Isnin, Januari 24, 2022

Usul dirayah hadis nota 01-27 0006

Usul dirayah hadis nota 01-27 0006


Usul (1): Hadits-hadits yang bercanggah dengan kebesaran Allah s.w.t. dan meyerupakanNya dengan makhluk seperti berjisim, berkaifiyat dan sebagainya, kecuali apa yang tersebut di dalam al-Qur'an dan tsabit di dalam hadits sahih. Setelah diitsbatkan, ia sama ada ditafwidhkan (diserahkan hakikat ma'nanya kepada Allah) atau dita'wilkan, jika ada ruang-ruang dan alasan-alasan yang kukuh membolehkannya dita'wil, di samping diyakini bahawa Allah tidak menyerupai sesuatu apa pun daripada makhlukNya. Antara contoh yang sesuai dikemukakan untuk Usul (1) ini ialah riwayat-riwayat berikut:
Contoh Pertama:

Maksudnya: Sesungguhnya Ibnu 'Umar telah menghantar seseorang kepada Ibnu 'Abbaas untuk bertanya beliau begini: "Adakah (Nabi) Muhammad s.a.w. telah melihat Tuhannya?' Ibnu Abbaas menjawab: "Ya." Baginda telah melihatNya (duduk) di atas kerusi emas yang dipikul oleh empat malaikat. Yang pertama dalam rupa seorang lelaki, yang kedua dalam rupa singa, yang ketiga dalam rupa lembu jantan dan yang keempat dalam rupa burung nasar di dalam sebuah bilik hijau berhamparkan emas."

Rujukan:
lbnu al-Jauzi- al- 'Ilal al-Mutanaahiyahj.l m/s 37, adz-Dzahabi- Mizanu al-I'tidaal j.3 m/s 473, lbnu Khuzaimah-Kitab at-Tauhid j.2 m/s 483, Abdullah bin Ahmad bin Hanbal- asSunnahj. 1 m/s 175-176, al-Baihaqi- al-Asmaa ' Wa as-Shifaat j.3 m/s 311.

Komentar:
(a) Riwayat ini termasuk di dalam senarai 'tafarrudaat' lbnu Ishaq", iaitu riwayat yang hanya dikemukakan oleh lbnu Ishaq sahaja. Berdasarkan riwayat-riwayat seperti inilah para ulama' telah menganggap Ibnu Ishaq sebagai seorang pendusta dan seorang Mujassimah. Sedia dima'lumi bahawa tafarrudaat lbnu Ishaq tertolak, tidak boleh dipakai dan dipertanggungjawabkan.

________________
¹Tafarrudaat ialah riwayat-riwayat atau hadits-hadits yang diriwayatkan oleh seseorang perawi sahaja- 'Tafarrud lbnu lshaq ialah riwayat-riwayat atau hadits-hadits diriwayatkan oleh lbnu lshaq seorang sahaja.

6

Tiada ulasan:

Catat Ulasan