Rabu, Disember 15, 2021

Bahasa Arab Video YB 01sH001(ba1)

Bahasa Arab Video YB 01sH001

Bahasa arab 1
1.Mengenal ilmu nahu
Dalam alquran terdapat beberapa kata yang sama bentuknya namun dengan harakat (baris akhir) yang berbeza meskipun kata yang sama 
contoh lafaz   الله  
Dalam Basmalah  بِسْمِ ٱللهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ berharakat  kasrah (ِ  )
Dalam ayat qursi ٱللهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلْحَىُّ ٱلْقَيُّومُۚ berharakat dhommah(ُ )
Dalam ayat lain  إِنَّ اللهَ مَعَ ٱلصَّٰبِرِينَ berharakat fathah (َ  )

Perubahan harakat ini tidak sembarangan.
Ada kaedah yang mengatur perubahan harakat akhir kalimah(perkataan) tersebut. Kaedah ini dibahas  dalam ilmu nahu.


Sekali lagi apa itu ilmu nahu?
Kenapa kita harus mempelajarinya?
Kerana ilmu nahu adalah salah satu ilmu cabang bahasa Arab yang menyusun kalimah yang sesuai dengan bahasa Arab.

Ilmu bahasa Arab terdiri dari:
1.Ilmu Nahu
2.Ilmu Shorof
3.Ilmu Balaghah.
4.Ilmu Maani
5.Ilmu Arudh.


Kedua ilmu yang penting yang awal untuk dipelajari  ialah ilmu shorof.
Ilmu shorof adalah ilmu tentang perubahan kata(kalimat) dari suatu bentuk kebentuk yang lain.

Dengan kedua-dua ilmu ini(nahu dan shorof ) kita  dapat mengetahui dan memahami  bagaimana cara membuat kalimat yang sesuai dengan kaedah bahasa Arab resmi.

Adapun jika kita ingin membuat kalimat bahasa yang indah atau tinggi nilai sasteranya maka kita kena mempelajari ilmu balaghah, ilmu maani dan ilmu arudh.

Apa perbezaan ilmu shorof?
Fokus perbahasan ilmu shorof  adalah perubahan kata dari suatu bentuk  ke bentuk  yang lain yang juga di kenali dengan istilah tashrif.
Dengan ilmu shorof, kita boleh mengetahui bentuk kata yang sesuai digunakan untuk kalimat(perkataan)
Sedang ilmu nahu,fokus pada bagaimana kita merangkai kata-kata, menjadi sebuah kalimat yang sempurna baik dari segi susunan kata tersebut atau perubahan akhir barisnya setiap kata yang juga dikenali dengan istilah i'rob.

Apa pentingnya belajar ilmu nahu?
Sebagai seorang muslim, mempelajari bahasa arab suatu keharusan.
Bagaimana kita boleh memahami isi  kandungan alquran bila kita tidak memahami bahasa nya.
Bagaimana kita boleh menyelami hikmah dalam lautan hadits-hadits  Rasullah bila bahasa Arab saja tidak di mengerti.
Allah berfirman;
Yusuf 12:2 إِنَّآ أَنزَلْنَٰهُ قُرْءَٰنًا عَرَبِيًّا لَّعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ 
Sesungguhnya Kami menurunkannya sebagai Qur'an berbahasa Arab, agar kamu memahaminya.

Az-Zumar 39:28  قُرْءَانًا عَرَبِيًّا غَيْرَ ذِى عِوَجٍ لَّعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ 
(Yaitu) Al-Qur'an dalam bahasa Arab, tidak ada kebengkokan (di dalamnya) supaya mereka bertakwa.


Kata Umar:Pelajarilah bahasa Arab kerana bahasa Arab adalah sebahagian dari agama kamu.

Kata Imam Syafie :Orang yang menguasai ilmu nahu maka ia akan dimudahkan untuk memahami seluruh ilmu Islam


Catitan:
Susunan huruf dan baris ialah tentang qawaid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan