Selasa, Disember 28, 2021

Tafsir nota baca 0009(0158-0161)s

Tafsir nota baca 0009(0158-0161)s

Tafsir nota 9(142-143)

Al-Baqarah 2:142
سَيَقُولُ ٱلسُّفَهَآءُ مِنَ ٱلنَّاسِ مَا وَلَّىٰهُمْ عَن قِبْلَتِهِمُ ٱلَّتِى كَانُوا۟ عَلَيْهَاۚ قُل لِّلَّهِ ٱلْمَشْرِقُ وَٱلْمَغْرِبُۚ يَهْدِى مَن يَشَآءُ إِلَىٰ صِرَٰطٍ مُّسْتَقِيمٍ 
Al-Baqarah 2:143
وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَٰكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِّتَكُونُوا۟ شُهَدَآءَ عَلَى ٱلنَّاسِ وَيَكُونَ ٱلرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًاۗ وَمَا جَعَلْنَا ٱلْقِبْلَةَ ٱلَّتِى كُنتَ عَلَيْهَآ إِلَّا لِنَعْلَمَ مَن يَتَّبِعُ ٱلرَّسُولَ مِمَّن يَنقَلِبُ عَلَىٰ عَقِبَيْهِۚ وَإِن كَانَتْ لَكَبِيرَةً إِلَّا عَلَى ٱلَّذِينَ هَدَى ٱللَّهُۗ وَمَا كَانَ ٱللَّهُ لِيُضِيعَ إِيمَٰنَكُمْۚ إِنَّ ٱللَّهَ بِٱلنَّاسِ لَرَءُوفٌ رَّحِيمٌ 

Orang-orang yang bodoh dari kalangan orang ramai akan berkata: "Apakah sebab yang memalingkan mereka (umat Islam) dari qiblat (Baitul Maqdis) yang telah dihadapi mereka (selama ini)?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Timur dan barat adalah kepunyaan Allah; Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus."²²⁴ [142].
Demikianlah pula Kami telah jadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan terpilih²²⁵ supaya kamu menjadi saksi terhadap manusia dan supaya Rasul (Muhammad) menjadi saksi terhadap kamu.²²⁶ Dan Kami tidak jadikan qiblat yang engkau hadapi dahulu²²⁷ (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul (Kami, Muhammad) dan siapa pula yang berbalik ke belakang (kembali kepada kekufuran).²²⁸ Dan sesungguhnya (peralihan arah qiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima), kecuali kepada orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah; dan Allah tidak akan mensia-siakan imanmu.²²⁹ Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia.
[143].

____
²²⁴ Apa itu jalan yang lurus? Jawapannya telah pun diberikan di dalam Surah alFatihah pada ayat ke-6 dan ke-7.

Lihat firman Allah berkenaan:
Al-Fatihah 1:6 ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ
Al-Fatihah 1:7صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ 
Tunjukilah kami jalan yang lurus
Bermaksud: Pimpinlah kami ke jalan yang lurus. (6) 
(iaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. (7). 
(al-Fatihah:6-7).

²²⁵  Maksudnya ialah sebagaimana kamu telah dikurniakan qiblat terbaik, kamu juga telah dijadikan umat yang terpilih Iagi adil. Tujuan kewujudanmu ialah supaya kamu menjadi saksi terhadap  manusia dan supaya Rasul (Muhammad) menjadi saksi terhadapmu. Tujuan yang sama juga tersebut dalam Surah al-Hajj, Allah berfirman:

Al-Hajj 22:78
وَجَٰهِدُوا۟ فِى ٱللَّهِ حَقَّ جِهَادِهِۦۚ هُوَ ٱجْتَبَىٰكُمْ وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِى ٱلدِّينِ مِنْ حَرَجٍۚ مِّلَّةَ أَبِيكُمْ إِبْرَٰهِيمَۚ هُوَ سَمَّىٰكُمُ ٱلْمُسْلِمِينَ مِن قَبْلُ وَفِى هَٰذَا لِيَكُونَ ٱلرَّسُولُ شَهِيدًا عَلَيْكُمْ وَتَكُونُوا۟ شُهَدَآءَ عَلَى ٱلنَّاسِۚ فَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱعْتَصِمُوا۟ بِٱللَّهِ هُوَ مَوْلَىٰكُمْۖ فَنِعْمَ ٱلْمَوْلَىٰ وَنِعْمَ ٱلنَّصِيرُ 
Bermaksud: Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamaNya) dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) menamakanmu: Orang-orang Islam semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasul (Muhammad) meniadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatanmu dan supaya kamu pula layak meniadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tenung yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang dan berilah zakat. serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dialah Pelindung kamu.


Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dialah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan.

Umat Islam, khususnya generasi awal Islam yang terdiri daripada para şahabat Rasulullah s.a.w. merupakan orang-orang yang ditujukan dan dikhitab secara langsung melalui ayat ini oleh Allah s.w.t. dengan firmanNya "kamu”. Mereka dikatakan iaitu umat yang adil lagi terpilih. Firman Allah berikut mengisyaratkan kepada erti tersebut:

Aal-e-Imran 3:110
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِٱلْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ ٱلْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِٱللَّهِۗ وَلَوْ ءَامَنَ أَهْلُ ٱلْكِتَٰبِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُمۚ مِّنْهُمُ ٱلْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ ٱلْفَٰسِقُونَ 
Bermaksud: Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan baui (faedah) umat manusia (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itü beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itü menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. 


 ²²⁶ Tidak dijelaskan di sini tempat dan masa Nabi Muhammad s.a.w. menjadi saksi terhadap para sahabatnya dan umatnya. Tetapi pada dua tempat lain di dalam AlQur'an tersebut dengan jelas bahawa kesaksian itü akan berlaku di hari kiamat nanti. Allah berfirman:
An-Nisa' 4:41
فَكَيْفَ إِذَا جِئْنَا مِن كُلِّ أُمَّةٍۭ بِشَهِيدٍ وَجِئْنَا بِكَ عَلَىٰ هَٰٓؤُلَآءِ شَهِيدًا 
An-Nisa' 4:42
يَوْمَئِذٍ يَوَدُّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ وَعَصَوُا۟ ٱلرَّسُولَ لَوْ تُسَوَّىٰ بِهِمُ ٱلْأَرْضُ وَلَا يَكْتُمُونَ ٱللَّهَ حَدِيثًا 
Bermaksud: Maka bagaimanakah (keadaan orang-orang kafir pada hari akhirat kelak), apabila Kami datangkan dari tiap-tiap umat seorang saksi (iaitu Rasul mereka sendirİ menjadi saksi terhadap perbuatan mereka) dan Kami juga datangkan engkau (wahai Muhammad) sebagai saksi terhadap umatmu ini? (41)
Pada hari itü orang-orang yang kafir dan menderhaka kepada Rasulullah, suka jika mereka disama ratakan dengan tanah (ditelan bumi) dan (ketika itu) mereka tidak dapat menyembunyikan sepatah kata pun dari pengetahuan Allah. (42) 

Allah berfirman lagi:
An-Nahl 16:88
ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ وَصَدُّوا۟ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ زِدْنَٰهُمْ عَذَابًا فَوْقَ ٱلْعَذَابِ بِمَا كَانُوا۟ يُفْسِدُونَ 
Bermaksud: Dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri dan Kami datangkanmu (wahai Muhammad) untuk menjadi 
saksi terhadap mereka ini (umatmu) dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayat petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang menggembirakan, bagi orang-orang Islam. (an-Nahl:89).

²²⁷ Menunjukkan sebelum itu rasulullah s.a.w. (dan para sahabatnya) menghadap ke arah qiblat yang Iain ketika bersembahyang. Buktinya daripada Al-Qur'an sendiri bahawa sebelum menghadap ke arah Ka'bah di Mekah Rasulullah s.a.w. pernah menghadap ke arah qiblat yang Iain, iaitu Baitul Maqdis ialah firman Allah sebelum
Al-Baqarah 2:142  ... مَا وَلَّىٰهُمْ عَن قِبْلَتِهِمُ ٱلَّتِى كَانُوا۟ عَلَيْهَاۚ ...
Bermaksud: Apakah sebab yang memalingkan mereka (umat Islam) dari qiblat (Baitul Maqdis) yang telah dihadapi mereka (selama ini)? 

Walau bagaimanapun perintah Allah yang terang di dalam Al-Qur'an supaya Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya menghadap ke arah Baitul Maqdis langsung tidak tersebut di mana-mana pun. Berbeza keadaannya dengan perintah Allah supaya umat Islam menjadikan Baitillah atau Ka'bah sebagai qiblat mereka ketika bersembahyang. Ia tersebut dengan jelas pada ayat 144, 149 dan 150 selepas ini. Tentu sekali perintah berqiblat ke arah Baitul Maqdis itu telah diberikan oleh Allah melalui hadits atau Sunnah NabiNya Muhammad s.a.w. Dan ini secara tidak langsung menunjukkan kehujahan Sunnah rasulullah s.a.w. dalam Islam, sehingga Allah dengan tegas dan jelas berflrman begini:

Al-Baqarah 2:143.... وَمَا جَعَلْنَا ٱلْقِبْلَةَ ٱلَّتِى كُنتَ عَلَيْهَآ ....
Bermaksud: Dan Kami tidak jadikan qiblat yang engkau hadapi dahulu...

Rupa-rupanya berqiblat kepada Baitul Maqdis itu juga merupakan ketetapan Allah berdasarkan firman Allah ini, meskipun perintah menetapkannya langsung tidak tersebut di dalam Al-Qur'an. Perbuatan Rasulullah s.a.w. menghadap ke arah Baitul Maqdis ketika bershalat dan arahan Baginda kepada para sahabatnya supaya menghadap ke arah Baitul Maqdis ketika bershalat disebut Allah di dalam ayat ini sebagai ketetapanNya sendiri.

²²⁸Beginilah terjemahan yang tepat dan selamat bagi firman Allah:
Al-Baqarah 2:143
 إِلَّا لِنَعْلَمَ مَن يَتَّبِعُ ٱلرَّسُولَ مِمَّن يَنقَلِبُ عَلَىٰ عَقِبَيْهِۚ 
Terjemahan seperti Terjemahan harfiah bagi لِنَعْلَمَ  ialah "supaya Kami mengetahui" ini mungkin menimbulkan kekeliruan kepada sesetengah orang bahawa Allah baru mengetahui perbuatan hamba-hambaNya setelah mengujinya terlebih dahulu. Dia tidak mengetahui tentang sesuatu perkara sebelum ia dilakukan oleh manusia. Sedangkan ujian Allah terhadap manusia bukanlah untuk mendapat pengetahuan daripada reaksinya, sebaliknya untuk membuktikan kebenaran apa yang telah diketahuiNya kepada orang-orang Iain. Antara bukti bahawa Allah tidak mengetahui sesuatu yang belum diketahuiNya melainkan setelah menguji manusia terlebih dahulu ialah firman Allah di dalam Surah Aali 'Imraan ini:

Aal-e-Imran 3:154
ثُمَّ أَنزَلَ عَلَيْكُم مِّنۢ بَعْدِ ٱلْغَمِّ أَمَنَةً نُّعَاسًا يَغْشَىٰ طَآئِفَةً مِّنكُمْۖ وَطَآئِفَةٌ قَدْ أَهَمَّتْهُمْ أَنفُسُهُمْ يَظُنُّونَ بِٱللَّهِ غَيْرَ ٱلْحَقِّ ظَنَّ ٱلْجَٰهِلِيَّةِۖ يَقُولُونَ هَل لَّنَا مِنَ ٱلْأَمْرِ مِن شَىْءٍۗ قُلْ إِنَّ ٱلْأَمْرَ كُلَّهُۥ لِلَّهِۗ يُخْفُونَ فِىٓ أَنفُسِهِم مَّا لَا يُبْدُونَ لَكَۖ يَقُولُونَ لَوْ كَانَ لَنَا مِنَ ٱلْأَمْرِ شَىْءٌ مَّا قُتِلْنَا هَٰهُنَاۗ قُل لَّوْ كُنتُمْ فِى بُيُوتِكُمْ لَبَرَزَ ٱلَّذِينَ كُتِبَ عَلَيْهِمُ ٱلْقَتْلُ إِلَىٰ مَضَاجِعِهِمْۖ وَلِيَبْتَلِىَ ٱللَّهُ مَا فِى صُدُورِكُمْ وَلِيُمَحِّصَ مَا فِى قُلُوبِكُمْۗ [وَٱللَّهُ عَلِيمٌۢ بِذَاتِ ٱلصُّدُورِ ]
Bermaksud: Kemudian sesudah (kamu mengalami kejadian) yang mendukacitakan itu Allah menurunkan kepadamu perasaan aman tenteram, iaitu rasa mengantuk yang meliputi segolongan dari kamu (yang teguh imannya lagi ikhlas), sedang segolongan yang lain yang hanya mementingkan diri sendiri, menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang tidak benar, seperti sangkaan orang-orang jahiliah. Mereka berkata: "Adakah bagi kita sesuatu bahagian dari pertolongan kemenangan yang dijanjikan itu?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya perkara (yang telah dijanjikan) itu semuanya hak Allah, (Dialah sahaja yang berkuasa melakukannya menurut peraturan yang ditetapkanNya)." Mereka sembunyikan dalam hati apa yang mereka tidak nyatakan kepadamu. Mereka berkata (sesama sendiri): "Kalaulah ada sedikit bahagian kita dari pertolongan yang dijanjikan itu tentulah (orang-orang) kita tidak terbunuh di tempat ini?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalau kamu berada di rumahmu sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah ditakdirkan (oleh Allah) akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing dan [(apa yang berlaku di medan perang Uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dadamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hatimu dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada]. 

Di penghujung ayat ini Allah berfirman bahawa Dia (Allah) sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada (manusia). Kalau begitu, tentu sekalilah Dia tidak perlu menguji manusia untuk mengetahui isi hatinya, kerana sememangnya Dia telah pun mengetahui tentangnya. Segala ujian yang diberikan hanyalah untuk membuktikan kepada orang-orang lain semata-mata, selain daripada mempunyai hikmat-hikmat yang lain lagi.

²²⁹ Termasuk shalatmu dan para sahabatmu yang telah menghadap ke arah Baitul Maqdis sebagai qiblat sebelum itu, ia juga tidak akan disia-siakan oleh Allah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan