Jumaat, Januari 21, 2022

Usul dirayah hadis 0001-0009 (usul 41)s

Usul dirayah hadis 0001-0009 (usul 41)s

-hadis madhuk termasuk hadis dhaif sebab pembahagian mutaqadimin  hadis hanya kepada 2 sahaja iaitu sahih dan dhaif. Maudhuk termasuk yang dhaif.
Minit 10
Minit 27
1jam 8 minit

Usul (41): Mana-mana riwayat yang menyatakan pada abad sekian-sekian, pada tahun sekian-sekian, pada bulan sekian-sekian atau pada hari sekian-sekian akan berlaku 
peristiwa-peristiwa tertentu dengan tepat dan jelas semuanya maudhu`. 

Demikian juga riwayat-riwayat yang menyatakan dengan jelas dan tepat pada tahun sekian-sekian hendaklah dibuat begini-begini sebagai panduan bagi orang-orang yang berada padanya. Tidak ada satu pun daripadanya sahih.

****
Maudhu'موضوع
Ialah hadits palsu atau rekaan .

Hadits maudhu' (palsu) ialah  hadits yang direka atau diada-adakan atas nama Nabi saw.

Ia sebenarnya bukan hadits .

Dikatakan hadits semata-mata kerana disebarkan atas nama hadits.

Termasuk dalam hadits madhu' juga ucapan atau perbuatan orang lain yang didakwa dan disebarkan sebagai kata-kata atau perbuatan Nabi saw.

Contoh yang masyhur hadits 
MAN ‘Arafa Nafsahu, Faqad Arafa Rabbahu. “Siapa yang mengenal dirinya, akan mengenal Rabb-nya”.

Hadits madhu' bagaimanapun berpunca daripada kedustaan dan kebohongan perawi.

Menurut takrif yang lain ,

Hadits madhu' ialah hadits yang dicipta dan  direka oleh sesaorang pendusta dan disandarkan kepada Rasullah saw secara palsu dan dusta samada ia dilakukan dengan sengaja ataupun tidak.

Antara sebab kenapa orang mengada-adakan hadits madhu' dan kenapa ia disebarkan ialah:

a. Untuk menyesatkan manusia dari jalan yang lurus.
b. Dengan tujuan mengacau-bilaukan ajaran agama.
c. Kerana hendak digunakan untuk mencari penghidupan.
-menarik perhatian
d. Kerana hendak menurut hawa nafsu pemimpin.
-pemimpin suka main merpati reka hadits konon ada nabi main merpati.
e. Kerana ada segolongan manusia yang berpendirian boleh mengadakan sanad bagi ucapan yang baik-baik.
-imam muharamain menghukum kafir orang sebar dengan hadits palsu.
f. Kerana hendak membela madzab atau pendirian masing-masing.
g. Kerana ta'ashbuh (fanatik) kepada sesuatu kefahaman.
h. Kerana hendak mengerahkan orang supaya mengamalkan sesuatu perbuatan yang baik.
-dosa zina tinggal solat seperti berzina dengan ibunya.
i. Kerana malu kepada kebenaran setelah meriwayatkan hadits dengan salah yang tidak disengajakan.
-nak jaga diri 
j. Kerana kelalaian dan kekeliruan perawi.
k. Kerana kehilangan kitab lalu perawi meriwayatkan semata-mata berdasarkan hafalannya, sedangkan dalam hafalanya itu terdapat kesalahan-kesalahan dan kekeliruan.
l. Kerana perubahan aqal atau  ingatan perawi yang boleh dipercayai(tsiqah) disebabkan  tuanya, sedangkan dalam masa prubahan itu mereka masih lagi meriwayatkan hadits-hadits.
m. Kerana hendak mengembirakan  atau mendukakan orang dengan mendengar suatu cerita.


Tanda-tanda hadits madhu' pula antara lain adalah seperti berikut:
a. Haditsnya mengandungi susunan ayat yang kacau dan berkecamuk,sehingga dengan mudah saja dapat diputuskan bahawa ia tidak mungkin disabdakan oleh sesaorang Nabi yang bijaksana seperti Nabi 
b. Haditsnya mengandungi ucapan yang patut mendapat ejekan atau celaan.
c. Isinya bertentangan dengan ketetapan agama yang di ma'lumi semua orang.
d. Ada beberapa bukti jelas yang menunjukkan kepalsuannya.
e.Haditsnya bertentangan dengan tuntutan keimanan.
f. Haditsnya bertentangan dengan alquran.
g.Ada hubungan dan jaringan yang menunjukan kepalauannya.
h. Isinya bertentangan dengan akal.
Bukan akal secara mutlak
i. Lafaz haditsnya lemah, tidak baik dan ditolak  oleh tabi'at dan akal yang waras serta tidak sedap didengar.
j.Pengakuan dari pemalsu hadits sendiri bahawa dialah yang mengada-adakannya.
-mengaku reka 2000 hadits

Hukum menyebarkan hadits palsu adalah haram .
من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار
Sesiapa berdusta terhadap diriku, maka siaplah tenpat duduknya di neraka .
Hadits riwayat Bukhari,Muslim dan lain-lain.


Antara contohnya ialah beberapa riwayat di bawah ini:
(١)لا يُولَدُ بَعْدَ الْمِائَةِ مَوْلُودٌ لِلهِ فِيهِ حَاجَةٌ
Maksudnya: Allah tidak memerlukan anak-anak yang dilahirkan selepas seratus tahun (abad pertama).
- kenapa pula tak perlu?

(2 )عن فيروز الديلمى قال ، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: 
يكون صوت في رمضان قالوا: يا رسول الله في أوله أو في وسطه أو في آخره ؟ قال: بل في النصف من رمضان إذا كان ليلة النصف من رمضان ليلة الجمعة، يكون صوت من السماء يصعق له سبعون ألفا، ويخرس سبعون ألفا، ويعمى سبعون ألفا، ويصم سبعون ألفا قالوا يا رسول الله، فمن السالم من أمتك ؟ قال: من لزم بيته وتعوذ بالسجود وجهر بالتكبير لله تعالى ....
Maksudnya: Fairuz ad-Dailami berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Nanti akan ada satu suara di bulan Ramadhan. Mereka (para sahabat) bertanya: “Di awalnyakah atau 
di tengahnya atau di akhirnya?” Jawab Nabi s.a.w.: “Bahkan di tengah bulan Ramadhan, apabila tengah bulan Ramadhan itu kena pada malam Juma`at. Satu suara 
datang dari langit, kerananya akan pengsan tujuh puluh ribu manusia. Akan jadi bisu tujuh puluh ribu orang. Akan jadi buta tujuh puluh ribu orang dan akan jadi pekak 
tujuh puluh ribu orang. Mereka (para sahabat) bertanya, “Siapakah dari kalangan umatmu yang selamat?” Jawab Baginda: “Orang yang tetap di rumahnya, melindungi 
dirinya dengan bersujud dan bertakbir dengan suara yang kuat…. 

(3)عن حذيفة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا كانت سنة خمسين ومائة فخير أوالدكم البنات. فإذا كانت سنة ستين ومائة فأمثل الناس يومئذ كل ذى حاذ قلنا: وما الحاذ ؟ قال: الذى ليس له ولد خفيف المؤنة
Maksudnya: diriwayatkan daripada Huzaifah, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila tiba tahun 150, maka sebaik-baik anak-anakmu ialah anak-anak perempuan. 
Apabila tiba tahun 160 (pula), maka manusia yang terbaik pada masa itu ialah yang tiada tanggungan.” Kami bertanya: “Apakah maksud manusia yang tiada tanggungan itu?” Jawab Nabi s.a.w.: “Iaitu orang yang tidak mempunyai anak, tidak banyak pula  perbelanjaan/hartanya.”

(٤)عن ابن مسعود أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: 
إِذَا أتَتْ َعَلَى أمتِى ثَلثُمِائَة وثََمانُ سَنَة فَقَدْ حَلَّتْ لَهُمُ الْعُزْبِةُ والتَّرَ هُّبُ عَلَى رُُؤُوسِ الجِبَالِ
Maksudnya: Diriwayatkan daripada Ibnu Mas`ud, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila tiba tahun 380 (Hijrah) kepada umatku, halallah kepada mereka hidup membujang dan bertapa di atas puncak gunung-gunung.”
- 4 contoh
- ada banyak lagi

Rujukan:
Hadits contoh (1) (ada)dikemukakan oleh 
at-Thabarāni di dalam al-Mu`jamu al-Kabir j.8 m/s 27, as-Suyuthi di dalam Jam`u al-Jawāmi` (al-Jami` al-Kabir) j.12 m/s 212, 
Ibnu al-Jauzi di dalam al-Maudhū`āt j.3 m/s 192, 
as-Suyuthi di dalam al-La’āli’u al-Mashnu`ah j.2 m/s 324, Ibnu `Arrāq al-Kināni – Tanzih as-Syari`ah al-Marfū`ah j.2 
m/s 345, 
as-Syaukāni- al-Fawā’idu al-Majmu`ah m/s 510, 
Muĥammad Thahir al-Fattani al-Hindi- Tazkiratu al-Maudhū`āt m/s 222.
Minit 35
- al-Mu`jamu al-Kabir kitab hadits yang besar.
-Jam`u al-Jawāmi mengumpulkan hadits yang pelik-pelik.

Hadits contoh (2) dikemukakan oleh 
Ibnu al-Jauzi di dalam al-Maudhū`āt j.3 m/s 191-192, 
Abul Maĥāsin al-Qāwuqji at-Tharābulsi di dalam al-Lu’lu’ul Marshū` m/s 233,
Ibnu al-Qayyim di dalam al-Manāru al-Munīf m/s 110, 
Mulla `Ali al-Qāri di dalam Al-Asrār al-Marfū`ah m/s 472. 

Hadits contoh (3) dikemukakan oleh 
Ibnu al-Jauzi di dalam al-Maudhū`āt j.3 m/s 194, 
As-Suyūthi di dalam al-La’āli’u al-Mashnū`ah j.2 m/s 326, Ibnu `Arrāq al-Kināni di dalam Tanzīhu asy-Syarī`ah al-Marfū`ah. 
Al-Būshīri juga turut menukilkannya daripada Ibnu al-Jauzi di dalam Itĥāf al-Khiyarati al-Maharah j.4 m/s 13.

Hadits contoh (4) dikemukakan oleh 
Ibnu al-Jauzi di dalam al-Maudhū`āt j.3 m/s 198, 
Ibnu `Arrāq al-Kināni di dalam Tanzīhu asy-Syarī`ah al-Marfū`ah j.2 m/s 346, 
Ibnu al-Qayyim di dalam al-Manāru al-Munīf m/s 111, 
az-Zaila`i di dalam Takhrīj Aĥādīts al-Kasysyāf j.2 m/s 441, dan 
Mulla `Ali al-Qāri di dalam Al-Asrār al-Marfū`ah m/s 473


Komentar:
(1) Sanad at-Thabarāni bagi hadits contoh (1) adalah seperti berikut:
حدثنا أحمد بن القاسيم بن مُسَاوِر  الَجْورهري، ومحمدُ  ْ ْبن جعفَر بن أعيَن ، قَالا ثنا َخاِلدُ بن خدَاش، ثناح همادُ ْبن زيد عن أيُّوب، الَحسن عن َصخِب عن قُدَاَمةَ قَال قَال رسول الله صلى الله علَيه وسلم

(2) Al-Haitsami di dalam Majma` az-Zawā’id (j.8 m/s 159) setelah mengemukakan riwayat at-Thabarāni itu berkata: “At-Thabarāni meriwayatkannya daripada (dua orang) Syeikhnya Aĥmad bin al-Qasim bin Musawir dan Muĥammad bin Ja`far bin A`yan. Aku tidak mengenali mereka berdua. Sementara perawi-perawi yang lain 
adalah perawi-perawi hadits sahih.
Minit 41
-tidak boleh secara mudah mengatakan olehkerana dia telah ambil hadits, maka dia telah kenal perawinya atau dia menyebarkan hadits palsu. Tidak . Dia telah melaksanakan amanahnya iaitu mengumpulkan hadits dengan perawi-perawinya.
-perlu difahami ,ini zaman pembukuan kitab-kitab hadits.
minit 44

(3) Ibnu al-Atsir al-Jazari di dalam Usdu al-Ghabah 
(j.3 m/s 14) di bawah biografi Shakhr bin Qudāmah menulis: “Shakhr bin Qudāmah al-`Uqaili. Ĥammād bin Zaid meriwayatkan daripada Ayyub daripada al-Ĥasan al-Bashri daripada Shakhr bin Qudāmah katanya    :
bersabda Rasulullah saw: لا يولد بعد مائة سنة مولود الله فيه حاجة
Maksudnya: Allah tidak memerlukan anak-anak yang dilahirkan selepas seratus tahun  (abad pertama). 

Kata Ayyub(dia yang bertemu Hasan), setelah itu aku bertemu Shakhr bin Qudāmah, lalu aku bertanya dia tentang hadits itu. Dia(Shakhr) tidak mengetahuinya.” 
-adakah Hasan berdusta? Dia ulamak besar,tentu sekali tidak.
-Hasan seorang perawi mudalis .Dan dia banyak meriwayat secara mursal. Riwayat2 mursal Hasan Basri kebanyakan dhaif.

(4) Di bawah biografi Shakhr bin Qudāmah juga Ĥāfizh Ibnu Ĥajar menulis: “At-Thabarāni dan Ibnu Syāhīn meriwayatkan melalui saluran riwayat Ĥammād bin Zaid 
daripada Ayyub daripada al-Ĥasan daripada Shakhr bin Qudāmah al-`Uqaili, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda seperti tersebut tadi. Kemudian beliau berkata: “Kata Ibnu 
Syāhīn(ulamak hadits juga), ini adalah hadits munkar.
Minit 50

****
13.Munkar/mungkar مُنّكَر
Hadits yang diriwayatkan oleh perawi yang tidak tsiqah (dhaif) berlawanan dengan perawi tsiqah. 
Hadits ini adalah hadits yang dhaif sangat (ضعيف جدا)
-bukan dhaif biasa-biasa
- dhaif yang boleh pakai untuk targhib dan tarhib atau fadail amal bukan dhaif sangat

14. Munkarul hadits منكر الحديث.
Ialah perawi yang mungkar.
Hadits perawi yang mungkar ,haditsnya dhaif. Ia tidak boleh dijadikan hujjah dan tidak boleh juga

Al-Baghdadi ini (maksudnya Muĥammad bin Ja`far bin A`yan) aku tidak mengenalinya.” 
Aku (Ĥāfizh Ibnu Ĥajar) berkata, “Ia adalah perawi tsiqah lagi masyhur. Ia pula tidak bersendirian dalam meriwayatkannya. Tetapi (Zakariya) as-Sāji menukilkan daripada `Ali bin al-Madīni bahawa beliau mendha`ifkan Khalid bin Khidāsy, perawinya daripada Ĥammād bin Zaid.

as-Sāji juga menukilkan daripada Yaĥya bin Ma`īn bahawa Khalid bersendirian dalam meriwayatkan beberapa hadits.”

Ibnu al-Jauzi telah memasukkan hadits ini ke dalam senarai hadits-hadits maudhu` di dalam kitabnya al-Maudhū`āt. Beliau menukilkan daripada Aĥmad bahawa beliau berkata, “Hadits itu tidak sahih.”
-sebab lemah banyak tempat
-jika tidak sahih boleh jadi dhaif atau maudhu'
Minit 54

Minit 54

Ibnu Mandah pula berkata, “Tidak sepakat para `ulama’ tentang Shakhr bin Qudāmah itu sahabat Rasulullah s.a.w.” Menurut Ĥāfizh Ibnu Ĥajar, dia (Shakhr bin Qudāmah) tidak menyebut dengan jelas telah mendengarnya daripada Nabi s.a.w. Ĥasan juga tidak menyebutkan dengan jelas telah mendengar daripadanya (secara langsung). Itu juga merupakan `illat bagi hadits ini. (Lihat al-Ishābah j.3 m/s 417).
-mursalat Hasan tiada nilai langsung.
-kajian sanad boleh termasuk juga usul dirayah juga.
-usul dirayah dalam penilaian lain ditengok kepada matan iaitu isi kandungan hadits itu.
-masuk akal atau tidak.
-bercanggah dengan usul-usul dirayah yang lain, bercanggah atau tidak dengan alquran, bercanggah dengan hadits yang sahih atau tidak.

Di dalam Taqrīb at-Tahdzīb Ĥāfizh Ibnu Ĥajar menulis, Khalid bin Khidāsy al-Muhallabi meninggal dunia pada tahun 224 Hijrah, dan dia adalah perawi shadūq 
yang banyak melakukan kesilapan dalam periwayatan. (Lihat Taqrīb at-Tahdzīb j.1 m/s 212).
-aqidah mesti hadits mutawatir.
- khilaf untuk furuk aqidah.

1jam 5 minit

*****
15.Shaduq صدوق
Perawi shaduq
Seorang perawi apabila dikatakan banyak tersalah tidak boleh dijadikan hujjah

Ini berdasarkan istilah.
Jika bahasa صدوقbererti sangat benar.
Ini perkataan sighah mubalaghah.
Wazannya = sangat..

-perawi shadūq tidak boleh terjemah perawi yang sangat benar.

(5) Az-Zahabi di dalam Mīzān al-I`tidāl berkata, “Shakhr bin Qudāmah Tābi`i (bukan sahabat), dan hadits ini munkar. (Lihat Mīzān al-I`tidāl j.1 m/s 629).

(6) Ibnu al-Jauzi setelah mengemukakan hadits itu di dalam kitabnya al-Maudhū`āt di bawah “Kitab Al-Malāĥim Dan Al-Fitan, Bab Celaan Terhadap Orang-Orang Yang
Dilahirkan Setelah Seratus Tahun (Abad Pertama)” menulis, “Jika dikatakan isnadnya  sahih?”, maka jawapannya ialah riwayat yang dikemukakan secara `an`anah itu 
mempunyai kemungkinan bahawa salah seorang perawinya telah mendengarnya daripada perawi dha`if atau pendusta besar, lalu digugurkan namanya. Dan orang yang meriwayatkan hadits itu daripadanya telah menggunakan lafaz عن .Maka bagaimana ia akan jadi sahih? Sedangkan sekian ramai imam dan pemimpin yang hebat-hebat (pula) dilahirkan setelah abad pertama Hijrah??”
(Lihat al-Maudhū`āt j.3 m/s 192). 
- jika sanad sahih pun tetapi masih ada ilat pada matan, bukanlah hadits sahih.

Nah! Ibnu al-Jauzi telah menyebutkan salah satu qaedah dirayah di sini, bahawa bagaimana ia akan jadi sahih sedangkan sekian ramai imam dan pemimpin yang
hebat-hebat (dalam Islam) dilahirkan setelah abad pertama Hijrah?” Apakah mereka tidak diperlukan umat? Apakah ertinya Allah tidak memerlukan anak-anak yang
dilahirkan selepas seratus tahun (abad pertama) itu? Apakah manusia yang dilahirkan selepas seratus tahun (abad pertama) itu tidak berguna semuanya di sisi Allah?? Ia adalah suatu yang bertentangan dengan kenyataan!

-hadis yang tiada ilat adalah hadis yang sahih.
-jika dikatakan nabi kata 100 tahun macam mana dia  kata sedang tiada lagi penamaan tahun

(7) Bagaimana riwayat itu boleh benar, sedangkan ayat-ayat al-Qur’ān dan hadits-hadits yang sahih menggalakkan umat ini terus-menerus berkahwin dan membiak dengan ramai hingga ke akhir zaman? Orang yang tidak suka kepada perkahwinan dikatakan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai bukan umatnya. Lihat beberapa firman Allah 
dan sabda Rasulullah s.a.w. di bawah ini:

Allah berfirman di dalam al-Qur’ān:
An-Nahl 16:72
وَٱللَّهُ جَعَلَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَٰجًا وَجَعَلَ لَكُم مِّنْ أَزْوَٰجِكُم بَنِينَ وَحَفَدَةً وَرَزَقَكُم مِّنَ ٱلطَّيِّبَٰتِۚ أَفَبِٱلْبَٰطِلِ يُؤْمِنُونَ وَبِنِعْمَتِ ٱللَّهِ هُمْ يَكْفُرُونَ 
Bermaksud: Allah menjadikan untuk kamu isteri-isteri dari jenismu sendiri dan menjadikan untukmu dari isteri-isterimu itu, anak-anak dan cucu-cicit, selain
mengurniakan kepadamu rezeki dari (benda) yang baik-baik. Maka mengapakah mereka percaya kepada perkara yang bathil dan kufur pula akan nikmat Allah? 
(an-Naĥl:72).

At-Tur 52:21
وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَٱتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتُهُم بِإِيمَٰنٍ أَلْحَقْنَا بِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَمَآ أَلَتْنَٰهُم مِّنْ عَمَلِهِم مِّن شَىْءٍۚ كُلُّ ٱمْرِئٍۭ بِمَا كَسَبَ رَهِينٌ 
Bermaksud: Dan orang-orang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan 
mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun pahala amalan mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya. 
(at-Thūr:21).

Al-Furqan 25:74
وَٱلَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَٰجِنَا وَذُرِّيَّٰتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَٱجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا 
Bermaksud: Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat 
keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam (ikutan) bagi orang-orang yang bertaqwa. (al-Furqaan:74).

Rasulullah s.a.w. pula bersabda:
أَمَا وَاللَّهِ إِنِّي لَأَخْشَاكُمْ لِلَّهِ وَأَتْقَاكُمْ لَهُ لَكِنِّي أَصُومُ وَأُفْطِرُ وَأُصَلِّي وَأَرْقُدُ وَأَتَزَوَّجُ النِّسَاءَ فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي
Bermaksud: “Ketahuilah, Demi Allah! Sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah di kalanganmu, aku adalah orang yang paling bertaqwa 
kepadaNya di kalanganmu. Walaupun begitu, aku berpuasa dan berbuka, aku bersembahyang dan aku juga tidur, aku mengahwini wanita-wanita. Sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku (cara hidupku), bukanlah ia dari (umat)ku.” (Hadits riwayat Bukhāri, Muslim, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Ĥibbān dan lain-lain).

Baginda s.a.w. bersabda lagi:
تَزَوَّجُوا الْوَدُودَ الْوَلُودَ فَإِنِّي مُكَاثِرٌ بِكُمْ الْأُمَمَ يَومَ القِيِمِةِ
Bermaksud: “Kahwinilah wanita yang pengasih dan peranak (mampu melahirkan ramai anak), kerana sesungguhnya aku akan berbangga di hadapan umat-umat yang lain di hari kiamat kelak dengan ramainya kamu.” 
(Hadits riwayat Abu Daud, an-Nasā’i, at-Thabarāni, al-Ĥākim, al-Baihaqi al-Bazzār dan lain-lain).

مَثَلُ أُمَّتِي مَثَلُ الْمَطَرِ لَا يُدْرَى أَوَّلُهُ خَيْرٌ أَمْ آخِرُهُ
Bermaksud: Perbandingan umatku adalah seperti hujan, tidak diketahui yang di permulaannyakah lebih baik atau yang di penghujungnya. 
(Hadits riwayat Tirmidzi, Aĥmad, Ibnu Ĥibbān, al-Bazzār, at-Thabarāni, Abu Ya`la dan lain-lain). 


(8) Setelah mengemukakan hadits contoh (2) Ibnu al-Jauzi berkata, “Ini adalah hadits yang tidak sahih.” 

(9) Sanad hadits contoh (2) yang dikemukakan oleh Ibnu al-Jauzi itu adalah seperti berikut:
أنبأنا محمد بن ناصر أنبأنا أبو على الحسن بن أحمد الحداد 
حدثنا أبو نعيم الحافظ حدثنا سليمان بن أحمد الطبراني 
حدثنا أحمد ابن عبد الوهاب بن نجدة 
حدثنا عبد الوهاب بن الضحاك 
حدثنا إسماعيل بن عياش االوزاعي عن 
عبدة بن أبى لبابة عن فيروز الديلمى قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: 
Setelah mengemukakan hadits berkenaan dengan sanad ini Ibnu al-Jauzi menukilkan kata-kata tokoh-tokoh `ulama’ Rijāl hadits tentang perawi-perawinya. `Abdul Wahhāb 
adalah salah seorang perawinya. Menurut al-`Uqaili, ia adalah perawi yang langsung tiada nilainya (ليس بشيء  ). Menurut al-`Utaiqi, `Abdul Wahhāb perawi matrūkul hadits.
1jam 27minit


****
16.Tidak ada apa pun/bukan apa-apa pun/langsung tidak bernilai(perawi).ليس بشيء


Satu lafaz jarh yang teruk. Perawi yang dikatakan begini haditsnya tidak boleh dijadikan hujjah dan tidak boleh dijadikan penyokong.


17.mencuri hadits يَسْرِقُ الحَدِيْثِ.

Sifat perawi yang menda'wa dikongsi oleh perawi lain bersamanya dalam mendengar hadits tertentu atau satu juzu'(kitab hadits yang mengumpulkan hadits-hadits berkenaan  dengan sesuatu perkara) tertentu, atau sebuah kitab hadits tertentu.

Dikatakan juga seorang perawi itu mencuri hadits apabila ia menyandarkan sesuatu hadits yang terkenal sebagai hadits petawi tertentu, kepada perawi lain uang kononya turut meriwayatkannya daripada syrkh yang sama. Atau ia mengambil sesuatu jadits orang lain lalu diadakan sanad sendiri untuk ya.




Menurut Ibnu Ĥibbān, ia adalah perawi yang mencuri hadits, tidak halal menjadikannya sebagai hujah. Dāraquthni pula berkata, “`Abdul Wahhāb perawi munkarul hadits.”
Isma`il juga perawi dha`if. `Abdah pula tidak pernah melihat Fairūz. Demikian dengan Fairūz, ia juga tidak pernah melihat Nabi s.a.w.

(10) Menurut Ibnu al-Jauzi, hadits contoh (2) itu diriwayatkan juga oleh Ghulam Khalīl daripada Muĥammad bin Ibrahim al-Bayādhi daripada Yaĥya bin Sa`id al-
`Atthār daripada Abi al-Muhājir daripada al-Auzā`i.
Kata Ibnu al-Jauzi, semua mereka sangat dha`if. Ghulam Khalīl sering mereka (mengada-ngadakan) hadits.

(11) Hadits contoh (3) dikemukakan oleh Ibnu al-Jauzi pada والمائه الخمسين ذكر في باب(Bab Berkenaan Dengan Tahun Seratus Lima puluh) dengan dua sanad, iaitu: 
(1) أنبأنا محمد بن عبدالملك وابن خيرون أنبأنا إسماعيل بن مسعدة أنبأنا حمزة بن يوسف أنبأنا أبو أحمد بن 
عدى حدثنا عبدان حدثنا ابن مصفى حدثنا يحيى بن سعيد العطار عن محمد االسدي عن االعمش عن شقيق عن 
حذيفة قال قال رسول هللا صلى هللا عليه وسلم 
)2 )أنبأنا عبدالرحمن بن محمد القزاز أنبأنا أحمد بن على بن ثابت أنبأنا أحمد بن محمد الدستوائى حدثنا على بن 
عمر الحافظ حدثنا أبو العباس عبدهللا بن أحمد المارشانى حدثنا أحمد بن إبراهيم المارشانى حدثنا محمد بن عبدهللا 
أبو جعفر عن سيف بن محمد عن االعمش عن أبى وائل عن حذيفة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم
Setelah mengemukakan hadits berkenaan dengan dua sanad tersebut beliau berkata: 
“Ini adalah hadits yang langsung tiada nilainya (بشيء ليس حديث هذا) Muĥammad al-Asadi adalah Muĥammad bin Ishaq bin Ibrahim bin Muĥammad bin `Ukāsyah.
Kata Yaĥya, “Dia pendusta besar.” Ibnu `Adi berkata, “Dia meriwayatkan hadits-hadits mungkar dan maudhu` daripada al-Auzā`i.” ad-Dāraquthni pula berkata, “Dia 
mereka (mengada-ngadakan) hadits.” 
Yaĥya bin Sa`id al-`Atthār adalah perawi hadits ini daripada Muĥammad al-Asadi. 
Keadaannya tidak lebih baik daripada Muĥammad al-Asadi. Kata Yaĥya bin Ma`īn tentangnya, “Perawi yang langsung tidak bernilai (بشيء ليس ). Ibnu Ĥibbān berkata, 
“Dia (Yaĥya bin Sa`id al-`Atthār) meriwayatkan hadits-hadits maudhu` daripada perawi-perawi yang kuat. Tidak harus berhujah dengannya.”
Saif bin Muĥammad yang terdapat di dalam sanad kedua pula adalah pendusta besar. Para `ulama’ Rijāl hadits ijmā` tentang dia seorang pendusta. Imam Aĥmad berkata, 
“Dia selalu mereka (mengada-ngadakan) hadits.” 

(12) Hadits contoh (3) itu jika ditinjau dari sudut dirayat tidak membawa apa-apa erti selain daripada kemunduran kepada umat Islam. Kekarutannya dapat diketahui 
dengan adanya nas-nas yang terang daripada al-Qur’ān dan as-Sunnah seperti telah dikemukakan pada komentar nombor (7) yang lalu. 

(13) Hadits contoh (4) dikemukakan oleh Ibnu al-Jauzi di bawah بعد والترهب العزبة بابوالثمانين الثلثمائة dengan sanad seperti di bawah ini:
أنبأنا زاهر بن طاهر أنبأنا أبو بكر أحمد بن الحسين البيهقى أنبأنا أبو عبد هللا محمد بن عبدهللا الحاكم أخبرني أبو 
عمر عبد الواحد بن أحمد بن محمد القرشى حدثنا أبى حدثنا عالن بن المغيرة حدثنا عبدهللا بن صالح حدثنا أبو 
يحيى الخراساني سليمان بن عيسى حدثنا سفيان الثوري عن منصور عن إبراهيم عن علقمة عن ابن مسعود أن 
رسول هللا صلى هللا عليه وسلم قال ...
Setelah mengemukakannya beliau berkata, “Ini adalah hadits maudhu`. Kata Ibnu `Adi, Sulaiman bin `Isa mengada-ngadakan hadits.”

(14) Hadits yang sama juga terdapat di dalam Fawā`id Tammām, at-Thā`atu Wa al-Ma`shiah karangan `Ali bin Ma`bad, Fawā`id ar-Rāzi dan Talkhīsh al-Maudhū`āt, 
tetapi tahun yang tersebut berbeza-beza. Ada yang menyebut tahun 300, ada tahun 180 dan ada juga tahun 130. Hadits contoh (4) pula menyebut tahun 380. 
Begitu sekali idhthirāb terdapat pada riwayat-riwayatnya. Sedangkan idhthirāb adalah salah satu ciri utama hadits dha`if.

(15) Bayangkanlah apa akan terjadi kepada umat Islam sekiranya mereka mengikuti hadits maudhu` itu. Bukan di zaman dahulu sahaja mereka boleh mundur kerananya, 
hari ini pun sama. Musuh-musuh Islam sememangnya tahu bahawa mana-mana umat pun yang memilih cara hidup membujang dan lari meninggalkan dunia ke puncak-
puncak gunung untuk bertapa pasti akan mundur dan ketinggalan zaman.

(16) Apa yang telah terjadi kepada penganut-penganut agama lain, itulah yang dikehendaki terjadi juga kepada umat Islam. Kalau penganut agama Kristian 
menganggap paderi mereka yang hidup membujang sebagai manusia terpilih yang hampir dengan Tuhan, begitu juga penganut agama Hindu, Budha dan lain-lain menganggap sami-sami mereka yang membujang dan selalu bertapa itu sebagai orang yang terbaik menurut agama mereka di sisi tuhan. 
Umat Islam yang terpengaruh dan terpedaya dengan agama-agama seperti itu kerana bergaul dan hidup dengan mereka juga mulai cenderung kepada fahaman dan ajaran 
seperti itu. Padahal Nabi s.a.w. datang untuk menghapuskannya. Kerana itulah Baginda bersabda:
النِّكَاحُ مِنْ سُنَّتِي فَمَنْ لَمْ يَعْمَلْ بِسُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي
Bermaksud: Perkahwinan adalah salah satu Sunnahku. Sesiapa yang tidak beramal dengan Sunnahku dia bukan dari kalanganku. (Hadits riwayat Ibnu Majah).

Baginda juga bersabda:
أَمَا وَاللَّهِ إِنِّي لَأَخْشَاكُمْ لِلَّهِ وَأَتْقَاكُمْ لَهُ لَكِنِّي أَصُومُ وَأُفْطِرُ وَأُصَلِّي وَأَرْقُدُ وَأَتَزَوَّجُ النِّسَاءَ فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي
Bermaksud: Ketahuilah, demi Allah! Sesungguhnya aku paling takut kepada Allah di antara kamu, aku juga paling bertaqwa kepadaNya, tetapi aku berpuasa dan tidak
berpuasa juga, aku bersembahyang dan tidur, aku juga berkahwin. Sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan dari kalanganku. 
(Ĥadīts riwayat Bukhāri, Muslim dan Aĥmad). 

(17) Ibnu al-Qayyim ketika menyebutkan jenis-jenis hadits yang diada-adakan secara dusta atas nama Rasulullah s.a.w. (hadits palsu) berkata, “Antaranya ialah hadits-
hadits yang menyebutkan tarikh-tarikh akan datang.” (al-Manār al-Munīf m/s 110). 
Di tempat lain pula ketika menyebutkan tanda-tanda hadits maudhu` beliau berkata, “Antaranya tersebut di dalam hadits itu tarikh sekian-sekian. Spt sabdanya (konon), 
“Pada tahun sekian-sekian akan berlaku sekian-sekian.” (al-Manār al-Munīf m/s 63-64). 

1jam 56 minit 
Sesi soal jawab.
1. Beza riwayat dan dirayah.
Ringkas,
Riwayat tentang sanad atau perawi hadits 
Dirayah tentang matan atau teks hadits.



Soalan 2. Tentang Hadits dhaif
Dhaif yang boleh dipakai adalah sanadnya yang lemah tetapi   matannya tidak bertentangan dengan alquran dan  hadits sahih yang lain,dhaif yang matan bertentangan dengan alquran dan hadits sahih yang lain tidak boleh dipakai.

Soalan 3, Hadits Aisyah disalak oleh anjing pada suatu tempat tidak sahih...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan