besar, sehingga Allah menyuruh 
mereka agar mengenanginya. Bagaimanapun daripada beberapa ayat di dalam al-Qur'an dapat diketahui apakah bentuk ni'mat-ni'mat yang pernah Allah kurniakan kepada mereka. Ia antara lainnya adalah seperti berikut:
Minit 18

An-Nisa' 4:54
أَمْ يَحْسُدُونَ ٱلنَّاسَ عَلَىٰ مَآ ءَاتَىٰهُمُ ٱللَّهُ مِن فَضْلِهِۦۖ فَقَدْ ءَاتَيْنَآ ءَالَ إِبْرَٰهِيمَ ٱلْكِتَٰبَ وَٱلْحِكْمَةَ وَءَاتَيْنَٰهُم مُّلْكًا عَظِيمًا 
Bermaksud: Atau patutkah mereka berdengki kepada manusia (Nabi Muhammad dan umatnya) disebabkan ni'mat (pangkat Nabi dan agama Islam) yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka dari limpah kurniaNya? Sesungguhnya Kami telah memberikan kepada keluarga Ibrahim Kitab (agama) dan hikmat (pangkat Nabi), dan kami telah memberikan kepada mereka kerajaan yang besar.
-kerajaan yang besarمُّلْكًا عَظِيمًا 

Thaa Ha 20:80
يَٰبَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ قَدْ أَنجَيْنَٰكُم مِّنْ عَدُوِّكُمْ وَوَٰعَدْنَٰكُمْ جَانِبَ ٱلطُّورِ ٱلْأَيْمَنَ وَنَزَّلْنَا عَلَيْكُمُ ٱلْمَنَّ وَٱلسَّلْوَىٰ 
Bermaksud: Wahai Bani lsrail! Sesungguhnya Kami telah menyelamatkan kamu dari musuhmu, dan Kami telah janjikan kamu (dengan memberi wahyu kepada Nabi Musa) di sebelah kanan Gunung Tursina itu dan kami telah turunkan kepadamu"Manna" dan "Salwa".


Al-Baqarah 2:49
وَإِذْ نَجَّيْنَٰكُم مِّنْ ءَالِ فِرْعَوْنَ يَسُومُونَكُمْ سُوٓءَ ٱلْعَذَابِ يُذَبِّحُونَ أَبْنَآءَكُمْ وَيَسْتَحْيُونَ نِسَآءَكُمْۚ وَفِى ذَٰلِكُم بَلَآءٌ مِّن رَّبِّكُمْ عَظِيمٌ 
Al-Baqarah 2:50
وَإِذْ فَرَقْنَا بِكُمُ ٱلْبَحْرَ فَأَنجَيْنَٰكُمْ وَأَغْرَقْنَآ ءَالَ فِرْعَوْنَ وَأَنتُمْ تَنظُرُونَ 
Bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Kami selamatkan kamu dari Fir'aun dan pengikut-pengikutnya; mereka menimpakan kepadamu siksaan yang seberat-beratnya, mereka menyembelih anak-anak lelakimu dan membiarkan hidup anak-anak perempuanmu. Dan pada yang demikian itu terdapat cobaan-cobaan yang besar dari Tuhanmu.(49).
Dan (ingatlah), ketika Kami belah laut untukmu, lalu Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Fir'aun bersama-sama pengikut-pengikutnya sedang kamu sendiri menyaksikannya.(50)

Al-Qasas 28:5
وَنُرِيدُ أَن نَّمُنَّ عَلَى ٱلَّذِينَ ٱسْتُضْعِفُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ أَئِمَّةً وَنَجْعَلَهُمُ ٱلْوَٰرِثِينَ 
Al-Qasas 28:6
وَنُمَكِّنَ لَهُمْ فِى ٱلْأَرْضِ وَنُرِىَ فِرْعَوْنَ وَهَٰمَٰنَ وَجُنُودَهُمَا مِنْهُم مَّا كَانُوا۟ يَحْذَرُونَ 
Bermaksud: Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin- pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya).(5).
Dan Kami hendak memberi kepada mereka kedudukan yang kukuh di negeri itu, serta hendak memperlihatkan kepada Firaun dan Haman bersama-sama tentera mereka apa yang mereka bimbangkan dari golongan yang tertindas itu.(6). 

-dalam ayat2 ini nampak nikmat2 besar yang khusus untuk mereka.
-Ibrahim datuk mereka dapat kitab, Ishak bapa juga nabi , Yaakub juga nabi.
-kerajaan yang besarمُّلْكًا عَظِيمًا 
- anugerah yang besar dari Allah.
- contoh, Singapura hanya sebuah shj kereta , negeri sempit, air bersih pun kena tumpang air dari Malaysia.
Anak di China hanya seorang sahaja...Malaysia tiada sekatan mempunyai anak..
Minit 27
- Allah turunkan manna(seperti agar2 yang melekat dan sangat banyak khasiat, cendawan sebahagian dari man) dan salwa (burung mudah diambil dwri yang sedang terbang)
-Al-Baqarah 2:49
وَإِذْ نَجَّيْنَٰكُم مِّنْ ءَالِ فِرْعَوْنَ يَسُومُونَكُمْ سُوٓءَ ٱلْعَذَابِ يُذَبِّحُونَ أَبْنَآءَكُمْ وَيَسْتَحْيُونَ نِسَآءَكُمْۚ وَفِى ذَٰلِكُم بَلَآءٌ مِّن رَّبِّكُمْ عَظِيمٌ 
Al-Baqarah 2:50
وَإِذْ فَرَقْنَا بِكُمُ ٱلْبَحْرَ فَأَنجَيْنَٰكُمْ وَأَغْرَقْنَآ ءَالَ فِرْعَوْنَ وَأَنتُمْ تَنظُرُونَ 
Bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Kami selamatkan kamu dari Fir'aun dan pengikut-pengikutnya; mereka menimpakan kepadamu siksaan yang seberat-beratnya, mereka menyembelih anak-anak lelakimu dan membiarkan hidup anak-anak perempuanmu. Dan pada yang demikian itu terdapat cobaan-cobaan yang besar dari Tuhanmu.(49).
Dan (ingatlah), ketika Kami belah laut untukmu, lalu Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Fir'aun bersama-sama pengikut-pengikutnya sedang kamu sendiri menyaksikannya.(50)
-tidakkah itu nikmat yang sangat besar?

-kita pun ada janji dengan Allah  melalui Nabi dan syahadah.
⁸⁹ untuk menyatakan kebenaran dan menegakkannya. Ia disebutkan dengan jelas didalam firman Allah berikut:
-untuk menyatakan kebenaran. 

Aali-Imran 3:187
وَإِذْ أَخَذَ ٱللَّهُ مِيثَٰقَ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَٰبَ لَتُبَيِّنُنَّهُۥ لِلنَّاسِ وَلَا تَكْتُمُونَهُۥ فَنَبَذُوهُ وَرَآءَ ظُهُورِهِمْ وَٱشْتَرَوْا۟ بِهِۦ ثَمَنًا قَلِيلًاۖ فَبِئْسَ مَا يَشْتَرُونَ 
Bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari orang-orang yang telah diberikan Kitab (iaitu): Demi sesungguhnya! Hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada umat manusia dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya. Kemudian mereka membuang (perjanjian setia) itu ke belakang mereka, serta mereka menukarnya dengan mengambil faedah dunia yang sedikit. Maka amatlah buruknya apa yang mereka dapati dari penukaran (Kalamullah dan  janjiNya) itu.
- ini janji "Demi sesungguhnya!"
-Sejarah Islam jadi hina , bila umat Islam letak ajaran Islam dibelakang.
- bila empayar Rom dan Parsi jatuh ke tangan Islam?
Ketika mereka jadikan quran dan ajaran nabi sebagai panduan.
Itu sejarah.dan akan berulang lagi
Minit 45

⁹⁰  Janji Allah untuk Bani Israil (Ahli Kitab) jika mereka memenuhi janji setia mereka kepadaNya, disebutkan dengan jelas di dalam dua ayat berikut:


Al-Ma'idah 5:65
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ ٱلْكِتَٰبِ ءَامَنُوا۟ وَٱتَّقَوْا۟ لَكَفَّرْنَا عَنْهُمْ سَيِّـَٔاتِهِمْ وَلَأَدْخَلْنَٰهُمْ جَنَّٰتِ ٱلنَّعِيمِ 
Al-Ma'idah 5:66
وَلَوْ أَنَّهُمْ أَقَامُوا۟ ٱلتَّوْرَىٰةَ وَٱلْإِنجِيلَ وَمَآ أُنزِلَ إِلَيْهِم مِّن رَّبِّهِمْ لَأَكَلُوا۟ مِن فَوْقِهِمْ وَمِن تَحْتِ أَرْجُلِهِمۚ مِّنْهُمْ أُمَّةٌ مُّقْتَصِدَةٌۖ وَكَثِيرٌ مِّنْهُمْ سَآءَ مَا يَعْمَلُونَ 
Bermaksud: Dan sekiranya Ahli Kitab beriman dan bertaqwa, niscaya Kami tutup(ampunkan) kesalahan-kesalahan mereka dan Kami masukkan mereka ke dalam syurga-syurga yang penuh ni'mat.(65).
Dan sekiranya mereka bersungguh-sungguh menjalankan (hukum) Taurat, Injil dan(Al-Quran) yang diturunkan kepada mereka dari Tuhan mereka, niscaya mereka dapat memakan (rezeki yang melimpah ruah) dari atas dan dari bawah kaki mereka. Diantara mereka ada golongan yang sederhana (baik).Tetapi kebanyakan mereka jahat sekali perbuatannya.(66)
- ampun dosa ini perkara besar untuk anak Adam.
- dunia nombor 2.
-akhirat 1
- janji dalam dunia.
- dari atas yakni air hujan..tapi masih bercampur kebaikan dan keburukan
- mereka bina dunia mereka atas kezaliman.tuhan sebut.

57

⁹¹ Kerana tidak ada sesuatu yang patut ditakuti selain Allah. Allah berfirman:

An-Nahl 16:52
وَلَهُۥ مَا فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَلَهُ ٱلدِّينُ وَاصِبًاۚ أَفَغَيْرَ ٱللَّهِ تَتَّقُونَ 
Bermaksud: Dan bagiNyalah (hak milik) segala yang ada di langit dan di bumi dan kepadanya sahaja tertentu ibadat dan ketaatan selama-lamanya; (sesudah kamu mengetahui yang demikian) maka tidaklah patut kamu takut kepada yang lain dari Allah.

Al-Baqarah 2:41
وَءَامِنُوا۟ بِمَآ أَنزَلْتُ مُصَدِّقًا لِّمَا مَعَكُمْ وَلَا تَكُونُوٓا۟ أَوَّلَ كَافِرٍۭ بِهِۦۖ وَلَا تَشْتَرُوا۟ بِـَٔايَٰتِى ثَمَنًا قَلِيلًا وَإِيَّٰىَ فَٱتَّقُونِ 
Dan berimanlah kamu kepada apa yang telah Aku turunkan (Al-Quran), yang membenarkan apa yang ada padamu (Taurat),⁹² dan janganlah kamu menjadi orang yang pertama kafir kepadanya, dan janganlah kamu menukarkan ayat-ayatKu dengan harga yang rendah,⁹³ dan bertaqwalah kepadaku sahaja.[41].

⁹²  berupa ajaran syari'at yang benar yang pernah diturunkan kepada Nabi Musa dahulu, bukan semua ajaran dan fahaman yang terkandung di dalam Kitab Taurat yang telah diselewengkan. Justeru Allah juga berfirman:
-sifat mana yang menjaga mengawal alquran
-jika quran tak datang
Al-Ma'idah 5:48
وَأَنزَلْنَآ إِلَيْكَ ٱلْكِتَٰبَ بِٱلْحَقِّ مُصَدِّقًا لِّمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ ٱلْكِتَٰبِ وَمُهَيْمِنًا عَلَيْهِۖ فَٱحْكُم بَيْنَهُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُۖ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَآءَهُمْ عَمَّا جَآءَكَ مِنَ ٱلْحَقِّۚ لِكُلٍّ جَعَلْنَا مِنكُمْ شِرْعَةً وَمِنْهَاجًاۚ وَلَوْ شَآءَ ٱللَّهُ لَجَعَلَكُمْ أُمَّةً وَٰحِدَةً وَلَٰكِن لِّيَبْلُوَكُمْ فِى مَآ ءَاتَىٰكُمْۖ فَٱسْتَبِقُوا۟ ٱلْخَيْرَٰتِۚ إِلَى ٱللَّهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعًا فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ 
Bermaksud: Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran)dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu) dan janganlah engkau mengikut kehendak hawanafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu berupa kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) satu syari'at dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing) dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang satu pemikiran, satu kecerdasan, satu syari'at, satu kepentingan hidup dan sebagainya), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menggunakan) apa yang telah diberikanNya kepadamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan. Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, lalu Dia akan memberitahu kepada mu apa yang kamu berselisihan padanya.
- peranan quran ialah membawa kebenaran, membenarkan kitab suci sebelumnya atau untuk menjaga dan mengawasi kitab dulu dari di selewengkan. Jadi bila baca quran akan boleh dipastikan bahagian yang telah diselewengan , baik dalam bab ketuhanan, kenabian juga halal haram.
-mereka kenal nabi seperti mereka kenal anak-anak mereka.

⁹³ Maksudnya ialah janganlah kamu mengambil sesuatu daripada harta benda dunia dengan menyembunyikan ajaran-ajaran yang benar, biar bagaimana banyak sekalipun harta benda dunia itu. Kerana Allah telah berfirman:

An-Nisa' 4:77
قُلْ مَتَٰعُ ٱلدُّنْيَا قَلِيلٌ وَٱلْءَاخِرَةُ خَيْرٌ لِّمَنِ ٱتَّقَىٰ وَلَا تُظْلَمُونَ فَتِيلًا 
Bermaksud: Katakanlah: Kesenangan dunia ini hanya sedikit. Dan akhiratlah yang lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Dan kamu tidak akan dianiaya sedikitpun.

An-Nahl 16:95
وَلَا تَشْتَرُوا۟ بِعَهْدِ ٱللَّهِ ثَمَنًا قَلِيلًاۚ إِنَّمَا عِندَ ٱللَّهِ هُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ 
An-Nahl 16:96
مَا عِندَكُمْ يَنفَدُۖ وَمَا عِندَ ٱللَّهِ بَاقٍۗ وَلَنَجْزِيَنَّ ٱلَّذِينَ صَبَرُوٓا۟ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ 
Bermaksud: Dan janganlah kamu tukar perjanjianmu dengan Allah dengan harga yang sedikit (murah), sesungguhnya apa yang ada di sisi Allah, itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.(95).
Apa yang ada padamu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal. Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.(96).
-ini bukti harta dunia tiada nilai jika menyelewengkan ajaran agama.
- jika jaga agama Allah , Allah akan bagi balasan yang lebih baik  jika bersabar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan