Isnin, November 29, 2021

Tafsir quran dgn quran sesi 016s

Tafsir quran dgn quran sesi 016s

Al-Baqarah 2:47
يَٰبَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ ٱذْكُرُوا۟ نِعْمَتِىَ ٱلَّتِىٓ أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ وَأَنِّى فَضَّلْتُكُمْ عَلَى ٱلْعَٰلَمِينَ 
Al-Baqarah 2:48
وَٱتَّقُوا۟ يَوْمًا لَّا تَجْزِى نَفْسٌ عَن نَّفْسٍ شَيْـًٔا وَلَا يُقْبَلُ مِنْهَا شَفَٰعَةٌ وَلَا يُؤْخَذُ مِنْهَا عَدْلٌ وَلَا هُمْ يُنصَرُونَ 
Al-Baqarah 2:49
وَإِذْ نَجَّيْنَٰكُم مِّنْ ءَالِ فِرْعَوْنَ يَسُومُونَكُمْ سُوٓءَ ٱلْعَذَابِ يُذَبِّحُونَ أَبْنَآءَكُمْ وَيَسْتَحْيُونَ نِسَآءَكُمْۚ وَفِى ذَٰلِكُم بَلَآءٌ مِّن رَّبِّكُمْ عَظِيمٌ 
Al-Baqarah 2:50
وَإِذْ فَرَقْنَا بِكُمُ ٱلْبَحْرَ فَأَنجَيْنَٰكُمْ وَأَغْرَقْنَآ ءَالَ فِرْعَوْنَ وَأَنتُمْ تَنظُرُونَ 
Al-Baqarah 2:51
وَإِذْ وَٰعَدْنَا مُوسَىٰٓ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً ثُمَّ ٱتَّخَذْتُمُ ٱلْعِجْلَ مِنۢ بَعْدِهِۦ وَأَنتُمْ ظَٰلِمُونَ 
Al-Baqarah 2:52
ثُمَّ عَفَوْنَا عَنكُم مِّنۢ بَعْدِ ذَٰلِكَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ 
Bermaksud: Wahai Bani Israil, kenangilah ni'matKu yang telah Aku kurniakan  kepadamu,⁹⁹ dan (ingatlah) bahawasanya Aku telah melebihkan (nenek-moyang) kamu (yang taat dahulu) atas orang-orang lain (yang ada pada zamannya).[47].
Dan peliharalah dirimu dan (azab sengsara) hari (akhirat), yang seseorang tidak dapat melepaskan orang lain (yang berdosa) sedikitpun (dari balasan azab),tidak diterima syafaat daripadanya¹⁰⁰  dan tidak pula diambil daripadanya  sebarang tebusan dan mereka (yang bersalah itu) tidak akan diberi sebarang pertolongan.¹⁰¹ [48].
Dan (ingatlah) ketika Kami selamatkan kamu dari Fir'aun dan kuncu-kuncunya; mereka menimpakan kepadamu siksaan yang seberat-beratnya,mereka menyembelih anak-anak lelakimu dan membiarkan hidup anak-anak perempuanmu. Dan pada yang demikian itu terdapat cobaan yang besar dari Tuhanmu.¹⁰² [49]
Dan (ingatlah), ketika Kami belah laut untukmu, lalu Kami selamatkan kamu¹⁰³ dan Kami tenggelamkan (Fir'aun) dan kuncu-kuncunya sedang kamu sendiri menyaksikan (peristiwa itu).¹⁰⁴ [50].
Dan (ingatlah) ketika kami berjanji kepada (Nabi) Musa empat puluh malam(untuk memberikan Kitab Taurat).¹⁰⁵ Kemudian, setelah ia pergi (ke Thursina),kamu menyembah (patung) anak lembu dan kamu sebenarnya orang-orang yang zalim (terhadap diri sendiri).[51].
Kemudian sesudah itu Kami maafkan kesalahanmu agar kamu bersyukur. [52].

- sebelum ini nikmat disebut secara ijmal(borong) kini disebut satu persatu nikmat Allah.
- semoga ini akan menambah rasa sedar diri dan bersyukur.
- siapa Bani Israel?
Anak cucu Nabi Yaakud.
Kitab2 Bani Israel ialah Taurat, Zabur dan Injil.


Bermaksud: Wahai Bani Israil, kenangilah ni'matKu yang telah Aku kurniakan  kepadamu,⁹⁹ dan (ingatlah) bahawasanya Aku telah melebihkan (nenek-moyang) kamu (yang taat dahulu) atas orang-orang lain (yang ada pada zamannya).[47].
- mereka lebih, sebab diberi nikmat memimpin keagamaan dan keduniaan
- ini nikmat pertama, jadi raja dan merdeka
- memerintah dunia satu nikmat yang besar.
- itu adalah nikmat kerajaan.
- ada bangsa2 yang telah kehilangan kerajaan.
- Baitulmaqdis , Syria, Mesir adalah wilayah pemerintah Bani Israel  tetapi telah lenyap.
-Kitab2 Bani Israel ialah Taurat, Zabur dan Injil. ini satu lagi kelebihannya.
Minit 18
-penghapusan etnik berlaku...

⁹⁹ Melalui beberapa ayat selepas ini, iaitu daripada ayat ke-49 hingga ayat ke-58 dan seterusnya ayat ke-60 Allah menerangkan sebahagian daripada ni'matNya kepada Bani Israil. Lihat juga nota ⁸⁸ sebelum ini.


Al-Baqarah 2:48
وَٱتَّقُوا۟ يَوْمًا لَّا تَجْزِى نَفْسٌ عَن نَّفْسٍ شَيْـًٔا وَلَا يُقْبَلُ مِنْهَا شَفَٰعَةٌ وَلَا يُؤْخَذُ مِنْهَا عَدْلٌ وَلَا هُمْ يُنصَرُونَ
Dan peliharalah dirimu dan (azab sengsara) hari (akhirat), yang seseorang tidak dapat melepaskan orang lain (yang berdosa) sedikitpun (dari balasan azab), tidak diterima syafaat daripadanya¹⁰⁰  dan tidak pula diambil daripadanya  sebarang tebusan dan mereka (yang bersalah itu) tidak akan diberi sebarang pertolongan.¹⁰¹ [48].
- ini ancaman
- ada azab dalam dunia lagi, kita manusia tak boleh buat apa.
- olehsebab itu jangan main-main .
Minit 26

¹⁰⁰ Zahir ayat ini menunjukkan tiada langsung syafa'at diterima pada hari kiamat nanti. Tetapi beberapa ayat lain menjelaskan syafa'at(pertolongan) yang tidak diterima itu ialah syafa'at untuk orang-orang kafir atau syafa'at untuk orang-orang yang tidak diizin dan dibenarkan oleh Allah s.w.t. Adapun syafa'at untuk orang-orang mu'min dengan izin Allah, maka ia terbukti ada berdasarkan al-Qur'an, as-Sunnah dan Ijma'. Antara bukti daripada al-Qur'an tentang orang-orang kafir tidak akan mendapat syafa'at ialah beberapa firman Allah berikut:
Al-Anbiya 21:28
يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلَا يَشْفَعُونَ إِلَّا لِمَنِ ٱرْتَضَىٰ وَهُم مِّنْ خَشْيَتِهِۦ مُشْفِقُونَ 
Bermaksud: Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka (malaikat) dan yang di belakang mereka, dan mereka tiada memberi syafa'at melainkan kepada orang yang diredhai Allah, dan mereka itu selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya.
-malaikat antara mahkluk yang boleh memberi syafaat tetapi hanya untuk orang yang diredai Allah.
- siapa orang yang diredai Allah?وَلَا يَرْضَىٰ لِعِبَادِهِ ٱلْكُفْرَۖ Dia tidak meridhai kekafiran, iaitu yang tidak kafir.ini buktinya.
Az-Zumar 39:7
إِن تَكْفُرُوا۟ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَنِىٌّ عَنكُمْۖ وَلَا يَرْضَىٰ لِعِبَادِهِ ٱلْكُفْرَۖ وَإِن تَشْكُرُوا۟ يَرْضَهُ لَكُمْۗ وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰۗ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّكُم مَّرْجِعُكُمْ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَۚ إِنَّهُۥ عَلِيمٌۢ بِذَاتِ ٱلصُّدُورِ 
Jika kamu kafir (ketahuilah) maka sesungguhnya Allah tidak memerlukanmu dan Dia tidak meridhai kekafiran hamba-hamba-Nya. Jika kamu bersyukur, Dia meridhai kesyukuranmu itu. Seseorang yang berdosa tidak memikul dosa orang lain. Kemudian kepada Tuhanmulah kembalimu lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. Sungguh, Dia Maha Mengetahui apa yang tersimpan dalam dada(mu).
Minit35


Sedia dima'lumi bahawa orang-orang kafir tidak diredhai Allah kerana kekufuran mereka. 
- redai perkara lain kehendak perkara lain. 
-manusia diberi kebebasan memilih.
Allah berfirman:
Az-Zumar 39:7
إِن تَكْفُرُوا۟ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَنِىٌّ عَنكُمْۖ وَلَا يَرْضَىٰ لِعِبَادِهِ ٱلْكُفْرَۖ وَإِن تَشْكُرُوا۟ يَرْضَهُ لَكُمْۗ وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰۗ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّكُم مَّرْجِعُكُمْ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَۚ إِنَّهُۥ عَلِيمٌۢ بِذَاتِ ٱلصُّدُورِ 
Bermaksud: Jika kamu kafir, maka sesungguhnya Allah tidak memerlukan (iman) mu dan Dia tidak meredhai kekufuran bagi hambaNya; dan jika kamu bersyukur, niscaya Dia meredhai bagimu kesyukuranmu itu; dan seseorang (manusia /jin) yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Kemudian kepada Tuhanmulah kembalimu, lalu Dia memberitahu kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yang tersimpan di dalam dadamu. 

Allah s.w.t. juga membenarkan kata-kata orang-orang kafir pada hari kiamat kelak bahawa mereka tidak mempunyai seorang pun pemberi syafa'at melalui firmanNya ini:

Asy-Syu'ara' 26:100 فَمَا لَنَا مِن شَٰفِعِينَ 
Bermaksud: Maka kami (orang kafir) tidak mempunyai pemberi syafa'at seorangpun.

Pada tempat lain pula Allah berfirman
Al-Muddatstsir 74:48 فَمَا تَنفَعُهُمْ شَفَٰعَةُ ٱلشَّٰفِعِينَ  
Bermaksud: Maka tidak berguna lagi bagi mereka syafa'at dari orang-orang yang memberikan syafa'at.

Berkenaan dengan syafa'at tidak dibenarkan tanpa izinNya pula Allah berfirman:
Al-Baqarah 2:255مَن ذَا ٱلَّذِى يَشْفَعُ عِندَهُۥٓ إِلَّا بِإِذْنِهِۦۚ
..Bermaksud: Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisiNya (Allah) tanpa izinNya...

An-Najm 53:26
وَكَم مِّن مَّلَكٍ فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ لَا تُغْنِى شَفَٰعَتُهُمْ شَيْـًٔا إِلَّا مِنۢ بَعْدِ أَن يَأْذَنَ ٱللَّهُ لِمَن يَشَآءُ وَيَرْضَىٰٓ 
Bermaksud: Dan berapa banyaknya malaikat di langit, syafa'at mereka sedikitpun tidak berguna, kecuali sesudah Allah mengizinkan bagi sesiapa yang dikehendaki dan diredhaiNya.
-bab syafaat akan bersama antara izin dan reda.

Thaa Ha 20:109
يَوْمَئِذٍ لَّا تَنفَعُ ٱلشَّفَٰعَةُ إِلَّا مَنْ أَذِنَ لَهُ ٱلرَّحْمَٰنُ وَرَضِىَ لَهُۥ قَوْلًا 
Bermaksud: Pada hari itu, tidak berfaedah syafaat (dari dan kepada sesiapapun) kecuali dari orang yang diizinkan oleh Allah yang melimpah-limpah rahmatNya dan kepada orang yang diredai perkataannya.

Yunus 10:3
إِنَّ رَبَّكُمُ ٱللَّهُ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ فِى سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ ٱسْتَوَىٰ عَلَى ٱلْعَرْشِۖ يُدَبِّرُ ٱلْأَمْرَۖ مَا مِن شَفِيعٍ إِلَّا مِنۢ بَعْدِ إِذْنِهِۦۚ ذَٰلِكُمُ ٱللَّهُ رَبُّكُمْ فَٱعْبُدُوهُۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ 
Bermaksud: Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa kemudian Dia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan segala urusan. Tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi syafaat melainkan sesudah diizinkanNya. (Yang bersifat demikian) itulah Allah, Tuhan (yang memelihara dan mentadbirkan keadaan) kamu; maka tunduklah dan taatlah kamu kepada perintahNya;patutkah kamu setelah mengetahui kenyataan yang tersebut tidak mahu mengingatNya?
- beberapa ayat ini sama menunjukan orang kafir tidak akan dapat syafaat atau orang Islam yang tidak layak.
-An-Naba' 78:23 لَّٰبِثِينَ فِيهَآ أَحْقَابًا 
Mereka tinggal di sana dalam masa yang lama (beberapa puluh tahun).
-neraka tempat mencuci dosa bagi orang yang beriman.




¹⁰¹ Hari itu digambarkan oleh Allah di dalam firmanNya yang lain begini:
'Abasa 80:34 يَوْمَ يَفِرُّ ٱلْمَرْءُ مِنْ أَخِيهِ 
'Abasa 80:35 وَأُمِّهِۦ وَأَبِيهِ وَأُمِّهِۦ وَأَبِيهِ 
'Abasa 80:36 وَصَٰحِبَتِهِۦ وَبَنِيهِ 
'Abasa 80:37 لِكُلِّ ٱمْرِئٍ مِّنْهُمْ يَوْمَئِذٍ شَأْنٌ يُغْنِيهِ 
Bermaksud: pada hari ketika manusia lari dari saudaranya, (34) 
dari ibu dan bapanya,(35) 
dari isteri dan anak-anaknya. (36). 
Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkannya. (37). 
Minit 52
- masing2 sibuk 

Menda'wa ada sesuatu atau orang-orang tertentu yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah kepada orang-orang kafir atau tanpa izinNya merupakan suatu pembohongan dan kekufuran. Allah berfirman:

Yunus 10:18
وَيَعْبُدُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ مَا لَا يَضُرُّهُمْ وَلَا يَنفَعُهُمْ وَيَقُولُونَ هَٰٓؤُلَآءِ شُفَعَٰٓؤُنَا عِندَ ٱللَّهِۚ قُلْ أَتُنَبِّـُٔونَ ٱللَّهَ بِمَا لَا يَعْلَمُ فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَلَا فِى ٱلْأَرْضِۚ سُبْحَٰنَهُۥ وَتَعَٰلَىٰ عَمَّا يُشْرِكُونَ 
Bermaksud: Dan mereka menyembah selain daripada Allah, (iaitu) sesuatu yang tidak dapat mendatangkan mudharat kepada mereka dan tidak (juga) dapat mendatangkan manfa'at, dan mereka pula berkata: "Mereka (yang kami sembah itu) ialah pemberi-pemberi syafa'at kepada kami di sisi Allah." Katakanlah (wahai Muhammad):"Adakah kamu hendak memberitahu kepada Allah apa yang Dia tidak mengetahui adanya di langit dan di bumi (padahal Allah mengetahui segala-galanya)? Maha Suci Allah dan Maha Tinggi (keadaanNya) dari apa yang mereka sekutukan (itu).
- didunia sudah ada keadaan yang tidak boleh diberi pertolongan.

Antara nikmat Allah kepada Bani Israel selamat dari disembelih oleh firaun.


Dan (ingatlah) ketika Kami selamatkan kamu dari Fir'aun dan kuncu-kuncunya; mereka menimpakan kepadamu siksaan yang seberat-beratnya,mereka menyembelih anak-anak lelakimu dan membiarkan hidup anak-anak perempuanmu. Dan pada yang demikian itu terdapat cobaan yang besar dari Tuhanmu.¹⁰² [49]
-selamat sangat besar nikmat Allah.
-ikut nabi akan selamat.

¹⁰² Untuk apa Allah menguji dan mencoba Bani Israil secara khususnya dan manusia secara umumnya sebegitu rupa. Tidak disebutkan di dalam ayat ke-49 Surah al-Baqarah ini, namun tujuan dan hikmahnya disebut Allah di firmanNya ini:
Al-A'raf 7:168
وَقَطَّعْنَٰهُمْ فِى ٱلْأَرْضِ أُمَمًاۖ مِّنْهُمُ ٱلصَّٰلِحُونَ وَمِنْهُمْ دُونَ ذَٰلِكَۖ وَبَلَوْنَٰهُم بِٱلْحَسَنَٰتِ وَٱلسَّيِّـَٔاتِ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ 
Bermaksud: Dan Kami pecah-pecahkan mereka (kaum Yahudi itu) berpuak-puak (yang bertaburan di merata-rata) dunia ini. Di antara mereka ada yang shaleh dan diantaranya juga yang tidak demikian dan kami uji mereka dengan nikmat yang baik-baik dan bala bencana yang buruk-buruk, supaya mereka kembali (kepada kebenaran dan bertaubat).
-hikmat ujian adalah  supaya manusia kembali ke pangkal jalan atau kepada Allah.
-Ar-Rum 30:41
ظَهَرَ ٱلْفَسَادُ فِى ٱلْبَرِّ وَٱلْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِى ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ ٱلَّذِى عَمِلُوا۟ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ 
Telah tampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki agar mereka merasakan sebagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).
-nikmat akan hilang bila diuji nikmat dengan tidak bersyukur tetapi kufur.
- diuji dengan keburukan tidak bertaubat, sedangkan itu boleh menghancurkan umat.
-jangan terus buat jahat..
- dunia tempat ujian. Supaya manusia insaf.


Dan (ingatlah), ketika Kami belah laut untukmu, lalu Kami selamatkan kamu¹⁰³ dan Kami tenggelamkan (Fir'aun) dan kuncu-kuncunya sedang kamu sendiri menyaksikan (peristiwa itu).¹⁰⁴ [50].

¹⁰³ Tidak dijelaskan di sini bagaimana cara Allah membelah laut untuk mereka dan bagaimana mereka diselamatkan. Tetapi di dalam beberapa ayat yang lain Allah menjelaskannya. Lihat ayat-ayat berkenaan dii bawah ini:

Asy-Syu'ara' 26:63
فَأَوْحَيْنَآ إِلَىٰ مُوسَىٰٓ أَنِ ٱضْرِب بِّعَصَاكَ ٱلْبَحْرَۖ فَٱنفَلَقَ فَكَانَ كُلُّ فِرْقٍ كَٱلطَّوْدِ ٱلْعَظِيمِ 
Bemaksud: Lalu Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Pukullah laut itu dengan tongkatmu." (Setelah dipukul) maka terbelahlah laut itu dan menjadilah air tiap-tiap bahagian yang terbelah (dua) itu terangkat (membeku) seperti gunung yang besar.

Thaa Ha 20:77
وَلَقَدْ أَوْحَيْنَآ إِلَىٰ مُوسَىٰٓ أَنْ أَسْرِ بِعِبَادِى فَٱضْرِبْ لَهُمْ طَرِيقًا فِى ٱلْبَحْرِ يَبَسًا لَّا تَخَٰفُ دَرَكًا وَلَا تَخْشَىٰ 
Bermaksud: Dan sesungguhnya Kami telah wahyukan kepada (Nabi) Musa:"Hendaklah engkau membawa hamba-hambaKu (kaummu) keluar pada waktu malam, kemudian pukullah air laut (dengan tongkatmu), untuk mengadakan jalan yang kering bagi mereka di laut itu; janganlah engkau menaruh bimbang akan ditangkap oleh musuh dan jangan pula engkau takut (akan tenggelam).
-ini cara Allah belah laut.
-Allah suruh Nabi Musa ketuk laut.
1jam 13 minit

¹⁰⁴ Bagaimanakah perihal Fir'aun dan bala tenteranya ditenggelamkan, tidak juga diterangkan di sini. Tetapi ia diterangkan pada beberapa tempat yang lain di dalam al-Qur'an. Lihat ayat-ayat berkenaan di bawah ini:

Asy-Syu'ara' 26:60 فَأَتْبَعُوهُم مُّشْرِقِينَ 
Asy-Syu'ara' 26:61 فَلَمَّا تَرَٰٓءَا ٱلْجَمْعَانِ قَالَ أَصْحَٰبُ مُوسَىٰٓ إِنَّا لَمُدْرَكُونَ 
Asy-Syu'ara' 26:62 قَالَ كَلَّآۖ إِنَّ مَعِىَ رَبِّى سَيَهْدِينِ 
Asy-Syu'ara' 26:63 فَأَوْحَيْنَآ إِلَىٰ مُوسَىٰٓ أَنِ ٱضْرِب بِّعَصَاكَ ٱلْبَحْرَۖ فَٱنفَلَقَ فَكَانَ كُلُّ فِرْقٍ كَٱلطَّوْدِ ٱلْعَظِيمِ 
Asy-Syu'ara' 26:64 وَأَزْلَفْنَا ثَمَّ ٱلْءَاخَرِينَ
Asy-Syu'ara' 26:65 وَأَنجَيْنَا مُوسَىٰ وَمَن مَّعَهُۥٓ أَجْمَعِينَ 
Asy-Syu'ara' 26:66 ثُمَّ أَغْرَقْنَا ٱلْءَاخَرِينَ 
Bermaksud: Maka Fir'aun dan tenteranya pun mengejar mereka ketika matahari terbit.(60).
Setelah kedua-dua kumpulan itu nampak satu sama lain, berkatalah orang-orang(Nabi) Musa: "Sesungguhnya kita akan dapat ditawan." (61)
(Nabi Musa menjawab: Tidak! (Jangan fikir akan berlaku yang demikian)! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku (dengan pemeliharaan dan pertolonganNya), Dia akan menunjuk jalan kepadaku.(62).
Lalu Kami wahyukan kepada (Nabi Musa: "Pukullah laut itu dengan tongkatmu."(Setelah dipukul) maka terbelahlah laut itu dan menjadilah air tiap-tiap bahagian yang terbelah (dua) itu terangkat (membeku) seperti gunung yang besar.(63).
Dan Kami dekatkan golongan yang lain itu ke situ.(64).
Dan Kami selamatkan (Nabi) Musa serta orang-orang yang bersama dengannya, semuanya. (65).
Kemudian Kami tenggelamkan golongan yang lain (yang mengejarnya).(66).
- rentetan itu nampak eluk
1jam 22

Thaa Ha 20:78 فَأَتْبَعَهُمْ فِرْعَوْنُ بِجُنُودِهِۦ فَغَشِيَهُم مِّنَ ٱلْيَمِّ مَا غَشِيَهُمْ 
Bermaksud: Maka Fir'aun dengan bala tentaranya mengejar mereka, lalu mereka ditutup oleh laut yang menenggelamkan mereka.


Ad-Dukhkhan 44:23 فَأَسْرِ بِعِبَادِى لَيْلًا إِنَّكُم مُّتَّبَعُونَ 
Ad-Dukhkhan 44:24 وَٱتْرُكِ ٱلْبَحْرَ رَهْوًاۖ إِنَّهُمْ جُندٌ مُّغْرَقُونَ
Bermaksud: (Allah berfirman): "Bawalah hamba-hambaku (pengikut-pengikutmu) keluar pada waktu malam, sesungguhnya kamu akan dikejar.(23).
Dan tinggalkanlah laut itu dalam keadaan tenang terbelah, Sesungguhnya mereka adalah tentara yang akan ditenggelamkan (24).


Dan (ingatlah) ketika kami berjanji kepada (Nabi) Musa empat puluh malam(untuk memberikan Kitab Taurat).¹⁰⁵ Kemudian, setelah ia pergi (ke Thursina),kamu menyembah (patung) anak lembu dan kamu sebenarnya orang-orang yang zalim (terhadap diri sendiri).[51].
Kemudian sesudah itu Kami maafkan kesalahanmu agar kamu bersyukur. [52].

¹⁰⁵ Tidak dijelaskan di sini janji selama empat puluh malam itu dibuat sekali gus atau secara berperingkat. Tetapi di dalam Surah al-A'raaf dijelaskan bahawa pada mulanya Allah berjanji dengan Musa selama tiga puluh malam sahaja, kemudian Allah menyempurnakannya dengan menambahkan sepuluh malam lagi. Maka jadilah bilangan semua sekali malam empat puluh malam. 
Lihat ayat berkenaan di bawah ini:

Al-A'raf 7:142
وَوَٰعَدْنَا مُوسَىٰ ثَلَٰثِينَ لَيْلَةً وَأَتْمَمْنَٰهَا بِعَشْرٍ فَتَمَّ مِيقَٰتُ رَبِّهِۦٓ أَرْبَعِينَ لَيْلَةًۚ وَقَالَ مُوسَىٰ لِأَخِيهِ هَٰرُونَ ٱخْلُفْنِى فِى قَوْمِى وَأَصْلِحْ وَلَا تَتَّبِعْ سَبِيلَ ٱلْمُفْسِدِينَ 
Bermaksud: Dan kami telah janjikan masa kepada (Nabi) Musa (untuk memberikanTaurat) selama tiga puluh malam, serta Kami genapkan jumlahnya dengan sepuluh malam lagi, lalu sempurnalah waktu yang telah ditentukan oleh Tuhannya empat puluh malam, dan berkatalah (Nabi) Musa kepada saudaranya (Nabi) Harun (semasa keluar menerima Taurat): Gantikanlah aku dalam (urusan memimpin) kaumku dan perbaikilah (keadaan mereka sepeninggalanku) dan janganlah engkau menurut jalan orang-orang yang melakukan kerosakan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan