Isnin, Februari 28, 2022

Jami' al-Tirmizi 0001

Jami' Al-Tirmizi 0001

بسم الله الرحمن الرحيم
MUQADDIMAH JAAMI' AT-TIRMIZI
BIOGRAH İMAM AT-TIRMIZI DAN KEISTIMEWAAN KITAB JAAMI'NYA

Nama dan Keturunan
Nama sebenar İmam at-Tirmizi dan susur gayur beliau adalah seperti berikut:
Muhammad bin 'Isa bin Saurah bin Musa bin Dhahhaak as-Sulami at-Tirmizi alBughi (orang Bugh). As-Sam'aani di dalam al-Ansaabnya menukarkan nama Dhahhaak (datuk ketiga İmam at-Tirmizi) dengan Syaddaad. Kuniah (nama panggilan) imam at-Tirmizi pula ialah Abu 'Isa. İmam at-Tirmizi dikatakan asSulami kerana ada kaitan keturunannya dengan Bani Sulaim. Dikatakan Al-Bughi pula kerana beliau adalah penduduk sebuah kampung bernama "Bugh" yang terletak sejauh enam farsakh (kira-kira 18 batu) dari Termiz. Termiz adalah sebuah bandar di tenggara Uzbekistan, bersempadan dengan negara Afghanistan.

Terdapat tiga orang 'ulama' yang terkenal dengan gelaran imam at-Tirmizi. 
Pertamanya ialah Abu 'Isa at-Tirmizi pengarang Jaami' at-Tirmizi. 
Keduanya ialah Abu al-Hasan Ahmad bin Hasan yang terkenal dengan gelaran at-Tirmizi alKabir. Beliau adalah murid kepada İmam Ahmad. Abu 'Isa at-Tirmizi, imam Bukhari dan lbnu Majah juga termasuk dalam senarai guru-guru beliau. 
Ketiganya pula ialah Hakim at-Tirmizi pengarang kitab Nawaadiru al-Ushul. Beliau juga adalah seorang 'ulama' hadits, tetapi kitabnya itü termasuk dalam senarai kitab hadits yang dha'if, kerana kebanyakan hadits-hadits di dalamnya dha'if. Kitab Nawaadiru al-Ushul ini tidak dianggap mu'tabar oleh para 'ulama' hadits.

Kelahiran dan Kewafatan
İmam Tirmizi dilahirkan pada tahun 205H di Bugh, Termiz, sebuah bandar yang masyhur berhampiran dengan sungai Jaihun. Menurut As-Sam'aani, di kampung inilah juga İmam at-Tirmizi meninggal dunia dan disemadikan. Perkataan Termiz boleh disebut dengan beberapa sebutan seperti Timiz, Turmuz ataupun Tarmiz. Menurut Yaqut al-Hamawi di dalam Mu'jam al-Buldaan, orang-orang di kawasan itü menyebutnya Tarmiz atau Termiz. Tetapi para 'ulama' hadits umumnya menggunakan lafaz Tirmiz. Berdasarkan pendapat yang masyhur, beliau wafat pada tahun 279H ketika berumur 74 tahun. lbnu al-

1.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan