Sahih bukhari kitab ilmu 0008
Nabi s.a.w. sendiri telah menunjukkan contoh dalam perkara yang menuntut jawapan segera. Imam Muslim, an-Nasa’i dan lain-lain meriwayatkan bahawa:
مَنْ سُئِلَ عَنْ عِلْمٍ فَكَتَمَهُ أَلْجَمَهُ اللَّهُ بِلِجَامٍ مِنْ نَارٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Bermaksud: Sesiapa ditanya tentang sesuatu ilmu, lalu ia menyembunyikannya, niscaya Allah mengekangnya dengan kekang daripada api (neraka) di hari kiamat nanti.
(Ĥadīts riwayat Abu Daud, Aĥmad, Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ibnu Ĥibbān).
Bahkan erti menyembunyikan ilmu itu ialah tidak menjawab langsung dan melewatkan jawapan sehingga terlepas waktunya.” (Lihat Shah Waliyyullah - Syarah Tarājim Abwāb al-Bukhāri m/s15).
(3) Maksud Bukhāri mengadakan tajuk bab ini ialah mengajar adab kepada orang yang berilmu (orang alim) dan menyatakan bahawa jika ia ditanya ketika sedang
sibuk dengan sesuatu kerja, maka tidak perlulah ia marah dan mengherdik orang yang bertanya. Dia boleh saja meneruskan kerjanya. Setelah selesai kerja barulah dijawab soalan orang yang bertanya, seperti telah dilakukan oleh rasulullah sendiri berdasarkan ĥadīts ke-59 di bawah bab ini. Perbuatan seperti itu tidak melanggar
kesopanan, tidak salah dan tidak juga berdosa.
Bagaimanapun ia terta`luk kepada soalan yang dikemukakan dan sejauh mana keperluan orang yang bertanya kepada jawapan bagi soalannya. Jika soalannya
berkait dengan perkara akidah yang wajib atau perkara fardhu yang akan terlepas waktunya, maka perlulah diberikan segera jawapan. Jawapan bagi soalan-soalan yang berkait dengan perkara-perkara sunat pula tidaklah perlu disegerakan.
(4) Menerusi tajuk bab ini Imam Bukhāri juga mahu mengajar adab kepada para pelajar. Pelajar hendaklah pandai membaca keadaan guru. Ketika guru sedang sibuk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan