Rabu, Januari 05, 2022

K999.Macam Mana Nak Latih Anak Agar Luah Kepada Kita?

K999.Macam Mana Nak Latih Anak Agar Luah Kepada Kita?

Satu perkara yang saya sedari bila topik anak memendam rasa dan hanya luah melalui tindakan / tingkahlaku mencabar mereka (tiba-tiba marah, mengamuk, memberontak dll), ialah PELUANG BESAR KITA DALAM SKIL PENTING INI:

Cara bagaimana kita 'groom' atau latih (bentuk) anak agar MAHU berkongsi apa jua dengan kita, hatta perkara kecil dan remeh, yang dia kacau kawan mahupun perkara besar kawan kacau dia.

Ia amat penting sebenarnya. Kecil pada kita, besar pada dia (isu dia),
Besar pada kita, kecil aja pada dia (kepentingan luah dan niat/objektif kita).

Contoh, dia nak cerita kawan dia kacau dia then dia buat camni camtu, padanya ia besar, pada kita remeh kecil aja ni. Dia maybe takut nak share sebab dia buat silap dan tahu reaksi kita bagaimana maka dia memilih pendam aja (kecil pada dia besar pada kita).

Kita nak ajak dia berhenti di kedai dulu beli makanan, baru balik rumah, dia taknak sebab nak pulang cepat tengok tv, besar pada kita kecil pada dia.

(Alah mak / ayah ni, abang nak cepat la, tak kisah la makanan ada ke tak).

Mak pula kata nanti kamu yang bising bila makanan lambat mama masak.

So, dua dua pun penting dan besar, perspektif berbeza aja kan .
.

Mari kita belajar 
(i) mendengar, 
(ii) bertanya, serta 
(iii) meluah kepada anak, akan perasaan kita. Ok.

Ayah PELIK la abang solat laju sangat, macam kartun aja, Hmm sebenarnya tak boleh macam tu, sebab kita nak cakap dengan Allah elok-elok bukan rushing. Ayah nak abang solat elok-elok ok.

Mudahan anak boleh luah perasaan dan pandangan dia yang:
"Ayah, abang tengok kawan buat macam tu ok aja. Lagipun abang nak cepat tengok tv / buat kerja sekolah. Boleh la ayah" (😅 rupanya ya) .

Haa kan perspektif berbeza tu?

Ok. Hubungkan aja neuron dalam brain kita dengan memahami makna di sebalik tingkah laku anak kecil, dengan BERTANYA kepada mereka (ask, don't assume). :D. 

*Saya siap cakap dengan si anak hari ini, penting luah sebab nanti badan abang pendam tenaga tu, stres, jadi sakit (sakit kepala, dada, perut dll lagi, demam ke apa). So luahlah (ni pasal kesihatan mental sebenarnya ni 😄). Ada ramai orang dewasa lelaki, stres sensorang, boleh mati sebab jantung mengejut tau, sebab pendam (antara puncanya lah). Lepas berjaya luah, memang dia nampak lega dan terus 360° sihat dah 😁. Syukur alhamdulillah..... Hai anakku...
.

.
Refleksi,
Maznah Ibrahim

Selamat masuk sekolah kepada anak-anak kita nanti.
Persiapkan mereka ya agar tiada drama nanti :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan