1. merasa berkerja mencari duit sudah cukup untuk anak-anak.
kadangkala saya sebagai ibu berkerja juga turut terdetik rasa begini. Sebenarnya tidak. Anak-anak perlukan kebersamaan , kasih sayang, pelukan dan perhatian seorang ayah.
2. merasakan mengelap air mata atau memeluk anak menajdikan seorang bapa hilang ego dan kredibiliti.
Bukankah Rasulullah saw sering memeluk dan mencium anakanda baginda Fatimah Az zahrah?
3. Mahu anak hormati ayah dengan mewujudkan ketakutan.
Percayalah, kedekatan hati tidak wujud apabila anak sering dalam ketakutan pada susuk seorang ayah.
4. perlu wujudkan jarak agar anak tak pijak kepala.
Apakah ini benar? Sedangkan ikatan hati terbina apabila anak bersedia untuk meluahkan isi hatinya pada kita. Kalau nak luah hati bukankah perlu dekat, bukan jarak?
5. Cukuplah ibu ambil tahu urusan anak.
Tidak dinafikan, kerja itu penat. Ayah rasa penat berkerja biarlah ibu ambil tahu. Kadangkala ibu pun sibuk kerja juga, lepas tu ibu pregnabt pula, lagi penat, akhirnya hal anak-anak 100% pada pembantu rumah atau cikgu..nauzubillah
Alangkah rugi kan, kalau kita hanya sedar perkara ni bila kita sudah tua dan anak-anak sudah berumahtangga. Masa tu kita mahu anak dekat dengan kita, tapi seolah ada sesuatu yang menjarakkan..
Ingatan buat diri sendiri juga sebelum terlewat...
#drana
Tiada ulasan:
Catat Ulasan